apakah bank Bank

1.

An establishment for the custody, loan, exchange, or issue, of money, and for facilitating the
transmission of funds by drafts or bills of exchange; an institution incorporated for performing one or more of such functions, or the stockholders (or their representatives, the directors), acting in their corporate capacity.

satu bentuk pertubuhan untuk menjaga , memberi pinjam , mengeluarkan wang untuk membantu pemindahan dana melalui draf atau bill pertukaran . Satu institusi diperbadankan untuk menjalan satu atau beberapa fungsi atau pemegang saham atau wakil , pengarah yang melakukan atas kapasiti korporat

menurut definisi ini bank adalah merupakan satu badan korporat yang berfungsi memberi pinjaman dengan punya kuasa untuk mewujudkan wang dari ada kepada tiada

muamalat di dalam islam : wang yang ada digunakan untuk berbelanja samada untuk kepentingan sendiri atau untuk kepentingan orang lain .

Murabahah : seseorang yang ada barang yang diperoleh melalui hasil dari usahanya dengan tenaga , modal sendiri atau menggunakan modal orang lain atau barang orang lain untuk membeli dan menghasilkan produk samada pertanian , pertukangan . kemudian barang itu dijual kepada pihak lain dengan mengambil beberapa peratus keuntungan sebagai markup price

[1913 Webster]
2.Sejarah perkembangan bank
3.bisnes bank
4.asas kepada amalan perbankan
5.
6.
7.
Memang sukar untuk memberikan kefahaman baru kepada pelajar yang telah stick kepada aliran tertentu dalam ekonomi . Dalam pengajian masakini pelajar tidak diajar untuk berfikiran kritis dan terbuka . Setiap pandangan yang menyalami pandangan mainstream akan dicop dengan pelbagai gelaran yang tidak enak didengar . Pelajar ini ditakut takutkan dengan sesuatu yang negatif jika mereka mendengar aliran pandangan luar seperti dituduh dengan aliran pembangkang , bukan mazhab pegangan kita. Jadi sampai bilakah kita mahu melahirkan pelajar yang hanya tahu mengingat fakta tapi tak mampu menganalisis kebenaran sesuatu fakta dengan mengemukakan fakta lain yang bertentangan dengannya . Dengan adanya pandangan yang berbeza pelajar boleh menilai dan membuat kesimpulan dengan mencari hujjah sokongan yang dapat menguatkan hujah sedia ada atau hujjah yang beru.

Daya fikir ini dimandulkan oleh kerana pemikiran sesetengah pengajar yang selesa dengan aliran pemikiran yang sedia ada dan tak sedia untuk mencari hujjah membenarkan apa pendapat yang dipengang lalu melontarkan – lontaran aneh terhadap aliran yang berbeza . Ini juga adalah satu bentuk kemandulan . Setelah tidak ada hujjah yang berkesan untuk mematahkan hujjah aku maka peluru terakhir adalah tohmahan keatas orang yang berkhilaf dengan mereka adalah ekstereme , pembangkang dan jumud . Aku yakin jika mereka ikhlas dan bersungguh dalam mencari kebenaran mereka akan boleh menerima hujjah yang aku kemukakan dengan fakta dan statistik . Bukan semata hujjah kosong yang tiada pembuktian .

Semasa aku melontarkan pandangan seorang akauntan terkemuka di US memiliki tauliah CPA mereka seperti kaget . Apa yang mereka cuba kaitkan dengan idea akauntan tersebut adalah ia hanya satu bentuk perakaunan bersepadu atau integrated accaunting . Mereka kira aku akan kaget dengan jawapan itu . Lalu aku mencari jawapan bagi jawapan mereka . Terbukti ada di dalam buku makro ekonomi yang membincangkan tentang penciptaan wang . Memang jelas di dalam buku tersebut disertakan contoh kiraan kunci kira-kira bank apabila datang seorang peminjam . Dalam kunci kira-kira tersebut rezab wang di dalam belah aset tu bukan berkurang sebaliknya ia bertambah dengan adanya pinjaman baru . Dari mana datang wang itu . Pelik sungguh bukan . Contoh itu pula diambil dari dalam buku panduan bank negara . Ia terus mematahkan hujjah mereka . Nampaknya kebenaran dipihak aku . Tapi kerana nak mempertahankan aliran mainstream mereka tidak mahu menolak pandangan mereka sendiri .

