AKAD BANK ISLAM ADAKAH ISLAMIK

Dalam islam banyak menyebut larangan dalam akad yang belum sempurna .
Contohnya nabi berkata jangan kamu jual apa yang kamu belum terima .
Jangan kamu berakad dua dalam satu
sekarang ni andaikan peminjam pertama meminjam wang sebanyak 1000 dia diikat untuk membayar selama 10 bulan untuk melangsaikan hutangnya . Dengan wang yang diterima dia telah pergi ke seorang peniaga komputer . Peniaga komputer ini apabila menerima wang akan memasukkan ke dalam akaun bank . Jdi wang di dalam bank telah meningkat kepada 2000 . bolehkah bank memberikan lagi wang yang dimasukkan oleh pendeposit kedua yang menerima wang hasil menjual komputer .
Disini wang bertambah
1000 —– 2000
1 barang bernilai 1000 telah bertukar tangan
hasil transaksi hutang dan pembelian ini telah menyebabkan jumlah wang meningkat , walaupun wang sebenar masih kekal 1000 tapi transaksi yang berlaku dengan pinjaman telah meningkat kepada 90000. apakah kesannya jika ini berlaku . Wang meningkat dari 1000 kepada 100000 . peningkatan wang boleh menyebabkan inflasi . Kemudahan penciptaan wang dan pemberiana kredit ini telah menambahkan kuasa beli kepada pengguna . Ia sekaligus meningkatkan permintaan kepada barang yang diju
jika dikaji adakah bank islma tidak bermain dengan kaedah ini . Wang yang dipinjam oleh seorang peminjam belum dibayar . Tetapi wang yang diterima akan disimpan di dalam bank dan digunakan untuk memberi pinjam lagi kepada orang lain
Berbalik kepada bank . adakah bank satu pihak yang menjual rumah . agen yang menjual rumah . pemborong yang membeli rumah secara borong . pengimport yang mengimport. Sesuatu barang dan kemudiannya menjualnya kepada pihak ketiga . adakah bank didaftarkan sebagai syarikat yang menjual dan membeli rumah . adakah bank membeli rumah secara pukal dan menjualnya kepada pembeli serta menanggung risiko jika rumah itu tidak habis dijual . atau bank hanya sebagai agen hartanah yang mencari pembeli dan menjualnya kepada pembeli serta mendapat untung dengan mengambil komiseyn jualan . jika bank benar – benar peniaga adakah ia memiliki sendiri wang dan membeli dengan wangnya sendiri kemudian menjualnya kepada pembeli . kenapa bank sendiri tidak menjadi pemaju perumahan dengan wang nya sendiri dia dapat membina rumah , menggaji pekerja , mengupah arkitaek , jurutera perunding atau paling tidak pun menjadi rakan kongsi kepada pemaju untuk membangunkan sesuatu projek . jadi disini pihak bank tidak lah hanya mengambil untung selepas rumah itu siap membelinya dan menjual kepada pelanggan . sudah tentu cara ini akan menghasilkan rumah yang lebih murah .
Jika bank menjual rumah dengan harga tangguh 30 tahun akan datang rumah itu menjadi 230,000 . kemudian cuba kita andaikan pula rumah yang baru siap dibina .dengan keluasan dan bahan yang hamper sama rumah tersebut akan dijual dengan hrga 230,000 , bukan bermula dengan 100k seperti hari ini . Kemudian jika dijual kepada pembeli dan diikat selama 30 tahun berikutnya harganya pula meningkat kepada 360,000 . ini bermakna 60 tahun akan datang rumah yang baru siap dibina oleh pemaju pada tahun akan berharga 500,000 . apakah sebenarnya yang berlaku . Harga rumah meningkat disebabkan oleh bahan binaan meningkat . Harga rumah meningkat disebabkan oleh harga tanah yang membangun di bandar-bandar dan merebak di kampung-kampung . Harga tanah dan bahan binaan meningkat seiring dengan harga barang – barang komoditi yang lain . Kemudian apakah yang menyebabkan harga – harga tersebut meningkat . Barang – barang itu diimport darii luar . Kenaikan harga di pasaran dunia menyebabkan harga barang yang diimport juga meningkat . Tapi bagaimana pula barang itu tidak diimport dan wujud bersepah di Malaysia . Di dalam negara pula meningkat kerana permintaan meningkat atau penawaran menurun . Harga dalam negara pula meningkat kerana tuntutan kenaikan gaji menyebabkan firma – firma terpaksa menaikkan harga barangan .

Benarkah itu yang diajarkan di sekolah-sekolah menengah , universiti , kolej-kolej dan apa jua pusat pendidikan di seluruh dunia . be

akad bank islam
hujjah yang dikemukan oleh pakar perbankan islam atau lebih tepatnya penasihat syariah bank islam adalah akad yang digunakan oleh bank islam dan perbankan konvensional .
Akad dalam bank konvensional adalah akad pinjaman yang berasaskan riba . Akad bank islam pla adalah akad pelbagai antaranya akad jual beli murabahah , akad sewa beli , akad tempahan , akad jual beli harga tangguh.

