Tak susah membayangkan bagaimana sistem bank berfungsi . cuba bayangkan anda berbelanja di kedai mamak membeli barang dapur . Lepas sahaja anda menyerahkan barang yang dipilih anda pun pergi ke cashier kedai . selepas mengira jumlah harga barangan anak mamak yang cun tadi pun berkata “Sume sekali RM 150, mahu bayar cash atau masuk 555”, Jawab anda “masuk buku sajalah devi nanti hujung bulan aku bayarlah”.
Dalam keadaan ini anda tidak berwang dan kedai mamak tadi ada barang . cukup bulan anda kena bayar balik dengan wang anda . Mamak pula tidak dapat menerima wang tunai anda pada hari itu tetapi dia boleh menulis dalam akaunnya pada hari itu menerima wang terakru yang hanya akan diterima pada hujung bulan .
Bayangkan hutang anda boleh dimonetizekan . bila hutang anda boleh dimonetizekan atau dijadikan wang mamak tadi boleh berbelanja dengan hutang yang anda telah buat. mamak tadi tetap boleh berbelanja dengan RM150 hutang tadi di kedai Ah Seng untuk mendapatkan stok barang baru atau pergi ke kedai baiki kereta untuk membaiki aircond keretanya yang telah bocor . Begitulah seterusnya wang itu beredar hingga akhirnya anda membayar balik hutang tersebut di dalam sistem akaun besar yang merekod setiap transaksi yang berlaku kesan dari hutang anda .
begitulah yang terjadi dalam skala yang lebih besar . jika anda mahu membeli rumah . anda hanya perlu pergi ke pemaju . dan menyerahkan persetejuan untuk membeli rumah secara hutang . hutang ini antara anda dan pemaju . katakan bila anda berhutang RM170,000 untuk membeli rumah maka secara automatik wang tercipta melalui hutang .
jika melalui bank anda merasa seolah bank memberi pinjam wang dari simpanan orang ramai . tapi sebenarnya tidak . bank hanya menekan butang komputer 170000 maka wang baru pun wujud dalam akaun bank . anda dipaksa membayar kepada bank atas usaha mudah bank memasukkan angka ke dalam CPU komputer dan menyimpan akaun anda .
dan pada 20 tahun berikut anda perlu membayar kepada bank 170,000 campur interest atau untung yang sekali ganda dari wang yang dicipta oleh bank dengan menekan butang komputer.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s