Sebenarnya banyak yang boleh diambil panduan dari buku America`s hope . Tom Shcauf benar memberikan panduan kepada rakyat Amerika yang dihimpit oleh hutang perumahan sedang mereka tak mampu bayar akibat dihentikan kerja disebabkan kemelesetan ekonomi yang melanda US . Panduan itu meliputi bagaimana mahu bertanya kepada peguam pihak bank terhadap perjanjian hutang rumah mereka dari sekecil perkara hinggalah kepada mempertikaikan kesahihan perjanjian yang dimeterai .
Mereka diajar adakah bank memberikan pinjam dari wang yang sedia ada di dalam bank atau bank memberi pinjaman dari duit yang terhasil dari persetujuan peminjam menandatangani nota janji untuk membayar pada masa depan . Nota janji adalah satu aset yang diterima oleh bank dari peminjam dan dimasukkan ke dalam kunci kira kira sebagai aset bank . Dari proses itu wang pun tercipta dan diberikan kepada peminjam dengan dimasukkan ke dalam akaun peminjam dan secara tak langsung ia menjadi hutang kepada bank yang dipanggil bank liabiliti atau check bool money .

Aneh bukan transaksi ini . Seorang pelajar aku agak bijak dan memahami masalah ini dengan cepat . Aku pelik kenapa tiba – tiba bapa dia dikatakan sakit . Adakah betul betul sakit atau kerana dia begitu cepat menangkap apa yang aku cuba sampaikan .

TIME VALUE OF MONEY

teringat aku semasa menjadi ajen takaful pada tahun 2005 bagaimana kami diajar dengan teknik proper practice . Para agen diajar bagaimana mahu mengira keperluan kewangan seseorang pada masa depan berdasarkan kadar inflasi semasa hingga ke tahun kita memerlukan dana tersebut .

Ambil contoh jika seorang ingin menunaikan haji pada tahun 2020 berapakah wang yang perlu dikumpulkan pada masa depan dan berapakah yang perlu diperuntukkkan untuk mendapatkan jumlah tersebut pada masanya . Kaedah pengiraan ini memerlukan seorang agen menggunakan jadual anuiti . Tekniknya mudah sahaja . Berdasarkan jadual sifir anuiti itu kita hanya perlu melihat kepada kadar inflasi dan mendarabkannya dengan hasil sifir anuiti tersebut . Setelah didarab maka kita akan dapat satu hasil

perniagaan dalam islam berdasarkan benda yang sedia ada . Atau berdasarkan benda yang akan diwujudkan pada masa depan . Seorang penjual barang menjual kepada pembeli dengan hutang . Pembeli membeli dengan wang yang akan diperolehi pada masa depan . Prang embeli berjanji untuk melunaskan tanggungannya dengan wang yang akan diperolehi dengan usaha dan kerjanya . Dia tidak mencipta wang dari tiada dengan cara magic . Usahanya adalah dengan cara yang halal .

Ada juga kes dalam jual beli apabila seorang pembeli membeli barangan dengan wang tunai . Sebaliknya penjual pula menangguhkan penyerahan barang . Dia akan menyerahkan barangan tersebut selepas dia menyiapkan barang tersebut atau dia mendapatkan dari pihak lain yang mungkin jauh jarak perjalanannya .

Konsep wang yang digunakan hari ini adalah untuk menggantikan penggunaan sistem barter . Asal manusia bertransaksi dengan kedua pihak yang mempunyai barangan dan keduanya mempunyai keperluan yang boleh dipenuhi dikedua-dua belah pihak . Katakan ali ada gandum dan dia mahukan ikan . Abu ada ikan dan dia mahukan gandum . Jadi kedua pihak iaitu ali dan abu boleh membuat pertukaran hasil usaha masing – masing . Setelah bersetuju kuantiti barang yang mahu diserahkan kedua – dua belah pihak akan membawa pulang hasil jualan .

