Bagaimana hidup sihat dengan perubatan homeopati

HOMEOPATI–>satu rawatan alternatif

PENGENALAN

Homeopati berasal daripada dua perkataan iaitu ” homoios” dan “pathos”. Homoios bererti ‘serupa’ atau ‘seumpama’ . ‘Serupa’ merujuk kepada tanda – tanda atau simptom. Maksudnya ialah jika sekiranya seseorang itu mengalami tanda – tanda penyakit seperti loya dan muntah, maka ia akan dirawat secara homeopati dengan penawar yang mampu mengeluarkan atau menghilangkan penyakit tersebut. Sementara pathos membawa maksud ‘penderitaan’ , ‘perasaan’ atau ‘penyakit’. Dengan itu , homeopati merujuk kepada cara “merawat penyakit atau pesakit menerusi prinsip serupa dengan yang serupa “atau” Law of similars”.

KONSEP PENYEMBUHAN PENYAKIT SECARA HOMEOPATI

Homeopati adalah satu sistem perubatan yang membantu menguatkan keupayaan tubuh melawan penyakit yang menyerang dan bukannya menyediakan bahan untuk membunuh kuman penyakit berkenaan. Prinsip asas perubatan homeopati ialah bersandarkan konsep ‘persamaan’ ataupun Law of Similars yang juga merupakan maksud bagi perkataan homeopati iaitu homois dalam bahasa Yunani.

Konsep ini bermaksud penawar homeopati yang diberikan kepada pesakit ialah benda yang sama yang mampu menghasilkan gejala penyakit tersebut. Teori persamaan ini diasaskan oleh Hippocrates , seorang pengamal perubatan Greek yang juga digelar sebagai Bapa Perubatan. Melalui ilmu perubatan Hippocrates, Hahnemann(seorang doktor Jerman )akhirnya mengambil konsep ini sebagai intipati perubatan homeopati dengan mentakrifkan persamaan sebagai ‘Let likes be cured by likes’ yang bermaksud ‘ Yang sama menyembuhkan yang sama’. Sebagai contoh ,kuinin berkesan mengubati malaria, tetapi jika diberikan kuinin kepada orang yang sihat, ia boleh menyebabkan individu itu mendapat simptom malaria.

Dalam kajian yang dilakukan oleh Hahnemann, beliau menemui konsep pemberian ubat dalam dos yang paling minimum dan hanya sejenis ubat diberikan dalam tempoh satu masa supaya sistem dalam badan pesakit tidak terlalu kompleks dalam tempoh itu. Beliau percaya, ubat sepatutnya digunakan secara halus dan lembut bagi merangsangkan pemulihan secara semulajadi tanpa membangkitkan kesan sampingan yang berbahaya dan seterusnya menyebabkan kecederaan lain yang lebih parah. Dalam perubatan home opati , diagnosis atau nama penyakit tidaklah begitu penting tetapi diri pesakit itu lebih penting kerana dipe rcayai apabila seseorang itu sakit, ia disebabkan kuasa hayat atau fitrahnya yang terganggu. Akibat gangguan itu, maka lahirlah pelbagai simptom s ama ada mental, emosi atau fizikal. Ini berbeza dalam rawatan alopati di mana rawatan diberikan berasakan pengenalan penyakit. Oleh itu seorang doktor alopati lebih teliti dalam aspek pemeriksaan seperti ujian makmal atau x-ray bagi tujuan memastikan masalah sakit dan puncanya seperti yang diadukan pesakit. Justeru itu, dalam homeopati penawar yang diberi berdasarkan keadaan pesakit secara keseluruhan. Ia bukanlah suatu keanehan jika dua pesakit yang mempunyai sakit yang sama tetapi diberi dua penawar yang berbeza. Inilah yang membezakan antara rawatan homeopati dengan rawatan lain yang menyediakan ubat untuk membunuh kuman penyakit berkenaan. Dengan kata lain, homeopati lebih kepada rawatan holistik iaitu memberi tumpuan lebih kepada pesakit berbanding penyakitnya. Rawatan homeopati pada hari ini adalah sama dengan yang diamalkan pada zaman Hahnemann. Pesakit akan ditemu bual oleh pengamal homeopati dan dibiarkan bercakap. Doktor akan menilai pesakit itu dari segi bentuk tubuh , kelakuan dan emosinya dan penawar akan dipilih mengikut keseluruhan simptom .Tidak semestinya semua simptom yang disenaraikan bagi satu – satu penawar adalah pilihan yang tepat, tetapi persamaan gejala sudah memadai untuk membantu doktor membuat pilihan penawar.

