wang terhasil dari hutang

Tahukah anda bahawa wang yang sampai ke tangan anda setiap bulan terima gaji atau tiap kali pelanggan datang membayar harga barang yang anda jual adalah terhasil dari hutang .

bagaimanakah ia berlaku . kalau anda belajar dalam ekonomi tingkatan 6 atas ada tajuk bernama penciptaan wang . dibawah dilampirkan nota ekonomi dari sebuah universiti tempatan . lihat bagaimana dalam jadual A dibawah seorang yang memiliki wang mendepositkan wangnya ke dalam akaun sebuah bank .

Perhatikan bagaimana dalam kunci kira – kira pendeposit itu dia ada wang yang dimasukkan ke dalam bank sebagi aset . sementara belah kanan tu ada modal yang diletakkan dalam belah liabiliti .

Perhatikan pula bagaimana kunci kira-kira bank dimasukkan 10,000 di dalam petak aset tu sebagai rezab dan belah liabiliti sebagai deposit .

lihat pula dalam panel B . Bank meletakkan di dalam petak aset 10,000 dipecahkan kepada rezab dan pinjaman . 1000 disimpan dan selebihnya diberikan pinjaman . Wang di dalam rezab tu disimpan angkanya di dalam akaun bank negara sementara 9000 tu boleh dibiakkan menjadi wang berkali ganda daripada jumlah yang asal . disebelah petak kanan pula wang 10000 masih seimbang dengan jumlah keseluruhan wang yang dipetak kiri . ini adalah jumlah tuntutan yang mesti diserahkan oleh pihak bank apabila pendeposit datang menuntut hutangnya .

kunci kira – kira dibawah pula adalah menunjukkan wang yang direzabkan oleh bank dimasukkan ke dalam akaun bank negara berjumlah 1000 disebelah liabiliti .

Perhatikan dibawah jika berlaku perpindahan akaun antara satu bank ke satu bank ia tidak menambah jumlah wang di dalam sistem perbankan . angka wang hanya berpindah dari bank A ke bank C

Perhatikan pula jika berlaku pemberian loan dari bank kepada pelanggan sebanyak 9000 . dalam kunci kira – kira individu ke dua dia akan mempunyai wang sebagai hutang . wang itu pula dimasukkan ke dalam akaunnya di bank C. Maka pada waktu ini telah wujud 9000 ribu wang baru hasil dari peminjam kedua tadi memasukkan wang ke dalam akaun di bank C .

Total wang yang ada didalam sistem adalah 19000. kesemua wang itu boleh berlegar dalam edaran untuk membayar barangan atau perkhidmatan .

Kemudian lihat pula jadual dibawah … Tiiinggg!!! bagaimana majic berlaku dari wang sebanyak 10,000 duit itu boleh menjelma menjadi 100,000 hasil dari pemberian pinjaman kepada orang ramai dengan menggunakan wang 10,000 yang sama .


Tentu anda tidak merasa ini adalah satu bentuk penipuan . kerana bila penerima mendapat wang dia akan memasukkan ke dalam bank . jadi dalam bank ada duit dia .
Jika anda amati dengan lebih dekat wang yang diberi pinjam kepada orang ketiga dan seterusnya adalah wang yang sama dari wang pendeposit pertama yang berjumlah 10,000. peminjam pertama belum lagi membayar hutangnya kepada bank . bermakna bank hanya ada 1000 rezab yang dia simpan . 1000 tu pula dia tak boleh gunakan sebab disimpan dalam akuan bank negara .

datang pula peminjam yang ketiga dia meminjam sebanyak 8100 . dari mana pulak wang tu datang sedangkan dalam tangan bank hanya tinggal 1000 ringgit rezab . haa inilah yang dikatakan penipuan bermula . wang 8100 ini hanya wujud dengan hutang .
bila peminjam kedua membuat hutang dia membayar peniaga yang memasukkan kedalam akaun banknya . duit ini adalah duit asal yang ada dalam bank A tetapi telah berada di dalam tangan peminjam kedua . duit inilah yang dikatakan majik pihak bank . atau dalam istilah yang lebih tepat penipuan .

begitulah berlangsungnya penipuan dalam amalan perbankan hari ini . Amalan seperti ini oleh sesetengah pakar ekonomi mengatakan bahawa ia adalah satu amalan yang menyerupai skim piramid .

Untuk memudahkan ilustrasi perhatikan gambarajah dibawah


bersambungggg……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s