Anak Safura tiga tahun meninggal demam panas


2011/09/13
dua dari kiri

KUALA LUMPUR: Anak kepada pasangan penyanyi dan pelakon, Safura Yaacob dan Sharonizam Noor, yang berusia tiga tahun meninggal dunia di Hospital Ampang akibat demam panas malam tadi.

Nur Aisyah Mariam meninggal dunia kira-kira 7.30 malam semalam selepas diserang demam panas sejak beberapa hari lalu.
Safura berkata, anak perempuannya itu dimasukkan ke hospital pagi semalam selepas demam berpanjangan beberapa hari lalu.
“Mulanya ingat demam biasa dan bila panas badannya tidak surut saya hantar ke hospital pagi tadi (semalam). Tak menyangka yang dia akan pergi,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Safura yang popular dengan lagu, Sedalam Mana Cintamu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai keadaan menimpa arwah anaknya itu dan memaklumkan jenazah anaknya akan dikebumikan di Ampang hari ini.

Selain Nur Aisyah Mariam, Safura dan Sharonizam turut dikurniakan seorang anak lelaki berusia setahun, Yusoff Firdaus.

Malah, Safura turut mempunyai dua lagi anak, Nurul Natasha, 17 dan Muhammad Daniel Khaqim, 11 hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya, Hairie.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s