Susceptibiliti

SUSCEPTIBILITI
Setiap benda hidup terkesan dengan persekitaran dan keadaan di sekitarnya samada sedikit atau banyak . Sesetengah tumbuh-tumbuhan hidup subur pada altitud tinggi tetapi jika ditanam di luar persekitaran asalnya kesuburannya akan menurun . Begitu juga dengan alam haiwan . Beruang kutub yang biasa tinggal di kawasan sejuk beku jika dipindahkan ke kawasan beriklim tropika mungkin kesihatannya menurun atau ia boleh merubah perawatakannya untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru . Dapat kita fahami dari dua contoh tersebut bahawa ada setengah hidupan yang diciptakan bersifat tahan dan mempunyai imuniti kepada cuaca sejuk yang mencengkam seperti di artik tetapi ia akan hilang ketahanannya apabila berada di iklim panas .
Kita boleh mendefinisikan susceptibilitu pada asasnya sebagai tindak balas organisma terhadap pengaruh luaran atau dalaman . Jika diperhatikan ada sesetengah orang yang bersifat tahan terhadap satu keadaan yang biasa dialaminya tetapi ia mudah menjadi sakit atau menurun tahap kesihatannya apabila ia berada dalam satu persekitaran yang berbeza seperti perubahan cuaca atau iklim .
Ketinggian dari aras laut adakalanya menjejaskan kesihatan seseorang dan jika ia berada di tepi pantai dengan udara yang menyegarkan ia kembali pulih dan sihat kembali. Kuasa menyerap makanan dan menerima bentuk tertentu pemakanan adalah salah satu bentuk susceptibility. Seseorang mungkin mudah menerima sesuatu bentuk makanan sedang orang lain tidak dapat menerima dan menghadam makanan tersebut tanpa mengalami masalah alahan dan lainnya .
Manusia berbeda-beda tahap ketahanan mereka terhadap sesuatu penyakit jangkitan atau wabak. Perbedaan tahap ketahanan ini adalah berkaitan dengan susceptibility seseorang. Penyakit wabak menyerang seseorang semasa kanak kerana mempunyai tahap susceptibilitu yang kuat berbentuk pengaruh miasmatic . Susceptibility ini mempunyai kuasa tarikan untuk menarik penyakit singgah di tubuh badannya yang mana tubuhnya mempunyai getaran yang sama dengan getaran pada penyakit itu . tetapi selepas itu kanak-kanak tersebut akan mendapat imuniti dari dijangkiti penyakit yang sama pada masa hadapan .
Susceptibiliti berbeza antara seorang dengan lain dan pada waktu yang berbeza bagi orang yang sama . Penggunaan homeopati digunakan selari dengan susceptibility seseorang dan dapat memenuhi keadaan diri pesakit yang memerlukan ubat . Dalam lain perkataan getaran dalaman yang dikeluarkan oleh seorang pesakit merupakan satu isyarat untuk menerima ubat yang mempunyai getaran yang sama dengannya . Proses proving yang dilakukan ke atas orang yang sihat menghasilkan kesan tiruan susceptibility yang dimiliki oleh seorang pesakit . Penggunaan ubat homeopati ke atas seorang yang sakit dengan memberikan ubat yang mempunyai symptom yang sama dengan symptom pesakit mampu merubah keadaan pesakit untuk kembali pulih . Walaupun tindakbalas yang dihasilkan oleh sesuatu ubat itu sangat kecil ketika diuji keatas seorang yang sihat, namun susceptibility harus diberikan perhatian serius pada seorang yang sakit . Bukti – bukti menunjukkan ubat yang diberikan ke atas pesakit sekiranya serupa dengan symptom pesakit mampu menyembuhkan walaupun telah dipotensikan hingga ke tahap yang rendah .
Menurut Dr J.J Garth Wilkinson di dalam bukunya Epidemic Man and his Visitations says : Seorang lelaki dijangkiti demam scarlet dari seorang lelaki lain. Sementara jirannya terselamat dan tidak dijangkiti penyakit tersebut . Keadaan ini berlaku kerana lelaki pertama berada dalam keadaan susceptibility kepada penyakit tersebut . Susceptibility pada seseorang individu berlaku samada dari sudut mental atau tubuh fizikal adalah mewakili satu keadaan yang melibatkan kelakuan system tubuh keatas sebab dalaman atau luaran
Susceptibility yang wujud pada diri pesakit samada mental atu fizikal sekiranya menyamai susceptibility yang dimiliki oleh sesuatu ubat akan menyebabkan pesakit pulih walaupun diberikan ubat yang diberikan sangat kecil dosnya .
Punca susceptibility adalah persekitaran , makanan , ubat mahupun bahan toxic . Kalau boleh dielakkan menggunakan bahan yang boleh menyebabkan tubuh badan menjadi lemah dan tidak mampu bereaksi dengan reaksi positif terhadap bendasing yang mengancam kesihatan tubuh kita .
