Perginya seorang permata hati indah, Aqil Hamzah ….. dari diari seorang ibu

25 April 2013 (Khamis)

Genap Aqil setahun 2 bulan. Aqil mula demam. Hari2 sebelumnya dia seorang anak yang ceria, aktif macam biasa. Makan pun berselera. Comel dengan keletahnya.Kami ingatkan demam ni mungkin demam nak “tambah akal” atau nak tambah gigi. Sebab kebiasaanya Aqil akan demam bila masuk “bulan” baru. Tapi kami tak pernah pandang remeh kalau Aqil sakit. Risau tu sentiasa ada. Petang tu kami ke DEMC, suhu Aqil 38.3. Dr. Aida check Aqil. Check telinga, nafas, heartbeat. Semua ok. Alhamdulillah. Doktor kata demam dan tekaknya merah sikit. Nafas pun ok takde bunyi. Doktor bagi paracetamol syrup dan ubat selsema. Aqil selsema sikit sebab doktor kata dalam hidung Aqil ada macam berkuping2 (hingus kering).

Lepas makan ubat, Aqil ok. Demam kebah. Aktif. Kami bagi dia ubat setiap 4-5 jam. 2 hari lepastu kami perasan Aqil demam lagi. Demam dia akan kebah 1-2 jam lepas makan ubat, tapi lepas tu panas balik. Masa demam dia kebah, dia aktif. Kami sempat ke birthday party Aish Sabtu tu.

28 April 2013 (Ahad)

Badan Aqil panas. Panas dari demam yang sebelumnya. Hanya Allah yang tahu betapa risaunya kami haritu. Kami ke DEMC semula. Kali ni jumpa Dr Gulam. Suhu Aqil 39.7. Ya Allah. Tinggi sangat. Dr Gulam check nafas Aqil, dia cakap ada bunyi sikit. Aqil kena neb. Lepas neb Aqil nampak lega. Blood test Aqil pun ok, Doktor kata takde virus infection ataupun denggi. Alhamdulillah. Kami lega. Doktor bagi paracetamol dan antibiotik. Antibitiok yang wajib dihabiskan dalam masa 3 hari. Kalau lepas habis antibiotik,dan Aqil masih demam,doktor nasihatkan ke DEMC semula.

29 April 2013 ( Isnin)

Esoknya Aqil dah tak demam. Syukur. Cuma kami perasan,dia selalu merengek. Bukan menangis,merengek. Merengek sambil ketap mulut. Taknak menyusu. Makan nak,cuma nak yang lembik2 je. Masa ni memang ingatkan dia sakit gusi sebab perasan ada gigi baru.2 gigi bahagian atas. Dia merengek je. Dan nak mintak dukung sentiasa. Bila letak dia menangis. Malam tu kami risau sebab Aqil taknak tido.Merengek nak ayahnya minta dukung. Di bagi susu (direct), dia takmo. Tapi bila dibagi air kosong dari dalam botol air, laju je dia sedut. Bersungguh2. Aku pump,bubuh susu dalam botol air. Barulah dia minum. Malam tu kami pun tak tido, berusaha macam2 cara untuk tenangkan dan tidurkan Aqil. Bila dia dah tido, sekejap je..lepastu dia akan merangkak ke atas perut ayah dia mintak dukung. Ya Allah..sebaknya tengok dia. Manja sangat dengan ayahnya. Merengek je. Aqil masa tu nampak penat.

