Peniaga dakwa anak lumpuh selepas disuntik doktor

UTUSAN MALAYSIA 13/01/2009

Peniaga dakwa anak lumpuh selepas disuntik doktor

MELAKA 12 Jan. – Seorang peniaga warung kopi mendakwa kecuaian doktor di Hospital Jasin dekat sini ketika memberikan rawatan mengakibatkan anaknya lumpuh separuh badan.

R. Ragendran, 47, memberitahu anaknya R. Kugan, 19, pada mulanya mengalami demam biasa selepas pulih daripada demam campak seminggu sebelum itu.

Katanya, dia dan isteri, V. Meenachi, 40, membawa anak mereka ke hospital tersebut pada 30 Disember lalu untuk mendapatkan ubat bagi meredakan demam yang dihidapinya.

“Sebaik saja diperiksa, doktor memberitahu anak saya perlu diberi suntikan walaupun saya hanya meminta dia diberikan ubat dan tidak membenarkan suntikan.

“Bagaimanapun, doktor berkenaan tetap memberi suntikan di pinggang anak saya,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Hospital Melaka di sini hari ini.

Akibat suntikan itu, Ragendran mendakwa anaknya mengalami kebas-kebas dari pinggang ke bawah keesokan harinya.

“Kaki dan pinggang anak saya juga mula membengkak sehari selepas disuntik dan menyebabkan dia tidak boleh lagi membuang air kecil.

“Pada 1 Januari lalu, saya sekali lagi telah membawanya ke Hospital Jasin dan dia telah menerima rawatan termasuk diberikan ubat dari pukul 4 petang hingga 10 malam,” dakwanya.

Tambahnya, pada keesokan hari, anaknya yang merupakan pelajar di sebuah kolej swasta di sini mengadu rasa sakit yang amat sangat sebelum tidak berasa apa-apa dari paras pinggang hingga ke bawah.

“Melihat keadaannya yang sukar untuk bernafas, saya membawanya semula ke hospital yang sama sebelum mereka memindahkan anak saya ke Hospital Melaka.

”Di Hospital Melaka, anak saya beberapa kali mengadu sakit yang teramat sangat dan merayu supaya dibawa pulang,” katanya.

Ragendran mendakwa anak ketiganya daripada empat beradik itu juga pernah mengalami sesak nafas sehingga terpaksa diberikan kejutan elektrik.

“Saya tidak tahu apa puncanya, tetapi kesal kerana doktor pertama yang merawatnya tidak mendengar rayuan saya supaya Kugan tidak diberi suntikan.

“Sedih sungguh saya melihat keadaan anak sebegitu rupa dan saya berharap pihak hospital segera menyiasat bagaimana perkara itu boleh berlaku,” katanya.

Sementara itu Setiausaha Khas Ketua Menteri (Kebajikan dan Hal Ehwal Awam), M. S. Mahadevan yang menerima aduan keluarga berkenaan ketika ditemui berharap kes tersebut tidak melibatkan kecuaian doktor.

“Saya difahamkan, pihak Hospital Melaka sedang menunggu laporan daripada Hospital Jasin berhubung dakwaan peniaga itu.

“Setakat ini, semuanya sedang dalam siasatan dan saya berharap ia bukan berpunca daripada kecuaian doktor,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s