Kes ke 2 . ali perlukan khidmat membaiki kenderaannya yang rosak . Lalu dia pun pergi mendapatkan abu yang ada kemahiran membaiki kereta . Setelah dibaiki ali pun bertanya apakah upahnya . Jawab abu saya mahukan 10 kg gandum . Lalu ali yang punya simpanan gandum menyerahkan gandum kepada abu . Dalam kes ini ali bernasib baik kerana dia mempunyai 10 kg gandum dalam simpanan . Jika dia tidak punya gandum sebaliknya hanya ada 3 kg daging . Sudah tentu dia tidak akan dapat membayar upah kepada abu kerana abu tidak mengingini daging kerana dalam rumahnya telah ada 4 kg daging .

Ini adalah satu contoh klasik bagaimana orang terdahulu membuat transaksi dengan cara yang simple . Hari ini sistem ini masih lagi boleh digunakan dan tetap relevan . Hari ini setiap orang boleh dikatakan mempunyai akses kepada internet dan bersembang melalui alam maya secara beramai ramai . Berjam-jam manusia menghabiskan masa di talian melihat apa yang ditulis oleh orang lain di dalam facebook , tweeter atau friendster . Setiap mereka mempunyai keperluan dan memiliki barangan atau perkhidmatan yang boleh ditawarkan . Namun hari ini setiap orang yang duduk di internet adalah golongan pekerja yang hasil mereka diperolehi dari upah pekerjaan yang mereka lakukan di tempat kerja . Mereka semua dibayar upah dengan wang . Kerani , pegawai tadbir , pemain bola sepak , pembancuh kopi , penyembur racun nyamuk , operator kilang adalah contoh orang yang bekerja secara spesifik . Mereka tidak menghasilkan apa apa barangan . Mereka hanya melakukan kerja yang diamanahkan kepada mereka . Mereka hanya mahir dengan kerja yang telah mereka lakukan . Jadi kalau nak membuat sistem barter masalah akan timbul . Kerana mereka tidak menghasilkan apa-apa barangan pun . Dengan duit yang mereka ada mereka kena pergi ke kedai untuk mendapatkan gula , garam , tepung , beras , minyak masak , sayur , ikan , telur daging , susu dari kedai atau pasaraya berhampiran . Dengan duit yang mereka miliki mereka boleh mendapatkan kesemua keperluan itu secukupnya untuk tempoh tertentu .

HADIS NABI TENTANG RIBA

Nabi ada bersabda bermaksud emas dengan emas sama denga sama perak dengan perak hendaklah sama dengan sama tangan dengan tangan , …..
hadis ini menurut buku Dr Abd Munim Abd Ghani Sistem kewangan Islam merujuk kepada jualan secara barter . Beliau merujuk kepada banyak rujukan antaranya seorang Belanda yang menukil dari imam Malik yang menyebut ada lebih 30 barangan yang boleh dikiaskan kepada enam perkara yang nabi sebutkan . Pendekatan yang digunakan ini merujuk kepada amalan yang dilakukan pada zaman dahulu sebelum wujudnya wang yang berbentuk syiling .

