SIMPANAN DAPAT RIBH , HIBAH ATAU INTEREST @ RIBA

Benarkah simpanan di dalam bank islam tidak berteraskan interest .

Apakah anda faham tentang simpanan ? Ia bererti menabung mengikut kefahaman orang kampung . Contohnya anda simpan RM 10 , bererti wang anda kekal berada dalam tabung anda selama mana anda tidak memecahkan tabung tersebut .

Jika anda menyimpan dalam bank bermakna anda telah menyerahkan wang kepada bank sebagai pinjaman kepada bank . Wang yang anda simpan akan digunakan oleh bank untuk dipinjamkan semula kepada orang lain .

Bank islam pula mereka mendakwa jika anda menyimpan di dalam bank mereka mereka anggap ia sebagai wadiah atau mudarabah . Jika wadiah bank tidak terikat untuk membayar apa apa kepada anda tetapi bank akan meminta kebenaran untuk menggunakan wang anda untuk membeli dan menjual aset dari dan kepada orang ramai . Sebagai ganjaran bank akan memberi hibah kepada penyimpan . Dalam pelaburan pula mereka akan memberikan keuntungan kepada pelabur @ penyimpan mengikut nisbah tertentu dan keuntungan itu pula diberikan berdasarkan keuntungan dari bisnes membeli dan menjual aset kepada pembeli rumah dan pembeli kelengkapan perniagaan dan industri .

Seorang pelajar diperingkat master telah membuat satu kaji selidik benarkah kaedah bank islam ini tidak berteraskan interest atau ia juga dikira selari dengan kadar interest yang diberikan oleh bank konvensional . Dengan membuat ko relasi antara kadar interest dan pulangan pelaburan bank Islam hasilnya dapat dilihat pergerakan kedua-dua bentuk pulangan adalah bergerak seiring . Jika kadar interest turun kadar keuntungan bank islam juga menurun jika ia menaik pulangan bank islam juga akan meningkat . Adakah ia berlaku secara kebetulan atau ia dua benda yang tak sama tapi serupa . Bab ni kalau tanya pada ulama perbankan jawab mereka mudah . Umpama seorang jual air arak dan seorang lagi jual air minuman ringan . Keduanya hampir serupa bezanya satu mengandungi alkohol satu lagi tidak . Harga minuman ringan itu ditetapkan seiring dengan harga arak kerana itulah hargapa pasaran bagi sebarang minuman yang halal dan yang haram.

Itulah qias dari Dr Zaharudin yang masyhur . Nak kata hujjahnya tak kukuh tapi dia seorang yang ada kesarjanaan dalam bidang perbankan Islam . Sapa lah aku nak pertikaikan orang yang ada phd dalam bidang ini . Cuma yang aku tetap musykil adalah sesuatu yang sama dari awal hingga akhir boleh dikatakan berbeza hanya kerana namanya berbeza . Bagaimana jika dilihat dari segi kesannya .Dalam hal air minuman ringan jelas tidak memabukkan tapi minuman beralkohol boleh memabukkan . Tidakkah ini perbezaan yang jelas . Lihat pula kepada produk bank islam dan bank riba . Bank riba mengambil harta milik si miskin dan memberikan kepada si kaya . Begitu juga bank islam ia mengambil harta si miskin lalu diberikan kepada si kaya . Cuma bank islam dia bagi sikit balik kepada si miskin untuk membayar zakat , macam kisah pencuri yang memberikan sedekah sebahagian dari harta curiannya kepada orang miskin . Perbuatan mencurinya tetap haram walau pun dia bersedekah .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s