30 April 2013 (Selasa)

Terus kami bawa Aqil ke DEMC sebab risau tengok keadaan dia. Badan Aqil panas sikit. Nafas pun nampak kuat. Aqil nampak letih sangat, pucat. Memang kami bertekad, nak Aqil berehat dalam wad sebab kesian dia tak tido. Syukur Dr Gulam yang bertugas masa tu. Dia semacam terkejut tengok Aqil sebab 2 hari lepas dia jumpa Aqil aktif. Menangis2 masa neb. Kali ni Aqil nampak letih dan pucat. Perasaan aku masa tu hanya Allah yang tahu. Doktor check nafas Aqil, katanya agak kuat. Dada pun dengar bunyi sikit. Aqil kena neb. Lepas neb, Aqil kena amik darah untuk buat blood test. Dr datang dengan muka risau. Masa tu aku tau ada yang tak kena dengan Aqil. Ya Allah..kau beri kanlah aku dan suami kekuatan atas segala kemungkinan yang berlaku. Doktor kata sel darah merah, platlet sel darah putih Aqil turun mendadak dari blood test hari Ahad haritu. Masa tu memang sedih sangat. Kenapa dengan anak mama ni?? Mesti ada yang tak kena. Doktor buat xray dekat dada Aqil. Dr Ahmad, paedtrician DEMC pun ada sekali masa tu. Nampak Dr Gulam dan Dr Ahmad tengah berbincang sambil tengok xray Aqil. Aku dapat rasakan sesuatu masa tu. Dr Ahmad dan Dr Gulam datang pada kami. Masa tu Aqil baring dia atas badan ayahnya sambil buat neb. Xray Aqil menunjukkan paru2 Aqil sebelah kanan putih, ada “sesuatu”. Penuh dilitupi dengan “sesuatu”. Ya Allah..kau selamatkan anak ku. Tapi doktor pun tak pasti apa “sesuatu” tu. Mungkin pneumonia (jangkitan paru-paru). Tapi bukan pnuemonia biasa sebab kalau pnuemonia, sel darah tak berkurang. Aqil kemudian dipasangkan tiub oksigen, untuk bekalkan oksigen yang cukup dalam badan dia. Aqil admitted di High Dependy Unit (HDU).

Sepanjang dalam wad, Aqil kena neb setiap 1 jam. Malam tu Alhamdulillah Aqil nampak tenang. Dia menyusu macam biasa dan tido. Cuma sesekali terjaga bila kena neb. Dr Ahmad datang check Aqil malam tu, dia arahkan tiub oksigen Aqil dibuka sebab bacaan oksigen Aqil dah ok. Syukur.

1 Mei 2013 (Rabu)

Lepas Subuh nurse pasangkan balik tiub oksigen dekat hidung Aqil sebab bacaan oksigen Aqil rendah semula. Aqil nampak pucat tapi bertenaga banding hari sebelumnya. Pagi tu elok je dia, tak merengek.Kami suapkan dia breakfast. Dia nganga, buka mulut, makan. Suka kami masa tu tengok Aqil nak makan. Masuk suapan ke 4, Dr Ahmad masuk. Riak muka risau. Dia check Aqil..nafas, heartbeat. Rasa perut Aqil. Pandang kami dengan muka yang risau. Katanya, Aqil bukan pneumonia. Kalau pneumonia, kanak2 masih aktif. Aqil nampak lemah dan pucat. Diperiksa perut Aqil tadi, nampak membengkak. Hati dan limpa Aqil mula membengkak. Masalah Aqil serius. Dia terpaksa refer kes Aqil ke Hospital Kuala Lumpur haritu jugak sebab di sana ada lebih ramai doktor pakar. Ya Allah..anakku!!! Air mata berjujuran tak boleh disekat2 lagi. Encik suami cuba untuk tenangkan aku, tapi tak boleh. Aku rasa takut setakutnya. Takut kehilangan anak tercinta. Ya Allah, kau selamatkan Aqil Hamzah.

Jam 11 pagi, kami ke HKL dengan menaiki ambulans. Aqil ku peluk erat. Dalam hati tak putus2 berdoa agar Allah kuatkan Aqil. Sembuhkan penyakit Aqil. Kalau boleh nak amik sakit Aqil tu, biarlah mama yang sakit. Bukan Aqil. Sesampainya di Institut Paedratik HKL, Aqil dimasukkan di wad Kanak-Kanak 1. Ramai doktor2 mengelilingi Aqil. Doktor praktikal, doktor pakar. Ramai. Aqil nampak lemah. Taknak senyum. Taknak makan, dan minum. Sekali sekala Aqil terbatuk, dan macam nak termuntah. Mungkin tekaknya kering. Bibir Aqil kering. Aqil kemudian dibawa masuk ke 1 bilik, kami terpaksa tunggu di luar bersama kesayangan Aqil yang lain. Tok ayah, tok mama, opah, maklong, ayahlong, makngah, ayahngah, ibu, ayah GG semua ada dekat luar tunggu Aqil. Semua risaukan Aqil. Dalam bilik tu darah Aqil di amik untuk dibuat blood test. Seorang doktor datang, tanya ada ahli keluarga yang ada kanser? Kami jawab takde. Family aku dan family suami memang takde kanser. Hati ku memang berdebar2 sangat masa tu. Sedih, takut. Mereka suspect Aqil ada kenser darah atau luekimia sebab sel darah Aqil pecah2. Sel darah merah dan darah putih Aqil makin merosot. Ya Allah. Luluh hati ku dengar apa yang doktor tu kata. Datang lagi seorang pakar, katanya kemungkinan “sesuatu” di paru-paru kanan Aqil tu ialah tumor atau lymphoma ( kanser darah). Tak tertahan lagi rasa sedih kami.