Bila Anda memerlukan Rawatan Homeopati ?Kiss

* Jika seseuatu penyakit yang dialami oleh anda atau mana-mana ahli keluarga anda yang berlarutan, inilah masanya anda mencuba rawatan homeopati.
* Jika anda mengalami suatu penyakit yang dianggap misteri tetapi gagal dirawat oleh mana-mana doktor, dah inilah masanya a nda bertukar kepada rawatan homeopati.
*

MATERIA MEDICA

Materia Medica Homeopati merujuk kepada rekod -rekod tentang kesan – kesan bahan bernilai perubatan yang aktif ke atas orang – orang yang sihat yang secara teknikalnya dikenali sebagai ‘uji bukti’. Terdapat juga tumbuh – tumbuhan yang digunakan sebagai materia medica . Antaranya ialah Allium cepa , Cadendula officinalis , Aconitum napellus, Cocculus indicus dan Iris versicolor. Selain tumbuhan, terdapat bahan – bahan semulajadi lain yang digunakan sebagai penawar homeopati. Bahan – bahan tersebut ialah Apis mellifica , Calcaria carbonica , vigatibilis carbo, Sepia dan sulfur.

Allium cepa

Bawang besar jenis merah adalah sumber utama Allium cepa. Ia digunakan sebagai penawar untuk simptom badan sejuk akibat perubahan cuaca (sejuk) dan batuk. Selain itu ia juga digunakan sebagai penawar untuk simptom demam dengan tanda hidung berair, mata berair dan berhingus, bersin yang kuat dan sakit kepala. Ada ketikanya ia berkesan merawat suhu badan yang terlalu tinggi.

Cadendula officinalis

Calendula sangat berguna dalam menghasilkan penawar untuk pertolongan cemas. Krim atau losen daripada Calendula boleh didapati dengan

meluas di kebanyakan farmasi dan tidak memerlukan rujukan pakar homeopati secara khusus. Calendula dihasilkan daripada bunga Marigolds dan banyak ditemui di kawasan pedalaman Eropah Selatan. Keseluruhan pokok ini digunakan untuk membuat penawar masalah berkaitan kulit seperti luka, melecur ,kesan kebakaran kecil dan jangkitan kulat.

Aconitum napellus

Aconite adalah penawar yang disarankan apabila simptom muncul dengan tiba – tiba. terutama akibat terdedah kepada angin sejuk dan kering. Ia juga dijadikan penawar untuk simptom – simptom demam dengan kulit panas dan kering , gelisah serta cemas akibat terperanjat, terkejut dan takut.

Cocculus indicus

Cocculus indicus adalah penawar bagi loya, muntah dan pening. Oleh itu ia sangat sesuai untuk mereka yang mabuk kenderaan darat seperti menaiki kereta atau keretapi , mabuk laut atau pesakit yang berasa hendak muntah apabila bangun dari tidur.

Iris versicolor

Iris versicolor adalah penawar paling berkesan untuk melegakan kesakitan dan kencing tidak lawas, cirit – birit. Kadangkala pesakit yang mengalami masalah di atas juga diserang sakit kepala yang kuat dan gastrik.

