Penyakit

Takrif penyakit

Menurut kamus oxford penyakit ditakrifkan sebagai satu gangguan pada struktur atau fungsi terhadap manusia, haiwan atau tumbuhan khususnya yang menghasilkan sebarang bentuk tanda dan symptom yang memberikan kesan kepada bahagian tertentu pada anggota tubuh dan bukannya disebabkan oleh sebarang bentuk kecederaan fizikal .
Untuk memulihkan keadaan seorang yang mengalami penyakit , ia perlu merujuk kepada seorang doctor yang mampu memulihkan perubahan fungsinya atau struktur . Bantuan seorang doctor diperlukan untuk mendiagnosis perubahan itu dengan cara – cara dan teknik yang telah diperlajarinya . Seorang doctor perlu berusaha mengembalikan keadaan asal seorang pesakit dengan lembut , cepat dan berkesan .
Seorang doctor perlu mengetahui keadaan asal seorang manusia dari segi patologinya , emosinya dan mentalnya . Kefahaman seorang doktor memahami fungsi tubuh akan nenbantu beliau membandingkan keadaan pesakit semasa sihat dan semasa sakit . Keadaan seseorang yang mengalami inflamasi atau kenanahan memberikan panduan kepada doktor untuk mengenali masalah yang di alaminya dan membuat pilihan untuk menentukan kaedah rawatan yang berkesan untuk pesakit tersebut.
Penyakit yang dialami oleh pesakit menurut perubatan moden adalah disebabkan oleh factor luaran . Kajian mereka menunjukkan bahawa patogen-patogen seperti bacteria , virus , fungus atau carsinoma atau benda asing yang masuk ke dalam system tubuh mengakibatkan kesan buruk ke atas seseorang . Bermula dengan pengeluaran symptom utama pesakit akan seterusnya mengalami perubahan demi perubahan sehinggalah penyakit itu tidak dapat dikawal jika terlambat menerima rawatan .
Oleh sebab itu penekanan kepada pembasmian punca penyakit atau persekitaran yang merangsang membiaknya vector – vector pembawa penyakit diberi perhatian khusus oleh masyarakat dan pihak berkuasa kesihatan . Penyakit-penyakit wabak kerap kali terjadi dan merebak dengan pantas di kawasan – kawasan yang berpenduduk padat dan tidak terjaga system kebersihannya . Langkah – langkah pengawalan seperti membersihkan kawasan persekitaran serta penyemburan racun pembunuh vector pembawa penyakit akan dititik – beratkan supaya wabat tersebut dapat dihindarkan .
Kedapatan juga penyakit yang diakibatkan oleh amalan – amalan buruk di dalam masyarakat yang berlaku disebabkan penyelewengan naluri fitrah kemanusian . Kerap kali penyakit ini sukar dibanteras kerana telah menjadi budaya dalam masyarakat hingga sukar untuk ditemui insan yang tidak bertentangan dengan hokum kejadian manusia itu sendiri. Norma –norma keagamaan dan ketimuran yang terhakis memporak-perandakan institusi kekeluargaan juga mengancam kesihatan pengamalnya . Usaha-usaha menyatukan penyembuhan dengan ubatan di dalam kes seumpama ini perlu disertakan dengan penekanan kepada aspek moral dan menjalani kehidupan yang bebas dari penyelewengan akhlak .
Manusia yang hidup di atas muka bumi ini perlu menjaga dan mengikuti hokum alam atau fitrah yang diciptakan oleh Allah untuk mereka . Pengabaian terhadap hukum semulajadi ini akan mencetuskan pelbagai bentuk penyakit dan gangguan mental dan emosi di dalam masyakat manusia .
Alam yang kita tinggal di dalamnya juga mempunyai peraturan yang perlu di patuhi. Kemajuan manusia sejak dari abad ke 19 hingga sekarang telah menghasilkan satu suasana yang tidak mesra kepada kelestarian alam sekitar. Meledaknya industri perkilangan berskala besar untuk memenuhi keperluan manusia dan juga menjana keuntungan kepada golongan pemodal telah menjadikan alam ini sedikit demi sedikit teranjak dari system ekologinya yang telah di atur oleh Penciptanya . Lantaran itu berlakunya pencemaran udara , air dan tanah telah mempengaruhi penurunan tahap kesihatan di kalangan manusia . Penyakit – penyakit yang tak pernah dikenali dahulu kini muncul dan mengancam kesihatan manusia . Penyakit – penyakit ini memerlukan para saintis perubatan bertungkus lumus mencari dan mencipta ubat yang dapat merawat dengan berkesan untuk menghapuskan penyakit dan mencari punca-puncanya .
