Isteriku demam teruk ( simptom denggi )

isteriku telah mulai demam pada hari jumaat 1 / 11 /2013 . mulanya anak-anak ku demam kemudian aku mengalami sakit mata conjunktivitis
. hari ahad kesemuanya hampir pulih dari demam . hinggalah ke hari isnin aku telah membawa keluarga ku pergi ke majlis maal hijrah . tetapi
malam itu isteriku kelihatan tidak begitu sihat sepenuhnya . kami menunggu dari pukul tiga petang sampai pukul 9 malam .
usai majlis kami bertolak ke maidin . keluar dari maidin faeez mengadu badan dia panas nak demam . bila balik badannya makin
panas . aku telah berikan ubat antaranya aconit , belladona dan rhus tox . isteri ku berjaga sepanjang malam kerana menjaga faeez.
hari selasa dia masih demam dan dia telah sembuh sepenuhnya pada hari rabu .

hari rabu
aku pergi kerja seperti . tengahari aku balik ugee kelihatan sakit dengan berjalan hampir terbongkok . aku ingat dia hanya
berlakun tetapi petangnya aku balik memang kelihatan dia demam sungguh . badannya panas dan dia menggigil kesejukan sampai berselimut pun dia masih menggigil .
aku beri bell , aconite , rhus tox semua tidak jalan . malam tu badannya sangt panas dan kaki nya sejuk seperti air batu . dia mengadu sakit dada
di sebelah kanan . dia batuk – batuk . teruk berlendir dia kata rasa sakit mencucuk dibahagian dada kanan . keadaaannya kelihatan sangat tidak selesa dan menanggung kesakitan yang berat .

hari khamis

paginya aku beri mesej kepada 3 kakaknya kak jarah , kak isah dan kak cami .tujuannya supaya dia akan rasa bersemangat bila dengar suara orang yang hampir dengannya .

agakkan aku betul bila dia dengan suara orang yang rapat dengannya dia kelihatan sedikit ceria . tetapi bila menjelang malam keadaan panasnya kembali meningkat dari 37 c kepada 38.9 c balik . badannya mulai menggigil semula dan tapak kakinya sejuk seperti air batu .

pada pukul 4 pagi aku terjaga dengan suara orang . rupa- rupanya dia meracau sambil tidur berselimut . di dalam selimutnya dia letakkan kain basah yang dicelup dengan air asam . selimut tu basah lencun dengan air asam jawa .badannya sangat panas aku ukur dengan termometer mencecah hampir 40 c 39.8 c . aku fikir ini tak boleh jadi mungkin dia kena denggi .aku ambil eupatorium dan beri dia satu dos .
tak lama lepas tu dia boleh menanggalkan selimut dan berlenggeng sahaja . sebelum subuh aku suruh dia berembun diluar rumah .

hari jumaat
aku ambil cuti lagi hari ini selepas melihat keadaanya yang tidak pulih lagi bahkan bertambah teruk . dari pagi hingga petang dia berselimut dan menjaram dirinya dengan air sejuk . tapi yang herannya badannya terus panas membara . bila hari semakin panas dia bertambah panas .
aku hanya memberikan eupatorium selang sejam . keadaan ini berterusan sampai ke tengahari .

keadaannya berkurangan tetapi panasnya masih terasa di badan dan sejuk di tapak kaki .

hari sabtu
lepas subuh keadaanya agak reda . dia suruh aku urut badan . aku pun urut dengan minyak masak campur bawang merah . katanya lepas urut badannya rasa agak lega dari bisa .
tapi lepas urut dia pergi mandi . lepas mandi kira kira sejam dia mengadu panas datang kembali . aku suruh dia baring di dalam bilik . dia mengadu kepalanya panas dan berat .badannya sangat
panas . aku dah pening kepala nak beri apa lagi ubat. aku bukak repertori jumpa satu ubat simptom peliknya kaki sejuk badan panas iaitu china off .kemudian tak reda aku bagi
pulak bell . agak kurang tapi dia masih lagi dalam keadaan tak setabil . tengahari tu kak cami telefon . aku tak tahu apa dikata . tapi aku tengok gaya dia cakap tu
macam dia dalam keadaan amat tak selesa . suaranya meninggi . mungkin tak tahan dengan panas dalamnya .
malam kak cami dating dengan abang azni . lepas bersembang mereka pulang ke rumah . sementara keadaan ugi masih lagi seperti itu kejap panas kejap sejuk . hingga kepagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s