HADIS TENTANG JUAL EMAS DENGAN EMAS : PINJAM WANG DIBAYAR DENGAN WANG

Tidak ramai orang yang pernah mendengar hadis . Dari ramai orang yang pernah mendengar hadis ini sangat kurang yang faham apakah yang nabi maksudkan dari hadis ini . Tiap kali aku belek kitab hadis penjelasan oleh para ustaz dan agamawan ialah hanya melibatkan seseorang yang hendak menukar secara barter emas atau gandum atau beras dengan yang seumpama dengannya .
Pemahaman mereka hanya berkisar tentang amalan di dalam masyarakat dahulu ketika penggunaan wang belum meluas sebagai alat perantaraan jual beli . Ketika itu mungkin di zaman rasulullah umat islam berjual beli menggunakan dinar dari rom dan dirham dari parsi . Kekurangan bekalan matawang ini boleh berlaku kerana ia dibawa dari luar dan diperdagangkan di Mekkah .
Ada juga yang mentafsirkan jika kita mahu menukar beras yang bermutu dengan beras yang kurang mutunya jual beli mestilah dibuat dengan timbangan yang sama dan waktu serahan yang sama . Jika berlaku perbezaan antara masa dan timbangan maka akan wujud riba . Aku tetap dalam keadaan tertanya tanya tentang maksud sebenar hadis ini . Namun situasi ekonomi yang melanda dunia membuatkan orang ramai mula berfikir tentang emas ,
muncul kesedaran dikalangan orang ramai yang mahu menyimpan emas . Ini kerana nilainya yang stabil walaupun nilai mata wang merosot . Waktu itu baru aku teringat akan hadis ini . Waktu itu kefahaman aku wang yang sah untuk diperdagang adalah emas dan perak dan apa juga komoditi yang bernilai . Nilainya tidak diletakkan oleh sesiapa mahupun pihak berkuasa . Sebaliknya kekurangan jumlahnya dan kegunaanya di dalam masyarakat menyebabkan ia berharga .

Ketika inilah aku berkenalan dengan pandangan seorang ulama bernama Syeikh Imran Hossein .beliau yang mengenalkan aku kepada konsep matawang yang benar adalah logam berharga dan makanan asasi yang menjadi keperluan dalam masyarakat . Kupasan beliau mengenai sistem matawang yang didominasi oleh perbankan dunia membuka mata ku dan memberikan satu pandangan yang luas . Penjelasan beliau tentang pertukaran gandum dengan gandum adalah kerana sifatnya sebagai medium pertukaran menghilangkan kekaburan yang selama ini aku tercari-ari jawapannya . Seseorang yang mahukan apa – apa barangan atau perkhidmatan boleh membayar dengan logam berharga atau makanan . Penjual pula tidak akan menolak pembayaran dengan kedua medium pertukaran tadi . Ia boleh lah dianggap sebagai matawang sepertimana ringgit , dollar atau pound sterling yang dianggap sebagai legal tender .

Pandangan yang aku utarakan tidak mendapat tempat di dalam fikiran orang lain . Bahkan idea ini ditolak mentah-mentah oleh mereka yang beraliran pendidikan moden . Alasan mereka cukup mudah . Wang ringgit adalah wang yang dikeluarkan oleh pemerintah . Sebagai rakyat kita harus akur untuk menggunakan matawang yang telah ditetapkan oleh bank negara . Jika akur bank negara boleh mengambil tindakan undang- undang dengan merampas dan memenjarakan pihak yang bertransaksi dengan emas
dalam masa yang sama aku mulai download pelbagai buku yang ditulis oleh tokoh tokoh barat tentang wang . Antaranya yang aku cukup minat adalah tulisan seorang jurutera alam sekitar bernama Margrit kennedy , Dr Bernard Litaer , Thomas Greco , Tarek ElDiwani dan ramai lagi . Dari situ aku baru kenali pelbagai pilihan alternatif yang pernah dan sedang diamalkan diseluruh dunia untuk berjual beli selain dari menggunakan wang yang dihasilkan oleh pemerintah . Nama seperti LETS , time dollar , chimgaeur , JAK bank dan barter club menjadi bahan kajian aku . Tetapi di Malaysia hampir tiada kumpulan masyarakat atau individu tertentu yang cuba untuk mewujudkan langkah-langkah seperti itu untuk memberikan jalan keluar kepada masalah ekonomi yang melanda masyarakat .
walaupun di Malaysia inflasi agak tinggi kehidupan golongan bawahan boleh dikatakan semakin buruk . Mungkin tidak ada rakyat malaysia yang mengaku mereka hidup susah . Tapi jika di ambil statistik berlambak mereka yang hidup di bawah tahap kemiskinan . Aku tak pasti betul atau tidak apa yang dilaporkan oleh buku jingga yang mendakwa 40% rakyat malaysia berpendapatan bawah RM 1000. jika benar perkara ini memang amat menyedihkan . Sebuah negara yang kaya raya rakyat nya ramai yang hidup dibawah kemiskinan .