Kehidupan moden yang agak kompleks hari ini kerap menimbulkan tekanan jiwa kepada golongan pekerja mahupun eksekutif . Ditambah lagi dengan gaya hidup yang santai tidak banyak melakukan aktiviti fizikal membantu meningkatkan risiko menghidap penyakit –penyakit seperti masalah tekanan darah tinggi dan yang masalah berkait dengan masalah jantung . Gaya hidup ini sangat membimbangkan kerana manusia tidak menyedari bahawa mereka sedang mendedahkan diri mereka kepada penyakit yang berkembang di dalam tubuh mereka secara senyap dan perlahan . Mereka hanya menyedari risiko penyakit tersebut hanya apabila telah berada di tahap kritikal .
Dari satu sudut pandangan yang lain wujudnya system perubatan homeopati memberikan satu dimensi baru di dalam melihat dan merawat pesakit dan penyakitnya . Homeopati tidak melihat factor luaran sebagai factor yang utama . Ia melihat kedalam diri pesakit itu sendiri dimana ia melihat bahawa ada unsure susceptibili atau wujud keadaan di dalam diri pesakit yang membuka ruang kepada penyakit untuk masuk menyerang . Ia menyebabkan gangguan kepada tenaga hayat manusia dan mengubah keharmoniannya Gangguan pada keharmonian tenaga hayat mencetuskan symptom – symptom yang boleh di lihat dari 3 dimensi iaitu fizikal , emosi dan mental .
Simptom yang muncul pada fizikal tubuh merupakan tanda yang paling asas didalam mana-mana penyakit . Jika tubuh mengalami inflamasi ia dapat mudah dikesan dan di ambil ubat yang dapat membantu meredakan kesan inflamasi tersebut . Jika terdapat ketumbuhan pada tekak contohnya menghidap tiroid itu merupakan tanda ada sesuatu yang tak kena yang mengganggu tenaga hayat . Punca kepada gangguan tersebut perlu dicari . Seorang homeopath perlu menyelidiki apa yang berlaku keatas diri pesakit dengan melihat kehidupannya dan persekitaran yang melingkungi kehidupan seperti pekerjaannya , hubungan dengan isteri keluarga dan masyarakat , tempat tinggal dan kejiranannya serta melihat kepada sejarah masa lampaunya yang telah mempengaruhi keadaan fizikalnya hari ini . Bertitik tolak dari melihat sejarah dan persekitarannya kita dapat menjangka apakah yang menjadi punca kepada masalah yang sedang dia hadapi ketika ini yang menjadi rentetan kepada apa yang berlaku diselilingnya .
Mental pula adalah medium untuk manusia berfikir , membuat pertimbangan membuat perancangan . Seorang yang berjawatan pengurus sesebuah syarikat lebih banyak menggunakan mental mereka berbanding seorang yang bekerja di bidang pembersihan . Bebanan kerja yang ditanggung oleh seorang pengurus menjadikan dia sentiasa berada dalam keadaan stress. Keluhan – keluhan yang dialaminya akan menjadikan fikirannya mudah terganggu dan untuk mendapatkan ketenangan tidak jarang insane yang seumpama ini mengambil bahan perangsang seperti minuman untuk memberikan ketenangan kepada mentalnya . Keadaan sentiasa berada dalam keadaan stress boleh menjadikan seseorang mudah mengalami penyakit –penyakit tertentu baik penyakit yang berupa penyakit akut mahupun kronik . Jika dia mengambil pendekatan proaktif untuk menangani masalah stress dan gangguan mentalnya besar kemungkinan dia dapat mengelakkan diri dari ditimpa penyakit yang tak diundang .

Dari segi emosi pula kita melihat bahawa tubuh manusia tidak dapat dipisahkan dari emosinya . Seorang yang merindui anak atau isterinya seringkali tidak dapat menumpukan kerja hariannya . Begitu juga seorang yang tertekan disebabkan oleh zaman silamnya yang pernah mengalami penderaan oleh seseorang akan merasa tidak tenteram dan terancam serta sering ketakutan . Seorang yang rumahnya berdekatan dengan sungai akan sentiasa merasa cemas sekiranya mendengar guruh di langit atau hujan berterusan yang mungkin mengakibatkan banjir di penempatannya . Gangguan – gangguan emosi ini pada perspektif homeopati mempunyai kesan yang mendalam ke atas diri pesakit . Dalam keadaan emosinya terganggu dia akan berada dalam keadaan susceptibility atau mudah untuk menerima penyakit . Keharmonian tenaga hayatnya yang mengawal system tubuhnya akan terganggu . Keadaan ini akan membuka kehadiran penyakit lain yang tiba – tiba muncul seperti ia mengalami ulser , demam , inflamasi dan lain lain gangguan berbentuk fungsi atau struktur

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s