DISKUSI BERSAMA PENASIHAT BANK ISLAM

Prof AMN : Ada soalan dari ustaz aku:Jika ana pergi bank nak beli rumah dan rumah belum siap. Pemaju tiada wang , ana tiada wang bank pun tiada wang. Wang hanya wujud dlm entry aset balance sheet bank lepas ana serah borang janji bayar. Pastu masuk jumlah yg sama dlm entri liabiliti bank . Lepas tu bank memasukkan angka yg sama ke dlm akaun pemaju. Dan dlm akaun ana muncul hutang . Jadi inflownya bukan dari wang sedia ada dlm bank , tetapi dari nota janji ana. Ia adalah aset bukan, bagi pihak bank . Sama seperti bon. Jika ana bayar guna cek tapi tiada wang dlm akaun ana menipu bukan. Bagaimana pula bank membeli rumah tersebut sedang dlm akaunnya sendiri wang hanya wujud lepas dpt nota janji ana. Harap penjelasan dari pengamal perbankan Islam MohdZamerey Abdulrazak, Nazri Chik

MAA : Sebelum saya jawab soalan Tuan Mohd Syamsyul: boleh bagi contoh aqad apa yang digunapakai dalam membeli @ memberi pinjam yang Tuan buat contoh supaya kita bercakap diatas landasan yang sama.

MAA : Sebelum saya jawab soalan Tuan Mohd Syamsyul: boleh bagi contoh aqad apa yang digunapakai dalam membeli @ memberi pinjam yang Tuan buat contoh supaya kita bercakap diatas landasan yang sama.

Prof AMN : Minta komen sahabat sahabat yg kerja kat mana mana bank Islam. Setahu ana bank konvensional pun x leh buat gitu, kalau x ada inflow x akan ada outflow. kalau tidak buat apa ada interbank placement dll

aku : Tq Dr Azman utarakan isu .Bagus juga kalau CPA mana2 bank pun kongsi idea .

aku : Tq Dr Azman utarakan isu .Bagus juga kalau CPA mana2 bank pun kongsi idea .

Abdul Ghani Endut : Mengikut Syariah bila perjanjian jualbeli berlaku, pemilikan aset berpindah dari penjual kepada pembeli walaupun tanpa apa2 bayaran di buat oleh pembeli. Mengenai accounting recording/treatment, ianya direkod berdasarkan konsep “accrual accounting” yang dibenarkan oleh Syara’ seperti mana keputusan Majlis Syariah AAOIFI dalam bab Tandhid Hukmi. Wallahu a’lam.

MAA : Perbincangan tajuk ini perlu dilihat dari pelbagai sudut: Isu wang tunai di tangan (hard cash). Isu wang dalam akaun.

Cara pemahaman soalan ini dilontar seolah-olah pihak yang bertanya tidak mengambilkira kewujudan wang dalam akaun @ mungkin saya yang salah.

Mana-mana bank di Malaysia tidak boleh buat sebarang bayaran jika akaun RM (Rentas) tidak mempunyai duit. Manakala untuk bayaran dalam matawang asing akaun Nostro perlu ada duit.

Berbalik kpd soalan; Apabila bank underwrite permohonan home financing yang dipohon oleh customer, bank tidak perlu ada duit semasa proses underwriting dikakukan tetapi apabila bank nak bayar kepada pemaju, bank mesti ada duit. Bank tidak boleh semata-mata mengharapkan ansuran dari customer untuk membayar kpd pemaju kerana tempoh pembiayaan bank kpd customer kebiasaannya lebih panjang berbanding pembayaran kpd pemaju. Andaian mengatakan bank bayar kpd pemaju dari duit customer adalah tidak munasabah.

Apabila bank nak bayar kpd pemaju, bank mesti ada duit. Sumbernya:Capital bank @ deposit/investment di bank. Bukannya atas angin boleh masukkan account entry tanpa ada duit dalam akaun.

Hubungan antara bank dgn customer mestilah berdasarkan aqad yg dibenarkan syariat supaya bank boleh bayar kepada pemaju samada aqad Istisna @ Tawarruq @ lain-lainnya.

Begitu juga hubungan antara bank dengan pemaju, mesti lah berdasarkan aqad yang dibenar kan oleh syariat.

Dari proses inilah lahirnya aset @ lialibity.

Diumpamakan oleh penanya seperti Bon….adalah qias ma’al faariq….bon adalah konvensional & haram. Apa yang dilakukan dlm islamic banking tidak sama dengan konvensional bank.

Dijemput buat praktikal di islamic bank untuk memahami keadaan sebenar.