Tak mahu percaya bacalah surat khabar di Malaysia , hampir setiap hari menyiarkan kes – kes jenayah membabitkan harta , nyawa dan maruah . Tidak mampu untuk memiliki barang keperluan asas ada yang mencuri , meragut , merompak . Yang tak mampu kahwin pula berzina , merogo dan melanggani pelacur . Siapakah yang harus dipersalahkan . Bagi aku jawapannya adalah mudah . Sistem wang hari ini menjadikan manusia semakin terhimpit .
Interest atau riba dikatakan oleh Margrit Kenedy dan ramai lagi penulis sebagai sebab kenapa ramai orang menderita . Wang yang kita perolehi hari ini terpaksa digunakan untuk membayar bunga . Bukan kita yang berhutang tetapi setiap pengusaha dan kerajaan terpaksa menaikkan kos pengeluaran barangan dan perkhidmatan untuk membayar kos interest . Siapakah yang menerima pembayaran interest . Jawapannya mudah iaitu pihak bank yang memberikan pinjaman kepada isirumah , firma dan kerajaan . Di jerman masyarakatnya boleh dikategorikan kepada 10 kelompok . Hanya dua kelompok sahaja yang menerima hasil interest lebih besar dari interest yng perlu dibayar . Setiap orang kena bekerja untuk mencukupkan keperluan hidup dan membayar kos interest bagi setiap barangan dan keperluan yang kita dapatkan . Semakin lama kos interest ini semakin meningkat tinggi . Ia bergerak secara kompounding atau eksponen . Jumlah interest itu meningkat dengan bertambahnya masa .
Kembali kepada hadis di atas aku membaca tulisan seorang berbangsa sepanyol bernama Umar Vadillo yang memberikan idea yang cukup jelas tentang hadis tadi . Pada pendapat beliau jual beli yang diamalkan mestilah dilakukan dengan ain bukan dain . Beliau mengulas bahawa penggunaan wang kertas pada hari ini adalah menggunakan dain bukan ain . Ain adalah yang bukan bersifat hutang seperti emas , perak , gandum dan apa juga komoditi . Sementara dain pula adalah sekeping kertas yang menunjukkan ia adalah hutang . Hutang kerana pembeli atau penjual tidak dapat barang yang boleh dimanfaatkan hasil dari pembeli atau penjual yang menggunakan wang kertas . Untuk mendapatkan benda seseorang perlu menukar wang kertas itu dengan barang lain .
Sebagai contoh jika saya membeli beras dengan wang kertas bernilai RM 25 , peniaga tidak mendapat sesuatu yang bernilai kerana wang kertas itu sendiri nilainya diletakan sebanyak RM 25 untuk mendapatkan barangan yang bernilai RM 25 . jadi sepanjang penjual tadi memegang wang kertas tersebut dia dianggap berhak menuntut sesuatu barangan atau perkhidmatan dari orang lain . Pihak yang berhutang adalah kerajaan yang mengeluarkan duit tersebut . Nilai wang ini pula ditentukan oleh pihak pemerintah . Pemerintah akan mengeluarkan indeks cpi , menurut kata buku teks ekonomi kadar harga baragan akan dipantau oleh jabatan statistik , setiap bulan jabatan akan mengeluarkan indeks harga pengguna ,
bermaksud tangguh kerana pembeli atau penjual tidak dapat barang yang boleh dimanfaatkan hasil dari pertukaran menggunakan wang kertas . Sebaliknya penerima wang kertas tadi hanya mendapat sesuatu yang bernilai yang boleh dimanfaatkan apabila dia berurusan dengan orang lain dan mendapat barangan yang diperlukan. Jadi konsep wang ini adalah bersifat hutang kerana ia menerima barangan atau perkhidmatan yang diperlukan apabila melakukan transaksi lain .
Cuba bayangkan orang yang bertukar ikan dengan beras . Kedua dua pihak mendapat benda yang bermanfaat secara tunai . Ikan boleh dimasak dan beras boleh ditanak . Tetapi jika anda menerima wang anda kena pergi ke kedai dan mendapatkan barangan keperluan lain baru anda boleh menggunakannya . Di sinilah konsep hutang / tangguh itu perlu difahami .