Menurut ulama tersebut sebab atau illah pengharaman riba adalah lebihan atas pinjaman . Sebarang pinjaman yang dikenakan lebihan samada sedikit atau banyak adalah riba . Berdasarkan kepada dalil ayat surah albaqarah dan allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba .
Riba bermaksud sebarang lebihan yang dikenakan keatas wang yang dipinjamkan sebliknya jual adalah lebihan yang dikenakan keatas harga baragan yang dijual .
Jual beli menghasilkan produktiviti dimana seorang pengusaha menggunakan modal yang dia miliki untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan , mengimport barang dari luar ke dalam negara , menjalankan perkhidmatan penghantaran dan sebagainya . Dalam ertikata lain pemilik modal mengambil risiko untuk memberikan perkhidmatan dan mengeluarkan barangan demi kepentingan orang ramai . Ia juga menanggung risiko barang yang dijual tidak laku atau persaingan sesama peniaga , perubahan trend dan minat pembeli , kemusnahan barangan . Pengguna menjalankan perniagaan samada dengan menguruskan sendiri , mengupah orang lain untuk menjalankan urusniaga , membuat joint venture dengan orang lain untuk mendapatkan sejumlah modal yang besar untuk merebut pasarn yang lebih meluas . Ada juga perniagaan yang yang dijalankan secara mudarabah atau seeorng pemilik modal dan pengusaha menjalankan perniagaan yang mana pihak pemodal akan mendapat portion keuntungan ynag besar dan bersedia menanggung risiko yang besear juga .

Sistem niaga daalam islam tidak memberikan ruang kepada bentuk perniagaan yang hanya bersifat sehala hanya untung,untung , untugn dan mengelak dari risiko kerugian . Memang risiko boleh dielakkan dengan mengambil langkah melakukan kajian pasaran , trend pengguna , dam pelbagai lagi jenis analisa . Tetapi kerugian itu kadangkala boleh juga berlaku dari punca – punca yang tidak dapat dijangkau oleh fikiran kita . Seseorang peniaga boleh membuat unjuran yang bakal diperolehi tetapi dia tetap terdedah kepada pelagai risiko . Sebuah syarikat pengusaha pusat pelancongan boleh menjangka di musim perayaan keuntungan nya akan meningkat 5 kali ganda . Namun tidak siapa dapat menahan jika tiba-tiba hujan lebat berterusan beberapa hari menyebabkan orang ramai membatalkan rancangan untuk bercuti . Persiapan yang dijalankan untuk menyediakn makanan mungkin terpaksa dibuang begitu sahaa
kita lihat pula kepada situasi amalan pinjaman atau memberi hutang dengan riba . Konsep pemberian hutang setiap penghutang wajib membayar semula hutangnya . Pemberi hutang digalakkan untuk memberi tanguh kepada peminjam sekiranya ia tidak mampu membayar hutangnya dalm tempoh yang dijanjikan . Pemiutang juga digalakkkan untuk melupuskan hutangnya jika sekiranya penghutang memang tidak mampu untuk melunaskan hutang . Yang paling penting dalam hutang seseorang pemiutang tidak boleh mengambil balik hutang melebihi jumlah hutang yang diberikan . Jika ada lebihan ia akan menjadi riba dan ditegah menurut islam .
Jika bank memberikan pinjaman perumahan pula penghutang tertakluk kepada perjanjian untuk melunaskan hutang tepat pada masanya . Pemiutang tidak akan mengambil kira sebarang masalah yang dihadapi oleh penghutang yang mungkin mengalami masalah kewangan akibat pelbagai himpitan kewangan , adakah pihak bank akan bertindak secara bertimbang rasa .
Dalam bank islam memang ia menggunakan akad jual beli . Ia membeli dan menjual asset dari pihak ketiga . Adakah pihak bank islam menanggung risiko perniagaan sepertimana seorang pemaju perumahan atau penternak biri-biri . Adakah bank islam mengambil risko untuk meraih keuntungan dari perniagaan . Sebagaimana hadis nabi alghunmu bil gunmi . Jika pihak pemaju terdedah kepada risiko bahan binaan yang tidak menentu harganya . Tidak dapat menyiapkan rumah pada masa yang dijanjikan .
Jelas sekali pihak bank tidak mendedahkan dirinya kepada sebarang risiko diatas jika tidak maka adakah operasi bank islam itu lebih dekat kepada bisnes atau jual beli yang dihalalkan oleh allah atau ia lebih dekat kepada urusniaga bank yang bebas dari risiko perniagaan atau jelasnya riba .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s