aku dan gatal-gatal



<img src=”https://mdarif.files.wordpress.com/2012/09/foto0328.jpg&#8221; alt=”” title=”Foto0328″ width=”450″ height=”562″ class=”aligncenter size-full wp-image-877″ />

Seminggu selepas raya tetiba aku dijangkiti satu jenis kuman . Tetiba di jari ku timbul keletis atau bintik air gatal di tapak tangan . Biasalah bila tumbuh macam tu tangan aku gatal nak mencucuknya. Lepas cucuk dia timbul lagi di tempat lain satu persatu . Aku ingat ia akan berakhir rupanya tidak . Muncul kemudian ruam merah yang gatal di lengan dan di serata badan khususnya kelengkang dan dada . Punya lah sedap garu sedar sedar kulit dah melecet menyebabkan rasa pedih bila kena peluh atau mandi .
Aku gi klinik maimunah . Dr Rashdan beri komen ia hanya alahan terhadap amalan pemakanan yang berlebihan dan variety ketika raya , tu sebab timbul ruam . Katanya lagi 2-3 hari baiklah dia sendiri . Dalam hati aku tak caya sangat cakap sang doktor ni . Aku datang pun hanya harap kalau kalau dia boleh bagi MC , tapi harapan hanya tinggal harapan . Dia hanya beri ubat sapu Hydrocort iaitu ubat generic yang mengandungi cortisone . Ubat macam ni typical diberikan oleh doktor kepada masalah kulit tapi jarang ia memberikan penyembuhan total .
Selang beberapa hari di kawasan yang ditumbuhi ruam kulit mulai mengelupas dan kering . Ia menghasilkan rasa perit dan pedih jika kekeringannya melampau dan kulit menjadi merekah . Hampir keseluruhan kulit tangan dan peha merekah dan kering . Ubat makan dan sapu Dr Rasydan langsung aku tak usik hanya sekadar menjadi hiasan di cubical tempat kerja saja . Jenuh jugak aku berusaha cara alternatif antaranya menggunakan halia yang ditumbuk dan ditepek atas ruam dan kulit yang mengelupas , pedih dan menyakitkan . Tapi kemudian rasa gatal akan berkurangan sedikit .
Dalam pada tu aku melihat ke dalam repertory boricke beberapa ubat yang diletakkan dibawah ruberik eczema antaranya arsenic , urtica uren , aconite dan rhus tox . Namun semuanya tidak mencapai tahap similimum yang sempurna . Rhus tox aku makan menjadian gatal bertambah berkali ganda . Akhirnya ikhtiar aku seterusnya aku bukak software repertorization yang aku dapat dari india . Aku cuba memasukkan simptom yang aku alami .
Antaranya gatal , ruam , lega diwaktu malam tidur , akhirnya ia berikan remedi yang paling hampir dengan masalah aku . Tanpa berlengah masa aku pun ambil botol kosong dan sumbatkan dengan globule dan aku titikkan setitis tuberculinum . Keesokan harinya aku lihat ruam yang berceratuk di tangan dan peha menjadi kehitaman dan rasa gatalnya berkurangan . Ruam yang tumbuh di bawah kulit di tapak tangan kerana rasa yang tidak selesa aku cucuk dengan jarum . Selang beberapa hari kulit tapak tangan ku menjadi kering dan mulai tanggal .

antara rubrik yang aku masukkan
rubrik yang aku masukkan dalam repertorization software

Beberapa hari kemudian ruam yang ada telah hilang sepenuhnya yang tinggal masalah kulit yang kering dan masih terasa keperitannya . Tapi yang penting ruam gatal tu dah tak de . Kulit yang kering tu aku sapukan dengan losyen minyak zaitun atas nasihat Dr(H) Zulkiflee Mohamed Ahamed . Syukurlah skin disorder ini tidak berpanjangan . Dalam tempoh dua minggu keadaanya semakin pulih . Seorang member yang pernah mengalami masalah yang hampir serupa dia terpaksa menanggung ruam dan kulit mengelupas hampir enam bulan dengan bergantung kepada ubat doktor dan ubatan tradisional . Aku bandingkan dengan keupayaan homeopati aku rasa jauh ia boleh outclass kehebatan ubat moden yang ramuannya tak banyak lari dari menggunakan cortisone dan penahan rasa sakit (gatal)

2 thoughts on “aku dan gatal-gatal

  1. bagaimana nak dapatkan remedi tu. saya pun dah berbulan mcm ni. sms/wassap 0132924117. mnta tlg ye.tak tahan dah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s