Jawapan aku ; adakah jual beli ini jualan barter . Jual barter yang diamalkan secara tabiinya adalah dilakukan dua orang yang bersetuju untuk memenuhi keperluan mereka . Seorang perlukan ikan sedang dia ada bekalan daging atau gandum . Seorang lagi mempunyai ikan dan amat memerlukan daging . Kedua mereka akan bertemu dipasar membawa barangan yang mereka ada . Di pasar mereka akan mencari seseorang yang mempunyai barangan yang diperlukan . Lalu keduanya bertukar ikan dengan daging mengikuti keperluan dan persetujuan
. begitulah juga dengan orang lain yang memerlukan barang seperti bawang , sayuran , pakaian , setanggi , tamar , gandum dan lain-lain lagi . Dalam hal menukar secara barter tidak ada larangan dari nabi supaya timbangan dan kuantitinya sama . Jika seseorang yang memiliki sekilo gandum handak menukar dengan ½ kilo ikan tak menjadi masalah sekiranya masing masing bersetuju mengikut keperluan dan harga dipasaran .
Tidak mungkin ada seseorang yang mempunyai ikan hendak menukar dengan ikan melainkan ikan dari jenis yang berbeza . Maka boleh ditukar tanpa persamaan . Atau beras dengan beras yang berbeza . Cuma di dalam hal ini nabi melarang tamar yang berkualit tinggi ditukar dengan tamar yang berkualiti rendah secara berbeza timbangan . Mengapa ? Mengapa dalam hal ini nabi melarang sedangkan keduanya berbeza nilai . Nabi menyuruh jual tamar dengan dirham dan membeli tamar yang baik . Jawapannya adalah sangat mudah tamar adalah sesuatu barang yang digunakan sebagai wang pada masa tersebut .

Satu bentuk wang yang tidak disebut dan digelapkan dalam buku- buku fiqh atau buku ekonomi teks adalah sebelum wujud wang yang berbentuk kertas atau simbol manusia telah menggunakan wang jenis komoditi . ( sila rujuk mystery of banking : Murray N Rothbard , Mystery of money : Dr Bernard Litaer ) . Ikan yang berbeza jenis boleh ditukar kerana ia tidak digunakan sebagai wang . Jika wujud di dalam sesebuah masyarakat yang menggunakan ikan sebagai wang maka mereka pun tidak akan menggunakan sebagai pertukaran dengan timbangan yang berbeza . Lebih baik mereka membeli barangan lain . Kerana jika komoditi yang sama digunakan untuk meraih keuntungan maka jumlah wang itu akan berkurang dipasaran untuk mendapatkan barangan lain . Akhirnya manusia akan kembali kepada sistem barter kerana jumlah komoditi yang digunakan sebagai wang telah dimonopoli oleh satu pihak dan ia menyukarkan proses jual beli kerana manusia perlu mencari orang tertentu yang memilik barangan yg dia kehendaki dan orng itu pula mahukan barang yang kita ada . Ini tentu menyukarkan semua pihak untuk mendapatkan baragan keperluan .
Lalu timbul persoalan bagaimana barangan makanan yang keseluruhannya boleh dikiaskan . Ia perlu kepada tahkik mendalam . Setakat inilah saja maklumat yang aku perolehi . Adapun perbincangan dalam kitab feqh aku yakin tidak akan ada orang yang mahu menukar barang yang sama dengan kuantiti yang berbeza kerana ia akan mengurangkan bekalan di dalam pasaran .

Atau ia hanya perbincangan feqh yang tidak berpijak di bumi nyata . Atau ianya diamalkan ketika wang dalam bentuk dinar dan dirham berkurangan disebabkan proses perdagangan atau penyimpanan dua matawang tersebut . Lalu manusia menggunakan makanan sebagai mean of payment . Ini kerana pada zaman tersebut jumlah emas yang ditempa mungkin tidak mencukupi di pasaran . Lalu untuk menstabilkan harga manusia menggunakan makanan kerana setiap orang perlukan makanan dan ia paling mudah diperolehi . Kerana pada waktu itu sistem saraan hidup banyak bergantung kepada ternakan dan tanaman . Jadi masyarakat yang bergantung kepada pertanian akan mudah bertukar barang dengan menggunakan hasil pertanian . Jika bekalan wang dirham atau dinar .

Perlu diingat di zaman tersebut tidak berlaku inflasi yang tidak pernah turun kepada harga asal . Ini kerana wang yang beredar di pasaran senantiasa berkadaran dengan keperluan . Hanya satu pihak yang mencanai emas dan perak untuk membuat wang iaitu kerajaan . Namun jika berlaku kekurang wang tidak disyaratkan semua mesti guna wang dinar atau dirham . Ini kerana ia akan menyebabkan harga barangan meningkat disebabkan kuantiti wang tidak mencukupi untuk menampung pembayaran sesama komuniti .