Ingat kembali kisah goldsmith yang saya ceritakan di atas tadi . Resit yang diterima oleh pemilik emas adalah mewakili emas yang disimpan . Ia tidak bernilai sebaliknya ia diterima dalam transaksi kerana setiap resit boleh ditukar dengan emas di tangan goldsmith . Jika saya menjual kasut berharga RM 100 . apabila saya menerima resit tersebut saya boleh pergi ke goldsmith untuk ditebus dengan emas bernilai RM 100 . GOLDSMITH menjadi kaya raya apabila ada orang ingin meminjam emas / wang . Dia tidak meminjamkan zat emas tersebut sebaliknya dia hanya menyediakan resit yang tertulis diatasnya nilai sejumlah emas . Peminjam pula akan membayar semula dalam tempoh yang dijanjikan sejumlah resit yang diperolehi hasil dari keringatnya membanting tulang atau menggunakan kemahirannya dalam berniaga .
Begitulah dengan wang kertas hari ini anda boleh menebus barangan dari wang yang anda perolehi dengan pergi ke mana – mana kedai , pasaraya , pejabat pos , kaunter tiket kapal terbang dan mendapatkan apa barangan dan perkhidmatan yang anda perlukan . Tetapi satu sahaja yang tidak boleh anda lakukan anda tidak boleh pergi ke bank dan cuba untuk menebusnya dengan emas .
Ini kerana konsep goldsmith tadi telah bertukar kepada bentuk yang lebih moden . Wang hari ini tidak bersandarkan kepada emas . Sebaliknya wang pada hari ini bersandarkan kepada hutang . Ya hutang anda tidak salah membacanya . Wang yang anda pegang hari ini adalah terhasil dari h.u.t.a.n.g.

Sebagai contoh jika saya membeli beras dengan wang kertas bernilai RM 25 , peniaga tidak mendapat sesuatu yang bernilai kerana wang kertas itu sendiri nilainya diletakan sebanyak RM 25 untuk mendapatkan barangan yang bernilai RM 25 . jadi sepanjang penjual tadi memegang wang kertas tersebut dia dianggap berhak menuntut sesuatu barangan atau perkhidmatan dari orang lain . Pihak yang berhutang adalah kerajaan yang mengeluarkan duit tersebut . Nilai wang ini pula ditentukan oleh pihak pemerintah . Pemerintah akan mengeluarkan indeks cpi , menurut kata buku teks ekonomi kadar harga baragan akan dipantau oleh jabatan statistik , setiap bulan jabatan akan mengeluarkan indeks harga pengguna ,
satu lagi yang dapat aku fahami dari hadis emas dengan emas adalah jika salah satu pihak menyerahkan emas tunai sedang rakannya menyerahkan secara tangguh berkemungkinan orang yang menangguh boleh mengambil manfaat dari emas yang diserah untuk mendapat manfaat lain dengan menggunakannya untuk kegiatan jual beli dan sebarang transaksi yang memberi pulangan . Contohnya dia ada satu dinar emas kemudian dia gunakan dinar miliknya kemudian ditambah dengan dinar yang diterima dari orang lain dia telah memiiki 2 dinar untuk membeli barangan yang berharga 2 dinar . Kemudian barang itu dijual dengan mark up harga . Dia dapat keuntungan dari satu dinar yang baru . Kemudian dia menyerahkan selepas dia dapat keuntungan dia baru menyerahkan 1 dinar kepada orang pertama serta dia mendapat untung .
Hadis ini juga aku rasa relevan dengan situasi sekarang yang berlaku di dalam perbankan moden . Hadis ini menyebut jika hendak bertukar barang mestilah kedua-dua belah pihak memiliki zat atau ain barangan tersebut . Dalam kontek hari ini kita menyerahkan kepada bank sesuatu yang pasti ada iaitu janji kita untuk menyerahkan wang tunai hasil titik peluh dari usaha kita . Sebaliknya pihak bank hanya bersandarkan kuasa yang ia miliki untuk mencipta wang di dalam buku akaun dan memindahkannya kepada akaun peminjam . Wang itu tidak dimiliki oleh bank . Wang itu juga bukan milik pendeposit . Wang itu muncul sebaik sahaja pihak peminjam menyerahkan promissory note kepada pihak bank dan pihak bank memasukkannya kedalam kunci kira- kira sebagai aset . Selepas itu terciptalah liabiliti dalam akuan bank dalam bentuk deposit bagi pihak peminjam . Kedua pihak bertukar sesuatu . Peminjam menyerahkan nota janji untuk membayar dan bank pula meminjamkan wang yang tercipta dari nota janji itu kepada peminjam . Kemudian peminjam kena memulangkan semula wang itu kepada bank dengan sekali bayaran interest .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s