Wallahu’allam.

aku terima kasih ustaz atas pencerahan . lagi soalan berkaitan ; bagaimana saya nak hubungkan jawapan ustaz apabila bank membeli atau memberi pinjam katakan 100k rumah entri aset dlm balance sheet bank bertambah 100k . saya terbaca dalam http://www.positivemoney.org/how-banks-create-money/balance-sheets/ . adakah wang itu hadir dari promissory note pembeli .

MAA : Sebelum saya jawab soalan Tuan Mohd Syamsyul: boleh bagi contoh aqad apa yang digunapakai dalam membeli @ memberi pinjam yang Tuan buat contoh supaya kita bercakap diatas landasan yang sama.

aku : Bermakna bank membeli tanpa wang yang sedia (terakru yang akan dibayar oleh pelanggan) ada dari pemaju dan menjual kepada pembeli yang berjanji membayar secara ansuran bersama harga tangguh . Dalam masa yang sama dalam akaun pemaju tercipta wang ( checkbook money ) .

aku : saya ambil petikan ayat di dalam positive money “A customer, who we shall call Robert, walks into RBS and asks to borrow £10,000 to buy a new car. Robert signs a contract with the back confirming that he will repay £10,000 over a period of five years, plus interest. This legally enforceable contract represents a future income stream for the bank, and when the bank comes to draw up its balance sheet it will be included as an additional asset worth £10,000:…………. (selepas kunci kira-kira)…….Notice that no money was transferred or taken from any other account, the bank simply updated a computer database. A bank does not ‘lend money’ – to lend one must have money to lend in the first place. In reality a bank creates credit – money – when it advances loans.

MAA : Islamic banking (AFB & saya percaya yg lain juga buat seperti AFB) tidak akan buat bayaran samada untuk pembiayaan @ pembelian selagi proses aqad tidak sempurna. Penyempurnaan aqad inilah yang akan membuktikan bank perlu mempunyai duit dalam akaun Rentas @ Nostro.

Setelah permohonan customer diluluskan oleh pihak BOD/Credit Investment Committee di bank, pihak Credit Admistration Departmant @ Tresury Operation akan uruskan proses pembayaran samada untuk pembiayaan @ pembelian menggunapakai aqad-aqad yang persetujui oleh kedua-dua pihak. Kemudian barulah accounting entry akan disempurnakan oleh Finance Department.

Sebab itu saya tanya contoh aqad apa yang Tuan rujuk dalam soalan Tuan.

MAAKita bercakap di alam realiti yang kami buat di bank bukanya berdasarkan tulisan yang ditulis oleh orang lain. Islamic banking di Malaysia wajib mematuhi prinsip syariah yang diputuskan oleh Jawatankuasa Syariah masing-masing.

aku bagaimana saya nak kaitkan penjelasan ustaz dengan statement Adair Turner, Chairman of the FSA, Speech: ‘Credit Creation and Social Optimality’, “Notice that no money was transferred or taken from any other account, the bank simply updated a computer database. A bank does not ‘lend money’ – to lend one must have money to lend in the first place. In reality a bank creates credit – money – when it advances loans”. ( sumber yang sama )

Prof AMN : contoh baru ustaz shamsul sebut tu dari bank riba, keluar tajuk, sbb dah confirm haram

MAA : Macamana kita nak kaitkan antara hukum feqh & pandangan seorang bukan islam yg tidak percaya kpd halal & haram.

Rujukan amalan perbankan islam ialah Syariah Islamiah.

aku : sambung semula lepas jumaat . soalan saya adakah islamic mengamalkan full reserve banking. jika ya maka tidak ada penciptaan wang dari hutang @ jual beli . tapi yang nyata tiada bank yang amalkan sistem ini lagi . islamic banking juga terikat dengan BNM yang menetapkan kadar rezab statutori 2% setakat ini . andai bank ada 1 juta RM bermakna bank boleh bagi pinjam hingga 50 juta melalui money creation . 1 juta tu adalah duit tunai tapi 49 juta lagi adalah duit dalam akaun yang sebenarnya tiada atau checking akaun . soalannya adakah checking akaun itu wang legal tender . atau hanya lahir dari hutang @ murabahah@ inah dll yang hanya berbentuk virtual money . Jika semua pendeposit ( peniaga yang menerima pembayaran melalui money creation ) menarik keluar wang mereka adakah bank kecukupan wang ? kalau tengok data BNM wang virtual ini berjumlah 96% dari seluruh wang yang ada ( cash,m1,m2,m3).

aku : adakah semua wang milik islamic bank hanya wang legal tender yang beredar dipasaran ? dan hanya meminjamkan wang legal tender semata2

