aku menelusuri dunia derivatif

selepas membuat kajian atau lebih tepat carian dan bacaan ( kerana orang akan memperlekeh kalau aku guna istilah kajian kerana pandangan mereka istilah itu hanya sesuai jika seseorang mendaftar di mana – mana Ipta ipts UNTUK membuat master atau phd ) bank dari sudut operasinya yang berteraskan federal reserve requirement . kali ini aku ingin melihat pula elemen pelaburan yang dilakukan oleh bank menggunakan instrumen derivatif.
sungguh memeranjatkan apabila aku membaca buku ellen hougdson berjudul web debt yang menyebut punca kejatuhan bank pelaburan di US seperti Meryll lynch , solomon brother , AIG dan lain – lain adalah kerana keterlibatan mereka dalam satu bentuk perjudian raksasa di peringkat antara bangsa . ia bukan seperti perjudian yang disertai oleh orang kebanyakan yang membeli nombor ekor atau loteri di kedai judi . sebaliknya bank-bank pelaburan ini bermain judi yang membabitkan pasaran hadapan seperti derivatf , opsyen , dan swap .

apa itu pasaran hadapan? aku rasa ramai yang pernah mendengarnya di tv atau suratkabar . untuk mengetahui dengan lebih lanjut aku telah mencari di dalam beberapa sumber antaranya bekas pelajar uitm yang pernah mengambil jurusan investment analysis , laman – laman web yang memperkatakan derivatif , buku oleh seorang profesor di universiti california dr Jorion .
jenuh juga nak memahamkan apakah yang ditafsirkan derivati sebagai satu bentuk perjudian . kalau tanya kepada orang yang belajar secara tersusun di universiti tentunya mengatakan tidak ada salahnya dengan derivatif . ini kerana menurut buku buku yang digunakan di alam akedemik menyatakan ia adalah sebagai langkah mengelakkan kerugian akibat turun naik harga sesuatu komoditi atau produk kewangan seperti saham dan interes. dengan menetapkan harga belian pada masa hadapan dengan satu kadar harga yang munasabah .
rasionalnya adalah supaya seseorang tidak akan mengalami kerugian jika ia membeli pada satu tempoh masa depan dimana jika harga komoditi itu naik melambung sehingga ia terpaksa membayar dengan jumlah yang terlalu tinggi .dan jika sebaliknya jika seseorang nak menjual di masa hadapan dan ia nak mengelakan harga merudum maka dia boleh menetapkan harga pada jumlah yang dirasakan sesuai untuk mengelakkan ia kerugian jika sekiranya harga turun .
senang cerita ia ibarat satu insuran untuk mengelakkan seseorang individu mengalami kerugian dalam urusniaga . sama seperti orang yang mengambil perlindungan takaful untuk mengelakkan kerugian akibat mendapat musibah tertentu .

jadi apa yang tidak kena dengan derivatif ?
dengan membaca buku diatas aku mula mendapat jawabanya . instrumen kewangan ini sebenarnya ibarat parang yang bermata dua . ia boleh mmbawa kebaikan dan boleh membawa keburukan . untuk meneka sesuatu yang akan berlaku dimasa hadapan merupakan satu perkara yang mustahil . apa yang boleh dilakukan oleh manusia adalh membuat ramalan .

apakah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh individu yang melanggani derivatif yang berupa saham, interest , komoditi dan lain-lain jika harga menjunam melepasi harga yang dibeli dengan harga masa depan . andaikan seseorang membeli saham dengan harga masa depan sebanyak 2.70 sesaham . harga masa kini adalah 2.80 . pelabur cuba membeli saham kerana takut risiko menjunamnya harga saham ke paras yang lebih tinggi di masa hadapan maka ia akan mengalami kerugian jika membeli pada masa hadapan .

tetiba ramalan yang diunjurkan tidak menjadi . harga sesaham yang diramal akan meningkat menjadi sebaliknya . harganya menurun keparas hingga serendah 2.50 sesaham . maka barang tentulah ia telah mengalami kerugian kerana margin harga sebenar dengan harga masa depan yang diramalan berbeza sebanyak .30 sen sesaham . andaikan dia melabur sehingga 1 juta dengan harga sesaham 2.70 dia akan memperolehi sebanyak 370,370 saham . apabila harga saham turun hingga 2.50 sesaham dia akan mendapat 400,000 saham .

bersambung 1.14 am 29/8/2011

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s