BAGAIMANA BANK MENCIPTA WANG BUKAN MENGGUNAKAN WANG PENDEPOSIT

selama ini kita dibayangkan sistem bank adalah perantara antara pemilik wang yang ada lebihan wang dengan pengusaha yang tidak kecukupan wang untuk menjalankan dan membesarkan operasi perniagaan mereka .

Hasil dari lebihan wang pemodal dapat disalurkan kepada peniaga dan mereka akan dapat berjual beli serta memperoleh keuntungan . Keuntungan mereka akan digunakan untuk membayar balik pinjaman dan bunga di dalam bank konvensional atau untung di dalam bank islam .

Inilah yang cuba digambarkan dalam pemikiran kita tentang kitaran wang dan fungsi bank sebagai perantara . Namun kini dengan berlakunya krisis kewangan dunia di sebuah negara adikuasa kemudian diikuti dengan krisis matawang euro yang menyebabkan beberapa buah negara eropah muflis dan hampir muflis . Kejadian ini membuka mata para pengkaji dan penyelidik apakah punca sebenar krisis ini .

Jika ditanya kepada profesor dan pensyarah ekononomi di dunia mereka pasti akan menjawab disebabkan oleh ketamakan orang ramai dan peniaga . Jarang benar mereka memberikan analisis kepada sumber sebenar berlakunya krisis ini .

Baiklah cuba kita uji benarkah bank berfungsi sebagai perantara atau ahli silap mata yang mencipta wang . Selama ini kita digelapkan maklumat oleh cendekiawan ekonomi yang mengatakan fungsi bank adalah menggandakan wang atau multiply kan wang yang ada dalam negara , bila kita ditanya balik lalu kita sambil tercengang menjawab wang itu akan dibanyakkan oleh bank dengan memberikan pinjaman kepada orang ramai

jadi untuk memudahkan kefahaman kita tentang bank elok kita ketahui bahawa senjata utama bank adalah kunci kira kira atau kata orang putih balance sheet . Dengan melihat kepada balance sheet kita akan ketahui dimana dan bagaimana bank boleh menggandakan wang atau mencipta wang dari angin

ANDAIkan seorang pelanggan membawa wang sebanyak RM 10,000 untuk disimpan di dalam akaun bank maka kedudukan akaun dalam balance sheet menjadi seperti berikut :

kunci kira kira bank AGUS

ASET LIABILITY
REZAB     
      
RM 10000

DEPOSIT 10,000

<

Bank menyimpan rezab sebanyak 10% sementara selebihnya akan dipinjamkan

ASET LIABILITY
REZAB       
RM 1000
DIPINJAMKAN  RM 9000
DEPOSIT 10,000

<

Kunci kira – kira selepas wujud peminjam yang meminjam sebanyak RM9000

Perhatikan imbangan antara masukan di belah aset dan liabiliti . Keduanya seimbang . Libiliti adalah deposit yang dimasukkan oleh pelanggan dan boleh dituntut pada bila – bila masa sahaja . Di sebelah aset pula adalah wang yang sama tetapi menjadi hak bank untuk diniagahutangkan dengan interest . Wang yang sama tetapi boleh dituntut oleh dua pihak pihak pendeposit dan pihak bank sebagai peminjam .

Jangan keliru bahawa apabila wang anda disimpan dibank sebenarnya anda adalah pemberi pinjam kepada bank . Oleh sebab itu anda dibayar interest . Lihat kemudian bagaimana bank membuat magic mewujudkan wang dari deposit anda . Datang Lei tek mahu membuat pinjaman . Sebanyak RM 9000 . bank akan memberikan pinjaman apabila Lei tek sanggup mengisi borang pinjaman dan menandatangani borang aku janji bayar tersebut . Maka wujudlah ketika itu wang baru yang terhasil dari 10,000 yang anda depositkan .

ASET LIABILITY
REZAB     
      
RM 1000
PINJAMKAN RM99,000

DEPOSIT 100,000

<

DEPOSIT REZAB LOAN
1 RM10000 RM1000 RM900
2 RM9000 RM900 RM8100
3 RM8100 RM810 RM7290
4 RM7290 RM729 RM6561
5 RM6561 RM656.1 RM5904.9

Perhatikan bagaimana aset bank meningkat daripada RM 10,000 MENINGKAT apabila ada orang membuat pinjaman dan menyerahkan borang pinjaman . Dengan penyerahan borang pinjaman aset bagi bank meningkat kepada RM 19,000 . MAGIK bukan dari RM10,000 jumlah aset bank bila ada pinjaman maka jumlah asetnya meningkat menjadi 19,000 . dengan hanya menekan punat komputer atau menenyeh pen pada kunci kira – kira , wang bank meningkat menjadi 19,000.

Ingat wang atau aset bank meningkat menjadi RM 19000 kerana semata-mata ada seseorang berjanji untuk membayar pada masa depan dengan pendapatan masadepannya bank telah menambah wang di dalam aset . Cuba ingati makna aset dalam perakaunan . Sesuatu yang dimiliki oleh sesuatu pihak dan boleh dituntut dari orang lain . Mudah bukan untuk mencipta wang di dalam bank .

Kenapa borang pinjaman itu dikira aset bank sedangkan ia hanya sebuah sehelai kertas . Ini yang ramai orang tidak faham . Borang ini adalah janji seseorang untuk membayar kepada bank atau dalam kata lain bank boleh menuntut dari pihak yang mengisi borang tadi wang jika dia terlepas bayar . Jika ada cagaran maka cagaran itu boleh diambil oleh bank dan dilelong . Tanggunggan yang ada dalam borang perjanjian oleh peminjam tadi boleh dijual kepada bank lain atau orang ramai . Bank mendapat tunai tanpa perlu ia mengeluarkan apa-apa modal .

Sila bandingkan jika anda memiliki wang dan anda memberi pinjam kepada orang lain . Apa yang akan berlaku perhatikan kunci kira – kira dibawah

kunci kira-kira anda

Aset

Liabiliti

Tunai di bank RM 10,000

Modal RM 10,000

Datang Ali ingin meminjam sebanyak RM 5000 dari anda . Ia dapat dibayangkan melalui kunci kira-kira di bawah

Aset

Liabiliti

Tunai di bank RM 5000

Penghutang Ali RM 5000 _________ RM10000

Modal RM10,000

_________
RM10000

Perhatikan di dalam colum aset tunai anda berkurang apabila anda memberikan pinjaman . Kedudukan aset anda menjadi seimbang dengan

anda memasukkan jumlah yang dipinjam Ali ke dalam ruang aset yang bermakna anda boleh menuntut dari Ali hutang sebanyak RM 5000 yang dipinjamnya . Adakah jumlah aset anda bertambah dengan memberikan pinjaman . Sudah tentu jawapannya adalah tidak . Wang anda tidak bertambah cuma berubah dari berada dalam kedudukan tunai 10,000 kepada 5000 sebagai tunai dan 5000 lagi sebagai hutang kepada Ali .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s