Prof AMN : ana rasa persoalan yg ana post diatas sudah terjawab oleh ustaz zamerey. kadang kadang apa yg diajar oleh ahli akademik jauh dari fakta industri. selalu ada perbezaan pendapat ahli ekonomi dan fiqh. ana pernah hadir konference di doha tahun lps, ahli ekonomi kata mereka lbh faham maqasid berbanding ulama fiqh.bagi ana yg penting kena tahu mana transaksi yg halal mana yg haram.kalau guna duit mas pun ada money creation,nilai transaksi yg lbh tinggi dari jumlah wang yg ada,adakah ini haram? kalau x ada bank sekalipun memang berlaku money creation.jadi kita kena tengok aqad yg mana patuh shariah dan yg mana haram. org kafir jahiliyyah pun sebagaimana yg disebut di dalam Al Quran, menanggapriba sama dgn jual beli sedangkan Allah sebut.وأحل الله البيع وحرم الربا. ana pernah bincang panjang persolan yg sama dgn kumpulan pelamapau dinar, tidak ada kesudahan.

Prof AMN : sebagai ahli akademik kita kena pastikan maklumat betul, bukan sekadar baca buku buku lama. kalau bank ada 1 juta, macam mana nak bagi pinjam 50 juta, bank kena dapatkan dulu 50 juta dari pihak lain, dan dianggap sebagai liaiblity. kalau semua depositors nak keluarkan duit, memang bank tak ada duit. tetapi apa hukumnya? haramke? ana pinjam duit anta lps tu ana buat modal berniaga, tiba tiba esok anta minta balik, memang ana tak mampu bayar, adakah ini haram?

MAA : Wang ada dalam bentuk hard cash di pasaran biasa & ada dalam bentuk akaun(wired money) & kedua-duanya adalah legal.

MAA : Duit melahirkan duit tidak salah jika prosesnya menepati hukun syariah. Masalah akan timbul apabila hukum syariat tidak tepati dalam transaksi tersebut. Sama juga sekiranya kita menggunakan Dinar @ Dirham sebagai matawang. Jika hukum syariah diketepikan, ianya tetap haram walaupun menggunakan Dinar @ Dirham. Contohnya: Berlaku penangguhan dalam penyerahan.

MAA : Emas juga boleh melahirkan emas sebagai contoh: A mempunyai 1 jongkong emas berniali 100,000Dirham. A menggadaikanya di al-Rahn lalu memperolehi 70,000 Dirham, beliau kemudian membeli lagi emas dengan nilai 70,000Dirham dan digadai lagi di Rahn dan dipinjamkan kepada beliau 70% dari nilai emas = 49,000Dirham lalu dibeli emas lagi dan digadai lagi & beliau memperolehi 70% dari nilai emas = 34300Dirham lalu dibeli lagi emas & digadai lagi & diperolehi 70% nilai emas = 24010 dan begitulah seterusnya sehingga semua Dirhamnya telah dibeli emas tetapi semua emasnya di gadai di Rahn. Apabila nilai emas meningkat berbanding Dirham, beliau cepat-cepat menebus gadaianya dan pada waktu itu beliau akan memperolehi mungkin 10 jongkong emas berbanding sebelumnya hanya 1 jongkong emas. Apakah ini emas mencipta emas atau A bertindak berani menambah liability untuk mendapat keuntungan? Dr Prof AMN your comment please?

aku : Cuba kita bayangkan dunia tanpa bank apa yang akan berlaku?atau fungsi bank dihadkan hanya sbg menyediakan deposit box shj. Wang pula hanya dicetak oleh kerajaan bukan melalui pintu hutang atau private commercial bank. Kekayaan pasti dpt dinikmati semua. DR Bernard Litear salah seorg yg terbabit dlm pembikinan matawang euro menulis dlm bukunya Mystery of money (siapa yg mahukan buku boleh download ) “bank ibarat magician jika semua orang sedar bgmn dia keluarkan arnab dari topi dan lengan bajunya adakah org akan melihat pertunjukannya. ” begitulah bank menyembunyikan cara mereka membuat wang supaya semua orang bergantung kpdnya untuk mendptkan wang , sedang mereka sendiri boleh membuat wang andai manusia sedar.

