demam panas dan radang paru-paru

sepulang dari kampung meraikan tahun baru naga anakku si fairuz telah mengalami sakit tekak dan hidung berhingus . keesokan harinya dia mula terbaring kelesuan . seluruh badannya panas membakar . tidur dia kejap-kejap mengerang dan meracau – racau . lepas tiga hari demamnya on off kejap sejuk kejap naik panas semula . hari jumaat tu badannya sangat panas tapi dia mengerang kesejukan . aku bukakan kipas sekuat-kuatnya . dah bagi belladona 30 , aconite 30 , ferrum phosporicum 6x macam tak memberi kelegaan berterusan . aku pun mula buka repertory kent bab intermittent fever terjumpa ubat gelsemium lalu aku beri gelsemium 30 . alhamdulillah panasnya berkurang dan dia tidur hingga ke pagi . cuma kini yang tinggal masalah radang paru-parunya . tiap kali dia tidur nafasnya berbunyi . aku sentuh stetoskop belakang badannya jelas bahagian paru-paru nya berbunyi seperti air menggelegak . sekali lagi aku buka repertory kent terjumpa beberapa nama ubat sepert cina , psorinum dan hepar sulph . aku pilih cina 30 .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s