Tak lama lepastu datang lagi doktor, terangkan yang takde abnormal cell dalam darah Aqil, maksudnya kemungkinan bukan kanser. Syukur, rasa lega bila dengar penjelasan doktor. “Ya Allah, kau selamatkan lah Aqil”. Doktor kata Aqil kena dijalankan “blood transfusion” dengan segera sebab Aqil makin pucat. Aqil tak boleh makan dan minum sebelum blood tranfusion dijalankan. Aku rindu sangat nak susukan Aqil masa tu. Sedih. Sebab bibir Aqil makin kering. Aku lembabkan bibir Aqil dengan vaseline. Petang tu Aqil dipindahkan di High Dependency Ward (HDW). Wad penjagaan separa rapi. Masa di sini, badan Aqil dah dipasang dengan 3 jenis wayar di badannya untuk memantau heartbeat dan nafasnya. Wayar di ibu jari. Tiub ubat dipasang di tangan kanan dan kiri. Sedihnya tengok keadaan Aqil. Malam tu “blood transfusion” dijalankan.Dimulakan dengan suku beg darah putih, kemudian separuh pain (kira2 200 ml) darah merah dimasukkan ke dalam badan Aqil. Aqil tido sepanjang proses dijalankan.

Alhamdulillah aku diberi katil di wad sebelah untuk tido disitu. Susah nak lelapkan mata, walau badan penat, terasa macam nak sentiasa berada disamping Aqil. Pukul 2 aku masuk ke HDW, tengok Aqil tengah tido nyenyak. Ku usap rambutnya, bisik dekat dia ” Aqil kuat ye sayang..mama tau anak mama kuat”. Air mata memang jadi peneman setia sepanjang aku dekat hospital. Tak sanggup tengok keadaan Aqil.

2 Mei 2013 (Khamis)

Pagi tu lepas subuh, aku terus pergi tengok Aqil. Rindu tak terkata. Rindu nak peluk Aqil. Rindu nak susukan Aqil. Aku masuk HDW, tengok Aqil dah bangun. Aktif. Dia nampak aku, terus depakan tangan minta dukung. Ya Allah..anak mama macam dah sihat. Dah tak pucat. Kulit dah kemerahan2, bibir pun tak pucat. Ya Allah, syukur padamu. Aku dukung Aqil, letakkan kepala dia dekat bahu aku. Rindunya nak peluk dia macam tu. Walaupun wayar berselirat tapi nurse benarkan untuk aku dukung Aqil. Aqil kemudian semacam tak selesa, nak di tarik2 nya wayar yang berselirat dekat badan dia. ” Tak boleh la sayang, tak boleh cabut semua ni, Aqil nak cepat sihat kan, Aqil kuat kan”. Aku pujuk Aqil. Aqil merengek, nangis. Doktor kata awak boleh nyusukan dia kalau awak nak. Itu akan buat dia tenang. Aku suakan nenen, Aqil minum..macam haus sesangat. Aku sebak. Tengok Aqil minum susu. Aku bersyukur sebab Allah makbulkan doaku untuk susukan Aqil. Aku betul2 rindukan nak menyusukan Aqil. Aqil minum susu sampai dia tertidur. Bila dia dah tidur, aku angkat letak dia semula atas katil. Masa tu aku perasan badan Aqil macam berat sikit. Aku tatap muka dia masa dia tido. Indahnya perasaan tu.”Cepat sembuh sayang, mama rindu nak tengok Aqil senyum”