Prof AMN : ustaz shamsul, kita bercakap tth hukum, rujuklah kitan fiqah,jgn dok pakai kitab ntah apa apa. bank riba ana dah cakap, x payah bincang confirm haram. illahnya riba, bukannya money creation.ana qiyaskan dgn anak dari pernikahan yg halal dibandingkan dgn yg haram, isu samada dapat anak nak anggap maqic x tak magic bukan isu utama.yg pentingnya ia adalah melalui cara yg halal atau haram

Prof AMN : ustaz zamerey, simulasi yg anta berikan adalah sangat tepat sebagai contoh money creation out of nothing, tapi ana x berani nak kata haram, kalau dipenuhi segala syarat jual beli menurut shariah

MAA : Dr Prof AMN: Gold creation….:)

Prof AMN : ustaz shamsul, setiap deposir kat bank adalag liablity, kena bayar balik, bank tak akan ambil deposit untuk tolong simpan. bank kena create asset. kalau bank riba dgn cara interest yg confirm haram. bank islam dgn berasakan jual beli yg confirm halal. al – zubair bin al awwam dulu, apabila org ramai minta dia tolong simpan wang mereka, dia kata ini adalah hutang/ salaf. dia berniaga dgn duit tersebut dan dapat untung,dan tak kongsi pun dgn depositor, kalau haram sudah tentu ditegur oleh para sahabat lain atau Rasulullah sendiri.

Prof AMN : gold tu thaman, thaman tu duit/money.maknanya guna emas pun tak boleh lari dari isu money creation, yg pentingnya cara halal atau haram.org ekonomi nak fikir panjang panjang silakanlah,

aku : Nampaknya dr dan ustaz belum memahami apa yg tersirat dibalik kata2 dr bernard. Sir josiah stamp President bank of england mengatakan banking was concieved in sin. The bankers own the earth. Take it away from them the power to create deposits and with the flick of pen they will create enough deposit to buy it back again , however take it away from them and all the fortunes like mine wil disappear and they ought to disappear. for this world would be happier and better world to live in. But if you wish to remain slaves of banker and pay for the cost of your own slavery let them continue to create deposit. Sila fahami dan halusi maksud yg sgt mendalam dari org yg sgt memahami rahsia perjalanan bank

aku : Contoh AlZUBAIR b Awam itu qiyas maal fariq. Beliau tidak mencipta wang tetapi berniaga dan membuat untung. Berbeza dgn bank . Sama seperti contoh HP samsung beli 2 dinar jual 2.5 dinar tiada penciptaan wang hanya untung.

aku : Hendak memahami bank kena kenal apa prinsip dan amalan keturunan goldsmith abad ke 16 baru kita kenali sisi gelap perjalanan bank.tanpa mengenali amalan rahsia tapi hanya kitab fiqh yg dikarang 1000 silam lalu menerapkannya pd amalan bank adalah satu yg janggal dan mengelirukan orang awam.

Prof AMN : contoh al Zubair bukab qiyas tapi dalil. kalau nak anggap qiyas maal fariq,memang maal fariq bagi bank riba. bank riba awal awal lagi haram, isu money creation tu tururan dari riba. ana guna dalil al zubair untuk menunjukkan alternatif perbankan yg halal.

Prof AMN : kalau anta nak cakap pasal kejatan riba memang x ada khilaf. bank islam menawarkan alternatif keuntungan melalui perniaagaan, bukannya interest atas angin spt bank riba. kena bezakan antara kedua duanya walaupun sama sama terlibat dgn money creation dlm ekonomi. kalau ana ada 100 dinar anta ada dinar ustaz zamiri ada 100 dinar, ana beli hp dari ustaz zamiri 100 dinar jual kat anta dgn harga 150 dinar, 50 dinar ini adalah pertambahan nilai duit, itulah money creation, walaupun hanya kita bertiga sahaja yg tiggal kat kampung tu, tapi nilai baru sudah dicipta , sebab melalui perniagaan maka ia adalah halal, tapi kalau ana bagu hutang 100 dinar ambil intetest 50 dinar, maka ia adalah haram.

Prof AMN : ustaz shamsul, lbh baik anta dapat confirmation dari perbankan konvensional sekarang kalau nak berckap ttg bank riba. ana pernah tanya soalan yg sama kpd org ekonomi, kalau bank riba hanya boleh cop duit atau buat duit atas angin, Greece berdepan masalag hutang yg teruk. boleh ke tidak depa hanya butt leverage, buat duit atas angin? Sebagai seorang yg ada background shariah, sepatutnya tidak mudah terpengaruh dgn dakwaan org ekonomi yg memperlekehkan ulama dan kitab kitab fiqh. kita boleh juga baca qarar majma berkenaan dgn wang kertas dan perbankan islam.

