akak ipar dan bersalin

semalam aku pergi beraya berkonvoi dari rumah adik si uda along dan andaknya . sebelum tu uda telah beraya kerumah aku . poyo je aku buat nasi beriyani kononnya .lengkap dengan ayam masak merah , kuah dal dan rojak . fuhh licin nasi dan lauk . lebih sekilo beras aku tanak sampai penuh seperiuk . aku takut nasi tak habis sebab tak pernah aku masak sampai penuh .

tapii mujurlah depa selera nampaknya makan air tangan aku kali pertama mencuba masak nasi beriyani . nampaknya ada talent nak buka restoran nasi beriyani satu masa nanti insyaallah .
malam tadi rumah last yang kita orang pergi adalah ke rumah cami . tak banyak cerita mernarik yang boleh aku kongsi bersama . si cami bercerita dngan kak jarah dan bini aku tentang saodah bini birin yang takut beranak secara caecarean . dia takut sebab dia memang bekerja sebagai nurse di unit pembedahan . banyak kes dia cerita semasa dalam pembedahan dia kata akibat kecuaian doktor ramai bayi yang cacat disebabkan pisau bedah doktor . ada yang terpotong leher hingga mati . ada yang terkelar mata dan mulutnya dan macam lagi2

aku tak komen apa lah memang aku tahu hospital memang banyak menyebabkan kematian disebabkan kecuaian doktor memberi ubat yang tak sesuai , pemberian ubat yang betul juga boleh menyebabkan kematian . Kes tahun lepas juga benda yang sama berlaku kepada anak sedara aku . kisahnya aku dah habaq dalam entri yang lepas . anak sedara aku ni mulanya demam selama beberapa hari . biasalah orang kita kalau demam mesti fanatik dengan ubat klinik dan pharmacy . apa lagi bapak dia pun bawalah ke klinik berdekatan di pasir gudang tu . selepas mengambil ubat dia pun rasa lega . ingat dengan ambil ubat klinik demam anaknya akan reda.

selang beberpa hari demam anaknya belum kebah . sekali lagi dia pergi ke klinik . balik dari klinik dia dibekalkan dengan antibiotik uphalaxin . pastu anak dia tiba-tiba sakit muntah – muntah bila makan . kaget dengan apa yang terjadi dia telah membawa umaira ( nama anaknya ) ke hospital berdekatan . disana dia dirawat oleh seorang doktor . doktor telah memberikan ubat asma kepada anaknya .

nak jadi cerita bila diberikan ubat asma keadaan anaknya bertambah gawat . umaira menjadi tercungap – cungap payah bernafas . udin kata anaknya tidak ada asma sebelum ni . pastu doktor panik dengan keadaan umairah mereka pun memasukkan ke dalam wad kecemasan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s