Dalam pada itu Islam juga mengeluarkan larangan keras ke atas orang yang menyimpan wang di dalam simpanan mereka dan tidak dibelanjakan . Islam melarang perbuatan menyorok barang keperluan kerana ia diperlukan oleh manusia . Sementara ia melarang menyimpan dinar dan dirham kerana ia adalah sumber untuk berdagang atau mean of payment . Jadi dengan ada konsep zakat dan sedekah wang akan berlegar dalam pasaran dan tidak digunakan untuk spekulasi untuk meraih keuntungan tanpa melibatakan penghasilan produk yang diperlukan oleh orang ramai . Wang itu juga tidak hanya berlegar dikalangan si elit yang kaya raya . Sebaliknya wang dinar dan dirham itu akan kembali kepada orang miskin untuk dibelanjakan dan mendapatkan keperluan daruri mereka . Orang kaya juga berebut rebut untuk membayar zakat dan ber wakaf kerana mereka tahu betapa besar ganjaran kedua amalan tersebut .
Di dalam zaman moden juga berlaku satu teori yang dianjurkan oleh Silvio Gessel . Beliau adalah saudagar dan juga seorang ahli ekonomi . Semasa berniaga dia merasa pelik kenapa pada waktu tertentu baranganya cepat habis dan dibeli orang ramai tanpa perlu berkira . Sebaliknya ada satu seketika barangan tak laku dan sukar dijual .

Bila ia menyelidiki puncanya , dia dapat menyimpulkan adalah disebabkan oleh interest . Jika kadar interest dinaikkan oleh negara maka orang kekurangan wang untuk dibelanjakan kerana peniaga terpaksa menampung kos yang meningkat untuk membayar hutang . Begitu juga orang ramai lebih mengejar keuntungan dari harga interest yang tinggi untuk mendapatkan pulangan yang besar .

Jadi ketika tempoh ini bisnes akan menguncup . Ramai peniaga yang akan muflis atau mengurakan gaji atau membuang pekerja . Untuk mengatasi masalah Selvio Gesell telah membuat satu idea kepada majlis bandaraya untuk mengeluarkan wang yang diletakkan stamp tercatat padanya tarikh luput penggunaan nya . Selepas tarikh luput nilai wang itu akan ditolak beberpa persen . Idea ini mendapat respon positif dari datuk bandar Worgl yang bersetuju mengeluarkan wang diletak stam .
Kesannya amat positif wang beredar dengan lebih pantas . Ia menghasilkan transaksi yang sangat menakjubkan dimana wang ini dapat menjana pembangunan serta pembinaan infrastrktur di bandar Worgl . Wang ini berbeza dengan wang kerajaan Austria pada waktu itu . Ia digunakan secara sejajar dimana orang ramai boleh memilih samada menggunakan wang rasmi kerajaan atau wang keluaran municipal counicil . Tak lama selepas itu pihak bank negara austria mengharamkan penggunaan wang tersebut . Ini kerana ia terbukti menyaingi kemampuan wang rasmi sebagai mean of payment dan orang ramai lebih suka berbelanja berbanding menyimpan wang di dalam bank .

Perlu diingat wang yang di dalam peredaran di zaman ini tidak meningkat sebaliknya kesedian orang ramai untuk berbelanja mewujudkan pasaran bagai barangan yang dihasilkan oleh golongan peniaga , usahawan , dan juga pihak berkuasa . Tanpa interest wang boleh dipinjamkan kepada peniaga tanpa kos . Ini akan meningkatkan risiko ketidak upayaan peminjam untuk membayar balik pinjaman pokok beserta bunganya . Juga ia tidak bersaing dengan pemilik wang yang menyimpan wang di bank untuk mendapatkan modal kerana tidak ada sebarang interest yang dibayar kepada penyimpan . Lebihan wang akan dibelanjakan atau dipinjamkan kepada peniaga secara percuma . Atau bank yang menjadi tempat simpanan wang tidak mengenakan caj interest kepada peminjam dan tidak membayar interest kepada golongan yang penyimpan . ( Margit Kennedy : interest and inflation free money) .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s