aku : Minta maaf Dr rasanya money creation yg kita paham berbeza. Begitu juga ttg sistem akaun bank. Kalau orang biasa ada 1000 dia hanya boleh bagi pinjam 1000. Di terpaksa tunggu hingga peminjam pulangkan baru boleh guna. Selagi peminjam belum memulangkan wang itu dia belum berpeluang meminjamkan lagi. Wang yang beredar hanya 1000. Tetapi bank apabila ada 1000 dipinjamkan akan kembali semula ke tangan bank tak lama kemudian sbg deposit apabila peminjam telah berbelanja. Kemudian dari deposit itu bank boleh lagi pinjamkan 910 dan simpan lagi 2% dan tak lama kemudian duit itu akan masuk balik sebagai deposit. Jadi didalam akaun bank sudah ada 1910 tetapi wang yg sebenar hny 1000 . Ini namanya money creation. Wang 910 hanya boleh dicipta oleh bank. Tetapi dlm amalan 910 itu bole digunakan oleh pendeposit melalui cek selagi dia tidak meminta wang tunai begitu juga dgn pendeposi 1000 yg pertama , ini menambah kuasa beli sebyk 910 sedang 910 yg real ini belum dipulangkan lagi oleh peminjam. Kemudian dlm masa yg sama slps itu bank pinjamkan lagi 812 dan masuk semula ke bank sbg deposit. 812 +910=2722 adalah wang baru yang dicipta oleh komersial bank. Bagi bank riba ianya dikenakan riba sementara SPTF kenakan caj yang sama tapi atas namakan untung. Nampak tak di sini ada 2 jenis wang yang beredar . Tunai dan hutang. Tetapi slps bberapa pusingan rezab semakin mengecil. Ditambah dgn interest orang ramai semakin saling berebut wang tunai yg semakin mengecil utk membayar hutang yg semakin byk. Apabila ini berlaku bank akan menutup pinjaman dan menaikan interest@untung kerana telah berlaku inflasi. Bila tiada hutang baru tiada growth . Bila tiada growth mula berlaku pengangguran dan bisnes menguncup. Masa tu nampaklah kejahatan bank tak kira islam atau kafir spt diucap oleh josiah stamp mereka menyita aset yg mereka miliki dgn flick of pen atau mencipta deposit.

MAA : Apa yang dipetik oleh Ustaz Mohd Syamsyul amat jauh dari amalan Perbankan Islam kerana perbankan islam berasaskan Feqh bukanya berdasarkan buku dari barat. Kalu buku buku barat jadi rujukan dalam urusan perbankan islam maka awal awal lagi ianya haram.

MAA : Hubungan antara bank konvensional dgn pelanggan adalah interest/riba based. Manakala Perbankan Islam adalah berdasarkan aqad yang dibenarkan oleh syariah. Jika perbandingan dilakukan pasti ianya tidak akan sama kerana satunya Haram dan satu Halal. Rujukan amalan antara kedua-duanya juga berbeza.

Prof AMN : betul cara kita faham lain, tapi seboleh bolehnya yg sistem bank riba itupun anta kena clarify dgn mereka yg kerja kat bank, kena faham betul betul dari segi aset dan liabilty, perkembangan undang undang perbanken, basel 1,2,3 capital adequacy ratio, tujuan statutary reserve dll. anta x boleh hukum berdasarkan buku rujukan itu sahaja, walaupun kita x ada khilaf ttg pengharaman riba. teori yg sama pernah dibentangkan oleh Prof Kamil Meera kat Labuan, ana tanya Prof Abbas Mirakhow, dia kata tak masuk akal. maknanya ada perkara yg org akademik syok sendiri, org industri buat benda lain, lps tu org industri tak hormati org akademik.

Prof AMN : ada baiknya ustaz shamsul sebut contoh akad yg diminta oleh ustaz zamerey. kena ingat antara perbezaan di antara riba dan untung ialah, riba bersifat compunding, untung murabahah x akan bertambah. kalau konsep ini pun dah tak sama, mana boleh disamakan bank riba dgn bank Islam.

Prof AMN : ana pernah tanya Sheikh Ali Muhyiddin Qurrah Daghi yg juga guru kpd ustaz zamerey, org kanan Sheikh Yusuf al Qaradawi, masalah khalq al nuqud, creation of money dlm perbankan Islam. beliau menafikan unsur money creation yg haram, beliau berpendapat money creation yg serius ialah melalui pengeluaran bond bond kerajaan, di mana kerajaan akan beli balik dgn harga plus interest yg lbh tinggi, walaupun tidak melibatkan bank. ini di antara contoh rujukan kpd ulama pakar semasa dlm kewangan Islam

Prof AMN : Syeikh Qurrah Dagu adalah Secretary General bagi union for Muslim scholar.( Al-ittihad al-alami li ulama Muslimin. ) ana lbh yakin dgn pandangan beliau.

aku : Kalau kita lihat pandangan menyokong FRR adalah pendokong aliran keynessian dan inflationist. Aliran ini memang menguntungkan golongan capitalist corporat dan banker. Syeikh Taqi Uthmani dlm satu seminar menyelar golongan kapitalist yg membuat spekulasi dari atas matawang , hartanah , saham , bon, swap. Derivatif dan lain lagi hingga cuaca pun dispekulasikan. Dari manakah wang ini dtg bertan-tan melainkan dr FRR. Keadaan bertambah apabila Reagan menghapus akta glass-steagall yg memisah antara bank komersial dan investment. Kesannya berlaku gelembung dot.com di era 90 dan bubble hartanah pd 2007 dan ekonomi us masih tak pulih2