Oleh itu amat penting seorang pengamal memerhatikan susceptibility seorang pesakit dan tidak memusnahkannya . Dengan adanya ia, ia dapat bertindak balas melawan kembali toxin , jangkitan atau wabak . Ia mampu menggerakkan tenaga yang dimiliki oleh seseorang dari makannan yang dimakan untuk dijadikan sebagai bahan yang boleh membantu melawan serangan sumber penyakit dari luar
Melihat kepada perubatan lain ubat diberikan samada dengan dimakan atau disuntik kedalam saluran darah . Ini tidak dilakukan atas prinsip sama symptom penyakit dan ubat . Ini sebenarnya mengganggu proses penyembuhan semulajadi yang diperlukan oleh tubuh . Rawatan seumpama itu hanyalah bersifat mengurangkan ( palliatif ) atau membenam kedalam ( suppresif ) dan kesannya adalah pesakit sebenarnya bertambah sakit . 
    Professor James Ewing, dari Cornell University Medical College, dipetik katanya oleh Dr. Stuart Close pada tahun 1909 di dalam kuliahnya bertajuk Immunity: usaha untuk menghasilkan imuniti pasif terhadap pelbagai jangkitan penyakit dengan menggunakan serum darah akan gagal walaupun ia dapat memusnahkan bacteria di dalam badan kerana ia menyebabkan berlakunya proses endotoxin ( pembentukan toxin di dalam sel bacteria selepas bacteria itu mati ) . Namun kesan dari proses endotosxin tersebut menyebabkan berlaku kematian .     Haiwan yang diberikan imunisasi akan dapat memusnahkan keupayaan serum untuk membunuh bacteria sebaliknya bacteria akan hidup di dalam serum tetapi tidak dapat bertindak menghasilkan sebarang symptom . Hasil ujikaji menunjukkan seekor arnab mempunyai serum yang yang bersifat bakteriolitik terhadap kuman tifoid bacillus tetapi arnab itu terdedah kepada jangkitan . Namun jika arnab tersebut diberikan suntikan imunisasi darah arnab itu tidak lagi bersifat bakteriolitik terhadap kuma tifoid bacillus tetapi kuman tersebut dapat hidup di dalam serumnya tetapi itu tidak terdedah kepada jangkitan sebaliknya ia akan mati .
Melalui ilustrasi Prof Ewing itu menunjukkan bahawa memusnahkan susceptibility organisma secara total untuk bereaksi kepada unsur luaran boleh membawa kepada keadaan yang lebih teruk bagi pesakit.
Satu lagi cara yang boleh membantutkan usaha tubuh untuk memerangi sesuatu jangkitan adalah dengan penggunaan antiseptik . Ia dapat membunuh kuman bacilli tetapi dalam masa yang sama ia mengganggu susceptibility seseorang . Kajian oleh Boston Surgical journal menunjukkan bahawa antiseptik yang digunakan untuk merawat tonsillitis meningkatkan inflamasi , memanjangkan jangkahayat penyakit dan melambatkan proses penyembuhan . Pemberian anti septic menghalang proses tubuh untuk merangsang antibody bertindak secara alami melawan kewujudan kuman yang boleh memudaratkan di dalam sistem tubuh . Ini kerana disamping ia menghapuskan dan membunuh kuman ia juga dalam masa yang sama memusnahkan sel yang hidup.
Tubuh manusia telah mewarisi dari nenek moyang mereka pelbagai kecenderungan untuk mendapat sebarang bentuk penyakit yang dialami generasi sebelumnya . Ini ditunjukkan oleh wujudnya kes kanak-kanak mengalami pelbagai penyakit yang ditunjukkan oleh munculnya erupsi pada kulitnya . Erupsi ini menunjukkan kurangnya kemampuan pada pesakit untuk mencipta satu keadaan serupa di dalam badannya untuk memenuhi keadaan susceptibility . Tanpa pemberian remedi yang serupa tubuh manusia akan mengalami pelbagai kesan penyakit dan ianya akan berterusan dengan sakitnya atau keadaan penyakitnya berkembang dengan pelbagai symptom yang berubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain .
Tubuh manusia juga mempunyai kecenderungan untuk mengalami sesuatu bentuk penyakit berdasarkan apa yang dia warisi dari generasi sebelumnya . Jika diamati ada setengah orang yang mudah menerima penyakit tertentu atau penyakit yang berkaitan dengan penyakit asal yang diwarisi dari orang tuanya atau nenek – moyangnya . Sedang sesetengah yang lain pula berkecenderungan untuk menghidap penyakit lain yang ada kena-mengena dengan sakit generasi sebelumnya. Ini merupakan kesan genetic yang terpaksa ditempuh oleh seseorang
Oleh itu untuk memulihkan keadaan seseorang yang sakit kita perlu merujuk kepada ubat – ubat yang mempunyai kesan yang serupa dengan susceptibilitu pesakit dan ia mampu merubah kedaan pesakit kembali kepada sedia kala

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s