TUMPAH DARAH DI HARI RAYA

Raya yang lepas aku dihinggapi dengan penyakit kulit yang amat teruk dan dahsyat . Raya tahun ini pula aku mengalami masalah yang tidak kurang teruknya . Sungguh teruja apabila mengenang kembali peristiwa di hari raya yang ke lima . Pendarahan yang pada aku amat teruk berlaku pada hari isnin 12 ogos 2013 yang sukar untuk aku lupakan .
Sebelum tu raya tahun ini sungguh menyeronokkan . Tak pernah dalam sejarah kehidupan ku aku sangat enjoy mengikuti konvoi hari raya ke rumah keluarga belah isteri ku . Hari raya ke dua pagi – pagi adik beradik isteriku telah mula memasak untuk menanti kehadiran keluarga dan sahabat ibu bapa mertuaku . Selepas zohor baru mereka bergerak dari satu rumah ke satu rumah ipar viras ku . Di rumah sadri berkat enterprise kami dihidangkan dengan nasi dan lauk ikan patin masak lemak cili api . Selesai makan kita beramai – ramai berangkat ke rumah khalid TWI . Aku pulak divert ke rumah tuan guru Ust Mustafa Kholil al-Hafiz .
Selepas itu aku pergi kerumah khalid TWI . Makanan yang dihidang kuih muih dan buah buahan tempatan . Selepas itu kita orang berarak ke rumah buyat di kg simpang baba @ kg parit Nyior . Buyat menghidangkan juadah nasi berlauk ikan mayong masak asam pedas . Memang kenyang dan menyelerakan . Selepas itu masing-masing berangkat ke rumah kodin , abng mok , kak maz dan rumah cili. Hari berikutnya aku beraya kerumah nora , jiji dan aku pulang ke JB selepas melawat atuk di hospital sultanah fatimah muar yang jatuh semasa sembahyang dan mengalami patah tulang kaki .
Pukkul 3 petang aku pulang kerumah dan sempat singgah di rumah azni cami . Dihidangkan dengan sup tulang dan telur ayam goreng dadar .
Sampai rumah masing masing kepenatan . Aku menolong isteri membasuh baju . Last sekali part yang paling menyeronokkan melakukan adegan suami isteri bila anak-anak sudah masuk tidur .
Keesokan harinya aku rasa hendak terkencing dan rasa amat sakit di urinari track . Aku pun ke bilik air . Sampai di bilik air aku dengan susah payah aku pun menyimbahkan urin di lantai bilik air . Selepas aku kencing aku dapati ada tompok hitam . Aku ingat amenda , bila aku simbah dengan air baru ternampak warna kemerahan pekat . Rupa-rupanya darah . Aku tak pasti dari mana ia keluar tapi bila aku lihat di kerandut zakat kelihatan merah . Aku terfikir takkanlah kulit buah zakart tu terkoyak lalu keluar darah . Bertompok – tompok . Aku dapat rasakan darah tu keluar agak laju bukan setitik titik tetapi seperti air kencing . Yang tersekat sekat . Aku jirus celah kelengkangku yang kelihatan bergenagn dengan darah beberapa kali .aku pun keluar dari bilik air apabila darah mula berhenti mengalir beberapa ketika .
Aku termenung dan memikir mengapakah berlaku bleeding yang agak teruk . Selama ni tak pernah aku mengalami peristiwa ini . Tengaharinya setelah trauma aku sedikit pulih aku telah pergi ke puspakom untuk membuat pemeriksaan kenderaan untuk menukar nama pada geran kereta . Memang meletihkan kerana aku terpaksa berada di sana hampir 4 jam . Sekejap duduk di dalam kenderaan kemudian duduk di bawah sengkuap bangunan puspakom .
Akhirnya ku pulang dalam kea daan keletihan . Sampai dirumah adik ipar ku telah sampai di rumah . Melihat zamri sedang tidur aku pun terus ke bilik air untuk mandi . Nora dan isteriku sibuk berbual . Ketika nak mandi tiada apa yang pelik berlaku . Aku mandi macam biasa . Selepas itu aku pun pergi bersolat . Ketilka bersolat aku rasa macam tak sedap di punggungku . Ketika sujud aku terasa basah pula ditempat aku letak tanganku ketika sujud . Selesai solat aku rasa amat letih dan aku baring di katil pelut . Tiba – tiba faiz nak pakai baju selepas mandi .dia terjerit melihat ada tompok darah di atas tikar buluh bertompok-tompok . Aku terkejut sambil meraba kekain ku yang terasa basah dengan darah . Aku terus pergi ke bilik air . Di situ darah masih lagi meleleh bertompok-tompok di atas lantai . Aku mengelap tempat keluarnya dengan baju putih bundle sampai ia berhenti meleleh . Lepas ia berhenti aku rasa lemah macam nak pitam.

Lepas maghrib aku layan si nora dan zamri hingga mereka pulang . Lepas ada tayangan filem zombi kampung pisang . Perut ku sebelah kiri terasa pedih dan ngilu yang terasa sampai ke malam dan bawak ke esok harinya . Sambil menonton zombi aku menyelak-nyelak materia medica boericke dalam tajuk rectal bleeding . Alhamdulillah aku jumpa satu ubat menyebut tentang disentry bernama arsenicum album . Aku cuba makan dan alhamdulillah Allah memberikan kesan penyembuhan melalui ubat tersebut . Selang dua hari aku hentikan makan ubat tersebut . Aku ambil pula nux vomica untuk menutup simptom artritis yang aku alami sejak beberapa bulan yang lepas .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s