Prof AMN : Ana rasa isu kapitalist tu isu lain, memang tak habis nak bincang kapitalist, sosialist, komunist dll. Isu spekulasi adalah kharij maudu’, derivatif pun tak ada ulama yg benarkan, Pandangan Sheikh Taqi adalah umum tak ada kena mengena dgn money creation oleh bank Islam sebagaimana yg kita bincangkan. Dari mana wang ini datang? Dari hasil mahsul negara, cukai dll. Di samping itu, sebagaimana Sheikh Qurrah Dagi sebut, duit diperolehi melalui berhutang, the issuance of bonds. Kat Malaysia pun kita buat bon 1 Malaysia.Ada sovereign bond/bon kerajaan dan ada juga private bonds. Kena bezakan juga di antara Federal Reserve yg bertindak spt Bank Negara, dengan Fractional Reserve.

Prof AMN : Apa kaitannya dgn ekonomi US? Kat Malaysia pun sekarang inflasi teruk, rumah mahal, banyak faktor lain seperti spekulasi, kegagalan kerajaan mengurus khazanah negara dll, ini semua tak perlu dipanjangkan.Ia juga melibatkan fiscal policy dimana semua sektor dan anggota masyarakat akan terlibat, bukan sahaja bank Islam. Sheikh Abdul Rahman al-Atram, dalam persidangan GIFF baru baru ini menekankan bahawa “adalah tidak tepat bagi pakar pakar ekonomi untuk menghentam perbankan Islam atau merealisasikan segala teori ekonomi ataupun maqasid melalui sektor perbankan Islam.” Dengan itu sepatutnya kritikan berkenaan riba fiscal policy micro ecomomy mestilah diajukan kpd kerajaan, kementerian kewangan, dan bnm. Adalah tidak tepat untuk menyerang perbankan Islam yg menawarkan alternatif kepada riba. Wallahualam

aku : Seorang pakar matematik berkata bagaimana mahu membantu berjuta2 mangsa foreclosure di US . Dia menjawab jika rumah itu berharga 100k beri peluang dia bayar $100 sebulan dgn dilupuskan interest@untung Kurang 100 tahun hutang pasti langsai. Seorang pakar matematik lagi menyatakan jika bank boleh mencipta wang dgn kadar FRR 10% dan interest@untung 5% dlm tempoh 10 tahun pasti berlaku foreclosure seperti cendawan lepas hujan .

aku : FR keluarkan 1bilion FRR beranakkan jadi 50bilion

Rafidah Azli : Sy juga tertanya2 berkenaan isu yg sama slps membaca bbrp fakta tntg fiat money yg terhasil dr fractional reserve system. Persoalan sy pula, adakah bank islam dibenarkan menawarkan pembiayaan kepada pelanggan (berdasarkan kontrak syariah yg diluluskan) melebihi wang yang ada padanya (hard cash & wired money)’?

aku : Basel 3 dibuat utk mengekang bank memberi pinjaman terlalu besar berbanding kapital yg ada melalui fractional Reserve requiment. ini menunjukan apa yang ana ajukan ttg FRR ada benarnya

aku : FRR Adalah enjin kpd bank moden interest wa akhawatuha adalah bahan apinya.

Prof AMN : Rafidah, bank tak kira riba atau bank Ilsam, tak boleh bagi pinjaman/pembiayaan melebihi wang yang ada. Sumber wang adalah daripada deposit org ramai (samada qard, mudaharabah, wakalah bi al-istihmar dll), Shareholder’s fund, atapun interbank placement/borrowing. Kerja pegawai treasury adalah untuk mendapatkan duit samada meminjam dari bank lain (kalau bank Islam, melalui interbank mudharabah, collateral murabahah, qard), bank negara sentiasa mengawal aktiviti bank, dgn itu mana mana bank bukannya boleh bagi pembiayaan dengan mudah kalau x cukup fund.Jadi kena ada wang dulu, wang yg ada yg diperolehi daripada depositors atau bank lain dianggap sebagai liability.

