BANK ADALAH AHLI SILAP MATA

Telah berkata seorang wakli presiden clinton ke IMF ‘Money is magic. Central bankers are magicians. Like all magicians, they don’t like to show their tricks.’

Tepat sekali seperti yang dikatakan oleh wakil Encik Clinton tadi . Bank adalah seperti ahli silap mata . Seboleh mungkin dia tidak mahu orang lain mengetahui teknik yang digunakan dalam permanannya . Bank tidak mahu orang mengetahui bagaimana proses penciptaan wang dengan menimbulkan aspek – aspek teknikal yang remeh seperti deposit , simpanan rezab dan open market operation . istilah – istilah tersebut adalah seperti sapu tangan yang digunakan oleh ahli untuk mengalih perhatian penonton bagaimana munculnya arnab dari lengan bajunya . Begitulah juga dengan bank yang menggunakan istilah itu untuk mengaburi proses bagaimana mereka mencipta dan melupuskan wang
Hampir tiada orang yang tahu bahawa wang dicipta oleh bank melalui hutang . Tiap kali ada seseorang yang datang ke bank maka bank akan mencipta wang baru . Andai dia mahu meminjam sebanyak RM 50,000 . Maka bank akan mencipta wang baru sebaik bank menerima borang pinjaman dan meluluskannya . Ya wang baru bukan wang milik pendeposit atau ekuiti milik pemegang saham di dalam bank . Jadi dari manakah wang itu datang jika bukan dari milik pendeposit atau ekuiti dalam bank ?
Jawapan yang tepat dan paling membingungkan adalah mencipta dari tiada kepada ada . Bukan mengolah sesuatu bahan menjadi sesuatu bahan yang lain seperti seorang pembuat roti menguli tepung dicampur dengan yis air dan garam lalu dibakar menjadi roti . Ini adalah proses biasa seorang manusia sebagai makhluk . Bank pula melangkau batas sebagai makhluk . Jika tuhan mencipta sesuatu dari tiada kepada ada , maka bank dengan kuasa ia boleh mencipta wang mahu meletakkan dirinya sebaris dengan kekuasaan pencipta alam .
Berbeza dengan tuhan , kemampuan mereka mencipta adalah hasil dari kejahilan , ketidakpedulian , kebingungan orang ramai dengan apa yang berlaku di dalam operasi bank . Jika ada orang yang bertanya atau mempersoalkan perjalan operasi bank , jawapan berupa ugutan akan dilontarkan seperti “ jangan banyak soal , bank adalah kerajaan atau milik kerajaan”. Jawapan seumpama ini ibarat memberikan jawapan kepada kanak -kanak yang bertanya tentang kenapa matahari bergerak dari timur ke barat dengan jawapan kerana ada raksaksa di belakang matahari yang menolaknya ke timur dan ke barat . Atau aku pernah terbaca dalam sebuah buku karangan Stephen J Hawking selepas dia bercerita tentang alam semesta seorang wanita tua bangun dan berkata alam ini adalah seperti telur yang terletak di atas tanduk seekor kerbau .
Jadi banyak persoalan bank ini yang berlangsung hari ini tidak mendapat gambaran yang tepat dan jelas sama seperti persepsi wanita tua tadi yang menggambarkan alam ini seperti telur di atas tanduk kerbau . Kita hanyut dengan khayalan di dalam bank penuh dengan wang penyimpan dan pelabur . Sebenarnya bank sama seperti sebuah syarikat pelaburan . Bila kita melabur sebenarnya wang kita telah dipindahkan ke akaun syarikat-syarikat yang dilanggan sahamnya oleh syarikat pelaburan tadi .
Apabila pinjaman RM 50,000 tadi telah diluluskan maka bertambahlah wang maya atau virtual money di dalam bank . Di dalam akaun bank atau kunci kira-kira bank jumlah wang bukan berkurangan dengan dipinjamkan kepada si peminjam , bahkan jumlah di dalam kunci kira-kira telah meningkat sebanyak jumlah wang yang dipinjamkan . Aneh bukan ? Ini tentunya mengundang persoalan di hati orang yang celik matahatinya . Jika anda mempelajari ilmu perakaunan jumlah harta tunai anda akan berkurang dengan memberikan pinjaman tetapi anda tetap memiliki wang yang diberi pinjam itu dalam bentuk hutang pada sipeminjam atau disebut penghutang di dalam jurnal atau penyata kewangan anda .
Yang lebih aneh lagi ialah wang itu boleh dilupuskan . Bagaimana pula wang itu boleh dilupuskan ? Satu lagi persoalan yang membuat anda terkejut beruk. Wang boleh dihapuskan ? Ya wang boleh dihapus apabila sipeminjam tadi telah mula membayar ansuran bulanan yang ditetapkan oleh pihak bank . Katakan peminjam membayar sebanyak RM 800 sebulan , bermakna wang yang dicipta tadi telah berkurang kepada RM49,200. Bulan kedua peminjam membayar lagi sebanyak RM 800 jumlah wang berkurang menjadi RM 48,400 . Begitulah seterusnya wang ciptaan itu berkurang hingga habis . Wang yang diberi pinjam oleh bank adalah wang maya tetapi peminjam membayar semula kepada bank dengan wang realiti yang diperolehi hasil dari usaha keringat peminjam di medan pekerjaan mahupun perniagaan .
Wujudkah persamaan antara nilai wang yang diberi pinjam dengan menekan butang komputer untuk memasukkan angka 50,000 ke dalam balance sheet bank dengan usaha dan keringat yang di curahkan oleh peminjam untuk mendapatkan RM 800 sebulan untuk membayar bank . Ia adalah satu pertukaran benda yang nyata dengan benda yang tiada . Bank tidak memberikan apa – apa kepada peminjam melainka angka ke dalam kunci kira-kira .
Bandingkan pula dengan hadis nabi emas dengan emas , gandum dengan gandum . Bolehkah kita hari ini mengkiaskan kepada hadis ini dalam aturan sistem pinjaman atau pembiayaan ( islamik ) yang mana bank tidak memberi wang atau harta yang nyata tetapi dibalas dengan satu yang nyata . Bank boleh mencipta wang tetapi anda terpaksa menanggung beban berat untuk mendapatkan wang guna membayar kepada bank . Ia ibarat satu pihak boleh mencetak wang untuk membeli barangan dan satu pihak lagi terpaksa berusaha bersusah payah untuk menghasilkan sesuatu produk .

Wujudkah keadilan dalam sistem ini ? Sebagai manusia waras anda mesti marah apabila menerima wang palsu dari pihak yang berurusan dengn anda atau menerima wang koyak atau diconteng yang kemudiannya ia tidak diterima oleh orang atau peniaga lain apabila anda berurusan dengan mereka . Kewujudan bank hari ini menggambarkan suatu ketidakseimbangan dalam masyarakat . Ia mewujudkan satu golongan di dalam masyarakat yang boleh memiliki apa jua harta kekayaan di dunia ini kerana mereka boleh mencipta seberapa banyak wang yang diperlukan untuk mendapatkannya tanpa sebarang usaha dan keringat .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s