Tengah aku menatap muka Aqil, nurse datang kata Aqil tak kencing dari malam tadi. Doktor datang dengan muka risau. Aku benci bila doktor buat muka macam tu. Sebab aku mesti ada yang tak kena dengan Aqil. Doktor kata, Aqil tak kencing sejak malam tadi. Mereka takut kalau jangkitan dah sampai ke buah pinggang Aqil, keadaan Aqil akan jadi lebih serius sebab buah pinggang tak dapat “mencuci” darah yang baru Aqil terima. Jadi doktor terpaksa masukkan ubat untuk buat Aqil kencing. Dan masukkan tiub kencing di bibird Aqil. Ya Allah..sakitnya Aqil!! Walaupun aku tak dibenarkan tengok waktu tiub kencing tu dipasangkan, aku tahu betapa sakitnya Aqil sebab aku pernah melaluinya. Lepas Aqil dipasangkan tiub kencing tu, dia nampak sangat tak selesa. Menangis. Sekali sekala dia cuba untuk bukak pampers dia, aku tau dia tak selesa kat situ. Sakit.”Ya Allah..kau sembuhkanlah Aqil. Kau kuatkan lah dia.” Aku dukung dia. Bergilir2 dengan ayahnya. Aku mula perasan badan Aqil macam dah “membengkak” sikit. Kami pujuk Aqil, “Aqil kencing ye sayang..Aqil nak cepat sihat kan”. Sedihnya aku tengok Aqil. Hati aku macam remuk sangat tengok keadaan dia.

Doktor datang, katanya buah pinggang Aqil dah tak berfungsi, jadi kena dilakukan “dialysis” dengan segera sebab badan Aqil makin membengkak. Badan Aqil dah penuh dengan air. Takut air dalam badan Aqil terlalu banyak, dan membuatkan paru-paru2 Aqil makin lembab. Mempercepatkan lagi kuman merebak. Kami diarah keluar untuk doktor pasangkan tiub ke pundi kencing dan buah pinggang Aqil. Dan proses dialysis akan dilakukan di ICU. Aqil akan dipindahkan ke ICU segera.”Ya Allah..kau sembuhkanlah Aqil”.

Waktu Aqil dibawa ke ICU, sangat sedih perasaan aku ni. Aku tau, bukan aku je yang sedih..semua yang melihat keadaan Aqil waktu pun turut sedih. Seorang anak kecil, berselirat wayar penuh di badan. Dengan macam2 jenis “dadah” untuk bantu jantung Aqil terus berdenyut. Macam2. Aku masuk untuk tengok keadaan Aqil, dia tak sedar. Dah diberi ubat penenang. Tapi matanya terbuka separuh. Mata hitam dia merenung ke arah aku. Sebaknya aku waktu tu. Aku tau Aqil masa tu tak sedar lagi. Tapi matanya tu seolah2 nak memberitahu betapa sakitnya dia.Badan Aqil pun dah mula kebiru-biruan. Sedih teramat. Aku usap dahinya..cium pipinya. “Aqil kuat ye sayang”.

Doktor panggil aku, suami dan semua ahli keluarga terdekat masuk ke bilik untuk membincangkan sesuatu. Doktor diagnose Aqil menghidapi Lobar Pneumonia akibat jangkitan Streptoccoccus bacteria yang paling kuat. Bakteria ni dapat dikesan di dalam urine Aqil. Kes Aqil agak luarbiasa sebab selalunya bakteria ni akan menyerang otak. Tapi dalam kes Aqil bakteria ni sangat cepat dan menyerang ke buah pinggang Aqil. Dan sepanjang dia bertugas, 98% pesakit yang kena kes macam ni akan meninggal. Tersedu sedan aku menahan sebak bila doktor cakap macam tu. “Kuatkan lah hati ku menerima dugaan mu ini Ya Allah”. Doktor cakap mereka takkan berputus asa, tetap akan buat yang terbaik untuk selamatkan Aqil. Dia akan tetap lakukan dialysis dekat Aqil tapi risikonya ialah Aqil boleh “crash” bila2 masa je.Ya Allah. Doktor tu nasihat yang dia hanya lah doktor. Apa2 pun ubat yang paling mujarab adalah doa, semuanya dari Allah.

Electric supply untuk “mesin2″ di badan Aqil.
Lobar Pneumonia TRO (to rule out) Lymphoma.

