spinocerebelar atrophy

sabtu lepas aku melawat seorang kawan yang dah lama aku tak jumpa . aku pergi ke rumahnya kerana mendapat tahu dia menghidap penyakit yg disebut di atas , katanya sakit tu menyebabkan otaknya mengecut dan mengakibatkan dia tak mampu bergerak seperti dulu . kadangkala apabila sedang berjalan dia akan terjatuh dengan muka tersembam ke bumi tanpa berupaya menahan dirinya dari jatuh tersemban dengan tangannya. percakapannya juga menjadi gagap dan susah nak bertutur . Ingatannya mulai luput dan dia sukar untuk menulis dengan betul .

bila aku tanya ibunya bagaimana keadaan dirinya semasa kecil , dia kata anaknya dilahirkan sempurna  . Pernah mengalami demam campak dan kuning semasa kecil . mengalami  hepatitis A ketika berusia 10 tahun kemudian telah sembuh sepenuhnya . pernah mengalami eksiden hingga mengakibatkan lututnya rosak dan tak boleh berjalan dengan betul .  seorang sepupunya menghidap penyakit kepalanya sentiasa bergoyang .

diakhir pertemuan aku memberikan sedikit panduan naturopati yang aku baca … amalan minum air masa sebanyak yang mungkin , hirup udara bersih setiap hari , dedahkan diri kepada cahaya matahari , banyakkan makan buah , dan dekatkan diri kepada allah .itu sahaja yang aku dapat bantu untuk memberikan sedikit panduan kepada beliau untuk menghadapi masa hadapan .

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s