Bayi mati tersedak susu, ibu bapa mahu saman HSA

11 Februari 2012

JOHOR BAHRU – Ibu bapa bayi yang meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu di Hospital Sultanah Aminah (HSA), akan mengambil tindakan undang-undang terhadap hospital itu.

Cassindra Gelungan, 24, dan suaminya Jacbeline Jemmy, 22, mendakwa terdapat kecuaian manusia di pihak hospital itu yang menyebabkan anak sulung mereka Angel Cassandra Jacbeline meninggal dunia.

Cassindra berkata bayinya itu lahir sebulan lebih awal pada 4 Feb dan tidak mengalami sebarang komplikasi selama empat hari selepas itu.

“Bagaimanapun, doktor memberitahu oleh kerana anak kami lahir pramatang, dia perlu diletakkan di bawah perhatian hospital.

“Apabila melawat anak kami pada 8 Feb kami dapati ada kesan susu kering pada bibirnya dan mukanya kelihatan pucat,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Taman Nusantara hari ini.

Beliau mendakwa jururawat menggunakan cawan kecil untuk menyusukan bayinya dan bukan botol susu. Bayi itu juga tidak diletakkan dalam inkubator walaupun lahir pramatang.

“Angel diletakkan hanya semeter daripada kaunter jururawat, bagaimana mereka tidak perasan anak saya tersedak susu. Dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Rabu lepas kerana menghadapi masalah pernafasan,” katanya.

Angel meninggal dunia pada pukul 4.20 petang Khamis dan keluarganya dimaklumkan 25 minit selepas itu.

Cassindra berkata tindakan undang-undang itu dibuat bagi mencari kebenaran di sebalik kematian anaknya itu.

Pengarah Kesihatan Johor Dr Khairy Yaakob ketika dihubungi berkata satu jawatankuasa khas akan ditubuh untuk menyiasat kejadian itu.

“Saya ucapkan takziah kepada keluarga berkenaan dan jabatan akan membuat siasatan bagi mencari kebenaran di sebalik kejadian itu,” katanya. – Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s