Aqil dipasangkan alat bantuan pernafasan di mulut. Mata nya dah dilekatkan dengan plaster lutsinar agar matanya sentiasa tertutup. Kalau dibiarkan separuh terbuka, risiko matanya nya akan kering, dan dijangkiti kuman. Sedih tengok keadaan Aqil. Macam tak percaya. Baru pagi tadi nampak Aqil aktif, menangis, minum susu tapi tetiba dia dah terlantar. Kaku. Aku usap rambut Aqil, 2-3 helai rambut Aqil gugur. Ya Allah.Masa tu aku bisik dekat Aqil ” Mama tau anak mama kuat, anak mama kuat. Tapi kalau Aqil tak mampu nak lawan, takpe sayang mama redha”. Walaupun perasaan aku sedih, hati terasa sakit masa bisikkan tu dekat Aqil, tapi aku kena kuat. Redha. Aku tak sanggup nak tengok keadaan Aqil. Tak nak tengok dia menderita.

Petang tu kami didatangi doktor, katanya keadaan Aqil tenat. Sangat tenat. 4 jenis “dadah” digunakan untuk support jantung Aqil. Mungkin Aqil tak lama, dalam masa 24 jam je Aqil akan survive. Bagai dikoyak2 hatiku masa dengar penjelasan doktor.

Dalam hati ku tak putus2 berdoa ” Ya Allah, kau kuatkan lah hati kami untuk menerima dugaanMu yang sangat hebat ini. Andai kau mahu ambil anakku, kau redha kan lah kami. Kau kuatkanlah kami ” Malam tu aku dan suami tak tido. Sama2 bacakan yasin untuk Aqil. Solat hajat untuk Aqil. Aku takut kehilangan anak ku, tapi dalam masa yang masa aku tak nak tengok Aqil menderita.

3 Mei 2013 (Jumaat)

Pagi tu keadaan Aqil nampak tenang. Seolah2 dia tengah tido. Badan dia pun dah kecoklatan. Bibirnya merah. Tak pucat. Doktor kata keadaan Aqil stabil. Tapi masih memerlukan bantuan “dadah” untuk teruskan jantungnya nya berdenyut. Dialysis akan dilakukan dalam masa 48jam – 72jam. Kalau Aqil kencing dalam masa 48 jam, maksudnya buah pinggang Aqil berfungsi. Ramai yang datang untuk melawat Aqil. Alhamdulillah..ramai yang sayangkan Aqil.

Lebih kurang pukul 2 ptg, aku perasan ada cecair semacam air kencing dalam urine bag Aqil. Lebih kurang 3 ml. “Anak mama dah kencing ke ni??” Gembira bercampur lega aku masa tu. Aku tanya doktor, Aqil dah kencing ke ni doktor?? Dia senyum. “Jadinya, buah pinggang Aqil dah boleh berfungsi kan doktor?”. Doktor senyum lagi..”Saya tak boleh menjadi sangat positif”. Even doktor taknak aku terlalu mengharap tapi aku terasa lega, nampak macam ada sedikit harapan.

Petang, ada seorang ustaz datang untuk melihat keadaan Aqil untuk cuba menolong merawat Aqil. Rawatan alternatif. Ustaz Aziz membacakan ayat-ayat AlQuran di sisi Aqil di temani ayah Aqil. Sewaktu sesi mengubati dijalankan, bacaan nafas dan “heartbeat” Aqil “jatuh” secara tiba2. Mereka berdua diarahkan keluar sementara doktor dan nurse semua nampak tergesa2 berusaha selamatkan Aqil. Ustaz kata, kalau umur Aqil panjang, dia akan usaha merawat Aqil. Ajal di tangan Allah. Semuanya Dia yang tentukan. Kita kena kuat dan redha dengan sebarang apa yang akan terjadi.

Lebih kurang 5 petang,doktor datang dan beritahu, tadi heartbeat Aqil “drop”, nafas dia pun tak stabil. Darah mula keluar dari hidung dan mulut Aqil. Internal organ Aqil “crash”.Ya Allah..anak mama.Aku nangis semahunya. Peluk mama, peluk mak. Doktor ada explain pasal ubat pencair darah,ubat ni, ubat tu tapi aku tak boleh fokus. Dalam hati aku, otak aku fikirkan Aqil.Aku nak masuk jumpa Aqil. Doktor nasihatkan jangan tinggalkan Aqil. Dia boleh pergi bila2 masa je.Mama tau anak mama tengah sakit. Aku tau Aqil kuat, berjuang melawan penyakitnya. Setiap hari dia memberi harapan pada kami. Tapi Aqil terlalu kecil untuk menganggung semuanya.”Ya Allah..kau redhakan aku untuk lepaskan Aqil pergi”