Apis mellifica

Apis mellifica dihasilkan daripada madu lebah dan keseluruhan tubuh badan serangga ini termasuklah bisanya sekali. Ia mungkin diperlukan bagi mengatasi masalah tekanan seperti rasa takut yang tidak terkawal , marah/meradang , cemburu dan tertekan selepas mendapat berita buruk. Simptom ini mungkin akan diikuti dengan perlakuan terburu – buru ( samada secara terang – terangan ataupun tidak)

Calcaria carbonica

Calcaria carbonica adalah antara penawar paling penting dalam perubatan homeopati. Ia dihasilkan daripada sejenis tiram yang banyak ditemui di negara – negara Eropah dan merupakan prekripsi utama untuk menyeimbangkan tahap kalsium atau membetulkan tugas badan yang tidak teratur. Kalsium penting untuk mempertingkatkan keberkesanan fungsi badan dengan bergabung dengan protein membentuk sebatian – sebatian penting. Jika kalsium tidak diserap dengan sebaiknya, terlalu berlebihan atau terlalu berkurangan ia akan menimbulkan masalah lain dalam badan.

Carbo vigatibilis

Penawar ini dihasilkan daripada arang kayu. Dr. Hahnemann menggunakan arang daripada kayu pokok birch tetapi rawatan homeopati moden menggunakan arang daripada pokok bic. Carbo vigatibilis sering digunakan sebagai penawar masalah pembuangan tidak lancar disebabkan oleh angin terutama pada bahagian atas kawasan perut. Dalam sesetengah keadaan ia berkesan sebagai penawar bagi masalah batuk.

Sepia

Sepia diklasifikasikan sebagai penawar untuk wanita dan selalunya digunakan bagi masalah sakit sewaktu datang haid dan masalah oleh menopous. Penawar ini diambil daripada cairan dakwat yang terdapat pada sotong.

Sulfur

Belerang adalah antara bahan utama dalam perawatan homeopati. Ia berkesan untuk membuang toksin dalam badan. Ia boleh digunakan untuk ked ua – dua jenis penyakit; akut mahupun kronik.

CADANGAN PENAWAR HOMEOPATI

Baberapa penawar homeopati disenaraikan di bawah berdasarkan simptom – simptom yang ditunjukkan oleh pesakit. Ia boleh digunakan dalam keadaan sakit akut.Bagaimanapun jika simptom berterusan, rawatan homeopati profesional adalah lebih sesuai. Antara penawar yang ditunjukkan adalah penawar bagi simptom – simptom senggugut ,selesema dan resdung.

MASALAH SENGGUGUT

Petunjuk utama

Penawar homeopati

Sakit yang menghiris. Perlu membongkok. Mengurang dengan tuaman panas atau minuman panas.

Magnesia phosphorica

Ketidakselesaan bahagian perut yang mengejang. Sakit memberat ke bawah. Perlu menyilang kaki. Ingin bersendirian.

Sepia

SELESEMA

Petunjuk utama

Penawar

Datang secara perlahan. Dahaga. Anggota rasa b

erat (rasa kebas dan sukar digerakkan). Mabuk atau pening. Rasa mengantuk.

Gelsemium

Peluh lampau. Tak tahan haba panas. Lidah “berpeta” terdapat lekukan gigi. Rasa logam dalam mulut.

Mercurius

SINUSITIS ( RESDUNG)

Petunjuk utama

Penawar

Mudah berpeluh. Nak cepat. Tak puas hati. Bercanggah. Pemarah dan membuat keganasan. Hidung sentiasa berhinggus. Hinggus pekat berwarna kunung kehijauan serta berbau.

Calcureum

Perubahan gejala mendadak. Mudah menangis. Perlu diteman. Banyak hingus dan berwarna kuning. Diiringi masalah selaput mata (konjuktivities). Ia melarat jika

panas dan akan mengurang apabila sejuk.

Pulsatilla

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s