AGEN PERLINDUNGAN

Mereka berpakaian kemas . Mudah mesra dan murah senyuman . Setiap tutur kata menampilkan gaya profesional . Tugas mereka mendekati seramai mungkin prospek untuk menjual insuran atau takaful .
Apakah yang mereka niagakan ? Nothing . Mereka tidak menjual apa apa . Yang satu menjual janji untuk membayar pampasan . Yang satu lagi mencari penyumbang tabaru`. Tapi kedua – duanya berkongsi peranan mencari orang untuk membayar mereka komisyen .

Kedua jenis perlindungan ini sebenarnya adalah cara untuk mendapatkan wang dari orang ramai . Kemanakah wang ini dibelanjakan . Apa yang dibuat dengan wang tersebut . Siapa yang mendapat untung besar dari wang sumbangan anda . Benarkah anda akan dapat pampasan apabila berlaku hazard yang dilindungi .

Wang yang anda bayar menjadi milik syarikat insuran atau takaful . Cuma bezanya dalam takaful ia pecahkan kepada dua , satu tabung peserta dan satu lagi tabung khas peserta . Dari wang yang anda carum dan sumbangkan itu akan sebahagiannya digunakan untuk membayar kos agen dan agensinya , kos overhead syarikat seperti kakitangan , bil utilitis , sewa bangunan dan sebagainya .

Untuk agensi biasanya ia ada 3 peringkat . Agen mendapat 35% pengurus agensi 10% dan pengurus kumpulan agensi 10% . 55% hanya untuk agensi sahaja selama 12 bulan . Heheh lihatlah bagaimana wang anda mengayakan kelompok orang di dalam agensi tersebut . Jika anda bertanya kepada agen adakah wang anda digunakan untuk membayar komisyen . Jawapan mereka tidak , kami dibayar oleh wang milik syarikat . Memanglah benar kata mereka upah @ komisyen mereka dibayar oleh syarikat tetapi harus diingat wang yang anda bayar kepada syarikat takaful atau insuran telah menjadi milik mereka dan anda tidak boleh menuntut lagi wang tersebut kerana tahun pertama anda nilai tabungan anda adalah zero tanpa beza antara takaful dan insuran .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s