Bagaimana bank membuat penipuan ala skim piramid

Untuk lebih jelas memahami apakah penipuan yang berlaku disebalik sistem perbankan moden , mari kita lihat apa yang berlaku apabila wang anda didepositkan ke dalam akaun bank .

Anda lihat di dalam gambarajah diatas bagaimana wang berkembang dari $1000 hingga ke jumlah yang lebih besar berlaku dengan adanya pemberian hutang atau pinjaman .

———————————————–

Pada pusingan pinjaman dan deposit ke 35 sistem ini telah mencecah 97% dari jumlah maksima wang yang boleh dicipta dari 1000 wang sebenar. Persoalannya dari manakah wang gandaan ini muncul ? Kita memahami matematik atau kiraan bagaimana angka 1000 itu boleh berkembang , tetapi bagaimanakah ianya boleh berlaku dalam dunia realiti .

Untuk memahami dari mana wang itu muncl kita perlu menyelidik pusingan tersebut . Perkara paling penting dalam memahami kitaran ini adalah perjalanan masa setiap transaksi deposit dan loan .

Adam mendepositkan wang $1000 . sekarang bank berhutang dengan Adam sebanyak $1000 . Bank pula menurut undang -undang boleh memberikan pinjaman kepada Anne sebanyak maksima $900. disinilah letaknya bagaimana melalui simpanan wajib staturi (Fractional Reserve Requirement) . Inilah caranya wang terhasil melalui hutang

Apabila kamu atau saya menulis cek , anda mestilah mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menanggung cek tersebut . Tetapi apabila bank pusat menulis cek ia hanya mencipta wang .

Penipuan dan penyalahgunaan wang

Lihat kes ini dari sudut yang lain . Adam menyerahkan wang kepada bank untuk disimpan jaga . Tetapi sebaliknya bank menggunakan wang ini. Bank diberikan amanah untuk menjaga wang tersebut tetapi mereka menyalahgunakan wang tersebut .

Apabila anda menyerahkan bayi anda kepada babysitter untuk dijaga ketika anda keluar bekerja . Anda pasti mengharap anak anda dijaga dengan baik , tidak dibiar bermain di tepijalan atau diculik oleh orang yang tidak bertanggungjawab . Tetapi bank sebaliknya berbuat khianat kepada anda dengan menggunakan wang anda semahunya .

Inilah jenayah yang dilakukan oleh bank melalui simpanan wajib statutory .

ANALOGI SPRING

apabila kita melihat kepada kitaran perkembangan wang yang bertambah melalui simpanan wajib statutory ianya terhasil melalui hutang .

Ciri yang terdapat pada FRR menyamai citi spring . Apabila kita cuba menggulung spring tersebut ia menghasilkan tenaga dan tenaga itu bertambah kuat semakin ketat kita gulung spring tersebut . Apabila kita lepas gelungan spring tersebut ia akan mengembang dengan cepat dan dengan kekuatan tenaga yang boleh mencederakan orang yang berhampiran dengannya .

Konsep utama yang perlu difahami adalah tenaga dan masa . spring yang terlepas secara perlahan tidak akan mencederakan . Tetapi jika semakin lama anda mengetatkan spring tersebut semakin besar kecederaan yang mungkin anda alam . Begitulah analogi kepada amalan perbankan masakini . Semakin kecil rezab yang disimpan oleh bank semakin besar bahana yang akan diterima oleh sesebuah masyarakat .

MASA TERAPUNG

Apabila bank memberikan pinjaan kepada Anne wang itu tak pernah wujud . Ia hanya fiksyen fantasi . Bagaimana fantasi ini berlaku

Wujud jurang masa antara Adam mendeposit wang dan masa Adam menarik keluar wangnya. Ia dipanggil masa terapung . Perhatikan gambarajah garisan masa berikut :
————————————–

Dalam tempoh ini bank mesti memberikan hutang $ 900 dari wang Adam dan menerima kembali 900 itu dari peminjam . Inilah yang berlaku apabila wang dipinjam kepada Anne dan dipulang semula.
——————————————–

Kerana Anne telah meminjam wang dia mesti memulangkan kepada Adam semula . Tetapi Anne membeli gitar dari brian yang kemudian memasukkan wang tersebut ke dalam bank . lihat gambarajah dibawah


—————————–

Proses ini berlaku secara berterusan hingga wang yang boleh dipinjamkan semakin mengecil jumlahnya yang disebut sebagai simpanan wajib .

Bagaimanapun …..

Perhatikan bagaimana masa terapung itu semakin mengecil . Jika kita lakarkan masa terapung itu dan kitaran pinjaman / deposit yang berlaku ia boleh berbentuk seperti piramid terbalik .


————————————

Bolehkah ia dipanggil sebagai skim piramid ?

ADAKAH SIMPANAN WAJIB STATUTORI SATU SKIM PIRAMID

Ya ia adalah skim piramid yang hanya boleh bertahan untuk tempoh seketika . Sama seperti skim ponzi yang haram disisi undang-undang . Ia adalah satu penipuan besar kerana bank menggunakan wang anda untuk memberi pinjaman . ketika anda mendeposit wang anda anda dengan penuh yakin dan percaya anda boleh mengeluarkan wang wang pada bila bila masa tanpa perlu menunggu .

Tetapi jika berlaku sesuatu kegawatan atau peristiwa besar orang ramai bepusu-pusu mengeluarkan wang mereka bank pasti akan menutup pintu kedai mereka dan enggan memulangkan wang orang ramai .

Berkerumun ke bank adalah situasi yang sama berlaku ke atas skim piramid apabila skim tersebut tidak mampu memberikan pulangan lagi kepada peserta dan sistem ini akan lebur . Skim ini lebur apabila tidak ada lagi orang yang menyertainya . Simpanan rezab statutori pula akan lenyap apabila orang ramai berebut mahu mengeluarkan wang mereka kerana bank tidak punya cukup waktu untuk memenuhi tuntutan orang ramai .

Ini adalah jenayah kedua yang dilakukan oleh bank melalui penipuan .

Simpanan wajib statutori vs chek kitting

apabila wang tercipta melalui hutang , proses fractional reseve banking sangat menyerupai amalan check kitting , dimana masa terapung didalam check kitting ini adalah analogi antara masa pelanggan mendeposit wang dan mengeluarkannya .

Hakikatnya , semua wang yang tercipta melalui FRR boleh dianggap sebagai wang terapung . Wang terapung boleh diumpamakan sebagai wang yang disalin di dalam sistem bank antara masa pelanggan menyimpan wang dan mengeluarkannya .

Di dalam pusingan pertama contoh diatas selang masa antara Adam menyimpan wang dan mengeluarkannya dianggap “masa terapung” . Sepanjang tempoh itu bank mengambil kesempatan untuk memberikan hutang sebanyak $ 900 dari wang Adam . Ia tidak berbeza dengan check kitter yang mengambil kesempatan dari tempoh terapung tersebut . Check milik kitter itu menyerupai pinjaman bank yang mana ia adalah hutang .

Dalam kedua – dua situasi bank dan kitter mengambil kesempatan dari tempoh terapung untuk mencipta wang . Inilah penipuan besar yang dilakukan oleh bank untuk mencipta wang palsu .

Bank komersial mencipta wang buku cek setiap kali mereka memberikan pinjaman , dengan mudah bank boleh menambah wang deposit baru ke dalam buku akaun mereka sebagai pertukaran dengan IOU yang diisi dan ditandatangani oleh peminjam – Federal Reserve Bank of New York

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s