migrain atau sakit kepala : satu pengalaman

semalam anak aku mengadu sakit kepala . dia kata sakit kepala berdenyut macam nak pecah kepala dia . mulanya sehari sebelum tu dia kata kat sekolah dia rasa pening dan nak tumbang kalau naik tangga tingkat 4 bangunan sekolah . kat kantin masa rehat dia menangis kerana sakit .
kawan kawan dia bertanya kenapa …. dia tak jawab tapi kawan dia macam tahu yang dia sedang sakit kawan kawan dia suruh dia masuk ke bilik sakit . balik tu dia mengadu sakit kepala dan sakit pergelangan tangan .
sebelum ni dia sakit aku hanya beri remedi pelbagai guna .seperti nux dan acon . sekejap sakitnya lega pas tu dia macam datang balik. aku syak ini sambungan dari sakit dia masa kecil dulu tumbuh keletis di keliling bibir dan seperti kulat pada gigi dan gusinya
kalau ikut homopati sakit tu dia seperti tenaga . tak boleh dimusnah tetapi boleh berubah kepada bentuk tenaga yang lain . so tanpa buang masa berpandukan sakit yang lepas aku cuba pilih remedi yang ada kaitan dengan sakitnya yang lalu .
dalam banyak – banyak remedi yang tersenarai aku pilih sepia kerana ia kelihatan serupa dengan seluruh keadaan yang ada pada dia .
aku bagi dia makan pukul 11 pagi . pas tu sakit nya bertambah melarat . aku biarkan saja dia menangis sebab nak tengok sejauh mana kesan remedi tu . selang 2 jam aku dapati dia dah boleh bangun dan membuat kerja sekolah . aku tanya dia masih ada sakit ke ? dia kata dah kurang sikit . menjelang malam dia dah boleh bermain dan bergurau dengan adik adiknya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s