Prof AMN : Ustaz Shamsul, yg ana tahu, berdasarkan pengalaman dari industry statutary reserve ataupun general provision tidak disukai oleh bank. Ini kerana bank tidak boleh memaksimakanpROF penggunaan fund to create asset. Bank make profit through financing activities, bukannya fractional reserve. Bagi regulator pula tujuan ditingkatkan reserve adalah untuk menjaga industri dari collapse kerana mismatch between asset and liabilities. Minta komen teman teman dari industri terutamanya Muhammad Iman Sastra Mihajat, Abdullah Haron

Prof AMN : Ustaz Shamsul, yg ana tahu, berdasarkan pengalaman dari industry statutary reserve ataupun general provision tidak disukai oleh bank. Ini kerana bank tidak boleh memaksimakan penggunaan fund to create asset. Bank make profit through financing activities, bukannya fractional reserve. Bagi regulator pula tujuan ditingkatkan reserve adalah untuk menjaga industri dari collapse kerana mismatch between asset and liabilities. Minta komen teman teman dari industri terutamanya Muhammad Iman Sastra Mihajat, Abdullah Haron

MAA : Menjadi amalan Institusi Kewangan di Malaysia mempamerkan balance sheet dan P & L report di akhbar, di dinding bank & di website. AFB boleh didapati di dinding bank.

aku : apa kata federal reserve of chicago dalam manualnya modern money mechanic : If business is active, the banks with excess reserves probably will have opportunities to loan the $9,000. Of course, they do not really pay out loans from the money they receive as deposits. If they did this, no additional money would be created. What they do when they make loans is to accept promissory notes in exchange for credits to the borrowers’ transaction accounts. Loans (assets) and deposits (liabilities) both rise by $9,000. Reserves are unchanged by the loan transactions. But the deposit credits constitute new additions to the total deposits of the banking system.

aku : rasanya semua central bank seluruh dunia copy sistem federal reserve dan bank of england dan dikawal oleh BIS

MAA Adalah lebih adil jika ustaz buat praktikal di islamic bank sebelum menghukum. Teramat tidak wajar hanya rujuk manual yg disediakan oleh pihak konvensional.

aku boleh ustaz emel kan saya manual islami banking dan kunci kira-kira harian AFB

ZA Aswt, banyak tidak faham apa yang diutara oleh Ustaz Syamsul. Apa yang diutara oleh Ustaz Syamsul adalah kenyataan yang pasti disokong apabila kita benar2 faham apa itu Fractional Reserve Banking, fiat money dan gold backed money. Saya kira percerahan perlu dibuat tentang perkara ini sebelum perbincangan diteruskan. Kalau tidak perbincangan akan menjadi tidak relevan dan pincang. Research dan kaji dulu apa itu FRR. fiat money dan gold as sunnah money. Untuk jalan pintas rujuk artikel2 saya untuk Edge Malaysia dalam website saya Muamalah Financial Consulting Sdn Bhd.

aku Terima kasih tuan Zahid , jika tuan bekerja di mana institusi perbankan saya mohon untuk dapatkan salinan kunci kira-kira harian bank islam supaya ia menjadi clear dan mudah difahami .

aku saya juga mengesyorkan tuan mendapatkan buku where does money come from? ditulis oleh Josh Ryan-Collins, Tony Greenham, Richard Werner & Andrew Jackson

MAA Untuk memahami balance sheet &
P n L adalah amat baik, jika boleh datang ke mana-mana HQ bank & duduk dengan pegawai dari Finance Department supaya tidak ada salah faham. En Zahid orang lama, mungkin dapat membantu memahamkan terminologi yang digunapakai oleh pihak Finance.

Saya merasakan discussion ini terkeliru antara: 1) FRR/Stat Reserve & Tresury bill. 2) creating money out of halal bussiness & creating money out of riba.

aku mungkin saya salah tapi bagi saya pemahaman ia ibarat komputer ada low level language dan high level language dan machine language .
machine language adalah bahasa yang hanya difahami oleh mesin dan
ia perlu bahasa low level iaitu seperti c , fortran dll
dan akhir sekali adalah software operating system seperti window , linux dan Xubuntu .
analoginya bahasa mesin : fractional reserve / money creation , credit creation dari hutang dan aset
, – low levelnya adalah riba / istisna` / murabahah / inah / tawarrq dan
high level nya adalah istilah kewangan bank yang disebut oleh ustaz dan prof Azman sepanjagn hiwar kita .
saya bukan nak mengkondem dan mencari kesalahan bank islam tetapi saya melihat sistem ini jauh dari apa yang diamalkan oleh rasulullah sahabat dan tabiin ( kalau saya salah tolong betulkan ) tetapi lebih hampir kepada amalan tukang emas yahudi abad ke 16 hingga mengalami evolusinya menjadi bank modern . harap persatuan penasihat syariah sedunia duduk bincang bersama . ini kerana di barat mereka telah lama mengamalkan sistem yang lebih baik ( mungkin saya silap ) tapi mereka berhasil mengeluarkan wang yang bebas interest daripada definisi wang yang lebih tepat seperti kata Dr Bernard litear money is no more than a contract . jadi jika sekadar menuruti apa yang diatur oleh IMF , BIS dan sebagainya tidak mungkin hasrat untuk menjaga kemaslahatan ummah dalam menjaga harta , agama , maruah , nyawa dan keturunan . lihatlah kepentingan seluruh ummah bukan segelintir 20% pemodal yang menguasai 80% kekayaan