Pukul 645 petang, doktor keluar, panggil kami untuk tengok keadaan Aqil. Aqil nazak. Aku dan suami masuk tengok keadaan Aqil. Luluh hati tengok keadaan Aqil. Badannya membengkak kebiruan, darah mengalir dari hidung dan mulutnya. Doktor bagi kami peluk Aqil dipangkuan kami. Diorang cabut wayar2 dari mesin supaya Aqil boleh berada dipelukan kami. Mama dan mak juga masuk untuk tenangkan Aqil. Kami bacakan Afatihah, bacakan syahadah. Kami selawat.”La ila hailallah muhammadurrasullulah” tak henti2 di telinga Aqil.Seperti nak mendodoikan dia tido.Di pangkuan kami, aku nampak nafas Aqil turn naik. Dari mesin bantuan pernafasan Aqil, aku nampak bacaannya makin rendah dan rendah. Hinggalah doktor kata Aqil dah pergi.Tepat pukul 7 petang.”Ya Allah..kau redhakan aku..kau redhakan lah aku”

Ayah Aqil minta doktor cabutkan segala wayar dekat badan Aqil dengan cara yang paling lembut sekali. Kami keluar sewaktu doktor “membersihkan” Aqil. Di luar, hujan mula turun dengan lebatnya. Semacam perasaan kami waktu itu. Sedih. Aqil Hamzah telah meninggalkan kami buat selamanya. Aku redha Ya Allah.

Esok paginya, Aqil dimandikan, dikafankan dan disolatkan dirumah. Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk mandikan Aqil kali terakhir. Sewaktu dikafankan, muka Aqil sangat tenang. Macam tengah tido. Dia dipakaikan kain putih seakan2 jubah. Sucinya muka mu wahai anak.Ku cium dahinya buat kali terakhir. “Semoga tenang di sana sayang”. Pertama kali dalam hidup aku menunaikan solat jenazah. Solat jenazah untuk anakku. Sewaktu dalam perjalanan ke tanah perkuburan, aku dan suami sama2 memeluk Aqil. Ayah Aqil mendukung dan memasukkan dia ke liang lahad. Perlahan2 jenazah Aqil hilang dari pandangan, ditutup dengan kayu sebelum ditimbus dengan tanah.

Alhamdulillah. Semuanya dipermudahkan. Semuanya berlaku terlalu pantas. Kadang2 terasa bagai mimpi. Anak yang selalu menghiburkan hati, comel, baik budi, telah pergi buat selamanya. Hari ini genap seminggu pemergian Aqil Hamzah. Aku redha. Aku bersyukur kerana dikurniakan ahli keluarga, sahabat handai dan saudara mara yang tak putus2 memberi sokongan, semangat,pertolongan dan doa dari saat Aqil Hamzah tidak sihat hingga sekarang. Aku bersyukur diberikan kekuatan dan semangat olehNya untuk membuatkan aku terus tersenyum meneruskan hidup. Aku juga bersyukur diberi peluang olehNya untuk membesarkan selama setahun 2 bulan 10 hari, seorang ahli syurga. Aku redha dengan pemergian Aqil Hamzah, permata hati yang cukup indah dipinjamkan oleh Allah. Aqil Hamzah bagaikan mimpi manis kami. Kenangan terindah kami. Kenangan indah bukan untuk ditangisi dan diratapi kan?? Rindu memang rindu, setiap hari dia didepan mata, tapi setiap hari aku mohon agar Allah berikan kami kekuatan, keredhaan. Bukan aku sahaja yang rindu, ramaiii yang rindukan Aqil. Ayah Aqil juga sangat merindukan Aqil. Aqil sangat manja dengan ayahnya. Tok mama juga rindu, opah, tok ayah, maklong, ayahlong, ibu, ummi semua rindukan Aqil.Tapi aku tak boleh mementingkan diri dengan hanya bersedih. Kalau aku terus bersedih, orang disekelilingiku juga akan bersedih. Aqil juga diatas sana akan sedih kalau tengok mama dia bersedih. Semoga Allah terus memberikan kekuatan kepada ku dan suami untuk meneruskan kehidupan. Segala yang terjadi sudah ditentukan olehNya. Semoga dengan apa yang terjadi mendekatkan diri kami kepada Allah. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Semoga tenang di sana sayang.
Aqil selamanya di hati mama & ayah. Di hati kami semua.

Aqil Hamzah Bin Amir Fozy
23 Februari 2012- 3 Mei 2013
Al-Fatihah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s