homeopati dan raya

ketika sibuk melayan adik beradik dan ipar duai beraya ke rumah sewa aku tiba-tiba noi dan bedah bertanya kepada isteriku ada panadol tak . Isteriku kata kat rumah ni dah lama tak ada panadol yang ada hanya penawar homeopati . barangkali nak menjaga hati aku maka mereka berdua pun mintak penawar homeopati aku untuk merawat demam dan selsema mereka .
katanya malam tadi mereka tidur di hotel dalam keadaan sejuk aircond . bangun pagi terus nak demam dan rasa seram sejuk . dengan niat nak tolong aku pun ambil sebotol aconite 6 , mereka makan kat situ jugak . dalam jangkaan aku dalam beberapa jam baik lah demam selsema mereka .
lepas makan – makan kami bergerak kerumah pak lang . dihidangkan dengan mee bandung muar .
sedapnya boleh tahan . kuahnya dibeli dah siap dimuar memangah sedap .
esoknya lepas semua orang dah pakat balik ke kampung isteriku buka cerita si noi tanya kepada mak lang ada tak simpan panadol . mak lang pun hulurkan 4 biji panadol untuk melegakan demam dan selsema mereka anak beranak.

aku tak berkecil hati dengan gelagat mereka yang tidak mempercayai homeopati . bagi aku kerana telah sebati dalam fikiran kita yang ubat berunsur dadah saja yang menyembuhkan maka sampai bila-bila pun mereka akan gunakan ubat berteraskan dadah .

ubat berunsur dadah ini amat cepat bertindak kerana itu ia dipanggil pain killer untuk meredakan kesakitan dalam tempoh segera . ia juga dipanggil wonder drug . terpesona dengan slogan itu maka berduyun – duyun orang ramai bergantung sepenuh hati kepada ubat tersebut walaupun ia mempunyai kesan buruk jangka panjang .
bagi aku takpelah kalau mereka tak mahu . itu adalah pilihan mereka . yang penting aku berupaya menjaga keluarga ku dari terperangkap dengan gejala dadah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s