aku oh ye ingin saya kongsi bersama sebahagian rujukan saya : the mystery of banking oleh Murray Rotchbard , Mystery of money Bernard Litear , interest and inflation free money Margrit Litear , Tom Greco Future of Money , dll

ahid Aziz Masaalah ini memerlu penguasaan fahaman dua dunia. Kita sedang merintis permaslahan tersangat baru dari segi fiqh yang memerlu ulamak menguasai ilmu ekonomi dan kewangan dengan sangat mendalam. Inilah akibat pukulan ideologi sekularisma yang dibawa oleh penjajah ysng berjaya memisahkan ilmu dunia dari ilmu ugama. Bergabung tenagalah kita untuk mensyumulkan kembali ugama kita.

aku soalan mudah saya adakah SPTF menjadi penyumbang kepada M3 yang pada tahun 2011 mencecah 1,111,389.4 juta berbanding cash ( legal tender ) yang hanya 4% 53,655.3 juta ( sumber statistik bank negara )

aku satu lagi soalan mudah jika m3 terhasil dari penciptaan hutang@jual beli adakah wang untuk interest@untung juga tercipta sama . atau lain perkataan cash terpaksa direbut bersama kesemua penghutang@pembeli yg hanya berjumlah 53 bilion ?

aku sila lihat apa yang dikatakan oleh modern money mechanic : saya cuba translatekan ya tuan ZA ( kalau salah harap ditegur) . “jika perniagaan aktif bank dengan lebihan rezab boleh meminjamkan 9000 . tapi jika mereka memberi pinjaman dengan wang yang mereka terima sebagai deposit nescaya tiada tambahan wang akan tercipta . apa yang bank buat adalah memberi pinjaman dengan menerima promisori note untuk memasukan kredit kedalam akaun peminjam . loan (aset ) dan deposit (liabiliti ) keduanya meningkat . rezab tidak berubah dengan transaksi pinjaman . tetapi deposit pinjaman membentuk tambahan kepada keseluruhan deposit di dalam sistem bank”. cuba tuan terangkan dengan lanjut penciptaan wang melalui promisori note ini tanpa sebarang wang yang sedia ada dalam bank melainkan memasukkan angka ke dalam akaun peminjam sebagai balasan kepada promisori note.

Prof AMN ana nak tanya ustaz shamsul, 1. adakah penyumbang kpd M3 itu datang dari FRR? tepatkah perumpamaan frr sebagai engin dan interest sebagai bahan api,atau anta akui ia datang dari loan bank konvensional dan juga sptf?

Prof AMN apa sebenarnya kesimpulan yg ustaz shamsul nak katakan? adakah bank islam jadi haram sbb money creation, di mana bagi saya ada money creation yg halal dgn cara yg halal dan ada money creation yg haram apabila melalui cara yg haram. masalah siyasah ataupun polisi polisi regulator, adalah isu lain, kena bincang lain kali

aku Ana hanya suka mengkaji dan menganalisa . Pada ana , anta boleh memberi satu input dlm sistem perbankan islam yg totally different dari sistem tukang emas yahudi abad ke 16 dan membuat reformasi dlm sistem ini demi kebaikan ummah. Itu saja kalau tak tak de masalah.

ZA Ana faham hajat Ustaz Syamsul tapi buat masa ini mari kita ketepikan soal perbankan Islam buat sementara waktu. Mari kita focus untuk mendapat persetujuan umum khususnya ilmuan ugama bahawa sistem kewangan sekarang yang bersandarkan Fractional Reserve Banking adalah zalim, tidak adil
,berunsur riba, gharar dan menghalal pencurian kuasa membeli dari ummah. Ia juga tidak meratakan kekayaan kepada semua lapisan ummah, memperkayakan yang sudah kaya dan mengkedanakan ysng miskin. Menidakkan sekali salah satu maqasid Syariah. Apabila sudah terang dan jelas pencurian sedang berlaku apakah hukumnya kita enggan terlibat mencegah atau memperbaiki keadaan?Apakah hukumnya tidak menghukumkan pencurian sebagai suatu pencurian? Melalui seigniorage of fiat money bank melalui FRB mencipta wang dari atas angin untuk membantu korporat membeli aset nyata dari ummah yang akhirnya dibayar oleh ummah melalui inflasi. Ketepikah kita hukum qisas?!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s