Isteri di sihir

Buat pertama kali Pn Fauziah telah mengalami gangguan dalam diri pada bulan Mei 2014 . Selepas suami beliau mengambil cuti tanpa gaji untuk merawat penyakitnya yang dikatakan  mengidap hepatitis b , beliau telah  di datangi oleh beberapa orang ahli keluarganya . Beliau telah dinasihati agar tidak merestui keputusan suaminya untuk bercuti dan harus meneruskan tugasnya sebagai pengajar . Dari situ masalah mulai timbul . Pn Fauziah mulai tidak senang dengan  tingkah suaminya untuk membantu menjual putu piring dihadapan rumahnya . Masalah kemudian menjadi komplikated bila jiran jiran mulai menunjukkan rasa tidak senang dengan perniagaan yang semakin mendapat tempat dihati masyarakat .  dalam pada itu keadaan pn fauziah pula semakin tidak menentu ketika menjual . hasil jualannya semakin merosot . dari  2 kg mampu dijual tiba tiba tidak habis dan tidak laku langsung . ini menimbulkan kegusaran di hati beliau . Namun dia tidak mampu mengubah keadaan . dia terpaksa mengurangkan  kuantiti pengeluaran dari 2 kilo kepada 1 kilo sahaja . itu pun kadang habis kadang tak laku . dia tidak terfikir ini adalah satu penganiayaan . Keadaan dirinya pulak semakin tidak ketentuan . ketika meniaga hatinya gusar , tidak tenteram dan akhirnya dia menjadi bingung dan tidak keruan . pada bulan Mei keadaanya bertambah tenat . dia tidak dapat melelapkan mata . suaminya cuba membantu dengan membaca amalan yang dibekalkan oleh darus salam pusat perubatan islam milik ustaz ismail kamus . namun keadaannya tida berubah . selama beberapa hari dia tidak dapat melelapkan mata .

Hatinya terus rungsing dan fikirannya menjadi bingung . pada waktu malam ketika orang lain nyenyak tidur dia duduk sorang – sorang ke depan dan kebelakang . siang hari pun seperti itu dia tidak mampu melakukan apa apa kerja hingga kelihatan seperti separuh gila .  akhirnya dia mengajak suami balik kampong  , dikampung adik beradiknya telah membawa dia berubat di perubatan darul syifa di sg rambai Melaka . ketika dirawat suaminya juga telah dirawat sama . konon mereka ada masalah rumah tangga dan ada orang ketiga . dari mana dating cerita itu suaminya pun tak tahu . selepas dirawat puan fauziah merasa sedikit kelegaan di kepalanya . kepalanya terasa lapang .

selepas itu perniagaannya tidak begitu menjadi lagi sehingga berakhir musim raya syawal . apabila dia nak memulakan perniagaan .tiba tiba timbul masalah lain pulak . bila dia mulai berniaga dia di datangi oleh kakak caminya . entah apa yang diajar oleh kakaknya . keesokan harinya dia meniaga tak laku . satu pun tidak terjual  pukul 4 petang dia telah tutup gerai . bila suaminya pulang dia telah mengamuk bila ditanya pukul berapa dia tutup kedai . tanpa rasa dia telah menjerit minta  cerai di depan suaminya hingga boleh kedengaran oleh jirannya .

selang beberapaa minggu selepas hubungan tegang  suaminya telah yakin isterinya telah disihir . beliau telah mengambil  ilmu ruqyah dari laman web . keadaan pulih untuk 2 hari sebelum di sihir lagi  . kali ini lebih berat . dia mula kelihatan  garang . mata terbeliak  .  siap untuk  melawan  . tapi kali ini rukyah yang di muat turun tidak berhasil merawat   .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s