riba fadl
salah tanggapan
penciptaan wang oleh bank
penciptaan wang oleh bank adalah riba fadl

Riba fadl telah diperbincangkan oleh ulama silam sejak satu milenium yang lepas . Perbincangan ini berkisar tentang penukaran dua barangan sejenis tanpa wujud kesamataraan antara keduanya samada diketahui atau tidak diketahui . Perbincangan ini asalnya bertitik tolak dari hadis nabi tentang larangan menjual emas perak , gandum , barli , tamar dan garam dijual sesama jenis tanpa sama kuantiti . Ia dikembangkan kepada apa- apa juga bentuk matawang dan makanan yang digunakan sepanjang sejarah ketamadunan islam yang berkembang ke serata pelusuk dunia .

Namun perbincangan tentang riba ini hari ini disempitkan kepada jual beli barter atau menjual dan membeli tanpa perantaraan wang tanpa melihat lebih mendalam apakah sebenarnya yang dilarang oleh rasulullah . Jika barter yang dimaksudkan sudah tentu ianya halal kerana rasulullah tidak menetapkan sebarang syarat jika jual beli barangan ribawi dibuat atau menjual barang ribawi dengan yang ribawi maka ia dibenarkan .

Sesuatu yang jarang diperbincangkan dalam riba fadl ialah adanya unsur satu pihak mendapat keuntungan atas kerugian orang lain apabila berlaku pertukaran . Atau dalam lain perkataan satu pihak mendapat kuasa beli @ keuntungan sedang tanpa melakukan sebarang usaha atau mengambil risiko dan satu pihak lagi terpaksa membayar atas keuntungan pihak pertama. Situasi ini jarang dilihat oleh ulama ekonomi dan perbankan moden kerana beralasan hari ini tidak ada lagi perniagaan berasaskan barter kerana manusia telah menggunakan wang moden samada wang kertas atau wang elektronik . Jadi oleh kerana tiada lagi sistem barter maka tiada lagi riba fadl .

Ini satu pandangan yang silap kerana melihat sesuatu perkara hanya dari sudut gambaran luar tapi mengabaikan aspek hakikat . Jika dilihat secara mendalam konsep larangan ini adalah untuk melarang satu pihak mencipta keuntungan hasil dari manipulasi keatas satu pihak yang lain . Umpama seorang mengambil hak orang lain tanpa ada sebarang pembayaran atau balasan yang setimpal adalah satu perkara yang diharamkan oleh syariat . Ini kerana Allah taala telah mensyariatkan jual beli dan melarang riba dan mengambil harta orang lain dengan jalan yang batil . Jalan yang batil itu bukan terbatas kepada mencuri merompak meragut tetapi juga apa juga bentuk pengambilan secara tipu daya , muslhat , manipulasi yang jauh dari tercetusnya keredaan antara kedua pihak yang berinteraksi .

Di dalam riba fadl jika kita perhatikan secara mendalam satu pihak katakan Kasim menyerahkan sekilo gandum sementara pihak yang kedua atau Mahmud pula menyerahkan 3 kilo gandum. Di dalam transaksi ini Kasim mencipta keuntungan tanpa usaha dan mencipta 2 kilo gandum dengan menukarkan satu kilo beras miliknya . Dari manakah 2 kilo itu datang … ia datang hasil pertukaran yang dibuat dengan kasim yang terpaksa menyerahkan 2 kilo tambahan kepada mahmud tanpa sebarang sebab dan alasan .

Baik kita perhatikan pula kepada amalan penciptaan wang pada hari ini . Amalan ini menyerupai amalan riba fadl yang ditegah oleh nabi . Pertama bank mencipta wang di dalam akaun bukan dari wang yang disimpan oleh penyimpan yang telah sedia ada . Bank tidak mengerah sebarang tenaga atau mengambil sebarang usaha untuk mendapatkan wang sebelum meminjamkannya kepada peminjam .
Apa yang perlu dilakukan oleh bank adalah meminta pihak peminjam yang memerlukan wang mengisi borang pinjaman . Kemudian bank memberikan kelulusan dan kemudian ia mencipta wang baru dalam akaun sipeminjam dengan menekan angka jumlah wang yang diperlukan . Bank tidak menggunakan wang mana mana penyimpan untuk memberikan pinjaman sebaliknya bank mencipta wang hasil dari IOU atau borang pinjaman yang diserahkan kepada pihak bank . Adakah sebarang usaha dari bank untuk mendapatkan wang sebelum memberi pinjaman . Tiada . Adakah perlu di dalam bank ada wang sebelum memberi pinjaman ? Jawapannya juga tidak

Jadi amalan yang dibuat oleh bank pada hari ini menyamai amalan yang dibuat oleh mahmud mendapatkan 2 kilo gandum tanpa sebarang usaha atau menukarkan 1 kilo gandum miliknya dengan 2 kilo gandum lagi milik kasim atas tambahan keatas satu kilo yang telah dibuat .

Tapi bagaimana dengan wang yang diserahkan kepada peminjam ? Nah jawapan ini tampak sukar untuk dijawab . Tapi sebenarnya amat mudah . Pinjaman mencipta wang baru di dalam akaun . Tetapi wang yang diterima oleh peminjam adalah rezab wang yang sememangnya ada dalam peti simpanan bank atau diletak dalam mesin atm . Wang ini dikongsi beramai-ramai oleh setiap orang samada orang yang punya tunai disimpan di bank atau orang yang membuat pinjaman bank . Wang itu mencukupi kerana sentiasa keluar masuk antara pihak yang menggunakan wang dengan orang yang menerima wang iaitu peniaga dan mereka memasukkan wang kembali dalam mesin deposit . Ini bermakna wang tunai yang dikeluarkan oleh pihak peminjam bukanlah wang yang baru dicipta oleh bank tetapi wang yang dikongsi dengan ramai orang lain yang punya deposit di dalam bank . . Jika ditakdirkan satu hari semua pendesit mengeluarkan wang mereka sudah tentu bank tidak mempunyai cukup tunai untuk membayar kepada pendeposit .

Bagaimana mahu membuktikan perkara ini benar – benar kejadian

Jadi kesimpulan peminjam meminjam wang dari bank sedang bank tidak punya wang . kemudian anda perlu membayar hutang anda dengan berusaha dan membayar kepada bank dengan wang real yang anda perolehi hasil kerja keras anda . tidakkah ini juga adalah riba kerana bank boleh memberi pinjam dari wang yang asalnya tidak ada .
Jika kasim menukar 1 kilo beras dengan Mahmud menyerahkan 3 kilo gandum adalah riba fadl . maka jika peminjam membayar balik pinjaman sebanyak beserta bunga atau untung sedang bank tidak menyerahkan apa-apa melainkan mencipta wang tanpa sebarang usaha dari anginal adalah riba fadl yang lebih trajis berbanding riba fadl dalam bentuk asal di zaman nabi .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s