aku dan kawan yang kena masalah prostate

hari ahad yang lepas aku dikejutkan dengan berita zoul kadir rakan wan yang baru-baru ni dimasukkan ke hospital . katanya dia mengalami masalah prostat yang membengkak . dia tak boleh kencing dan merasai kesakitan yang amat sangat . dia terus dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan di hospital pakar sultan abdul samad , dia terus masuk ke icu dan ditebuk saluran kencingnya dan dimasukkan salur getah untuk membolehkan dia kencing melalui salur tersebut . mujurlah dia seorang agen insuran yang sudah tentu mempunyai medical card untuk mendapat rawatan kecemasan di hospital swasta . kalu tidak tentu dia terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan .

bila dengar cerita tentang sakit prostat ni aku pulak rasa ngeri dan nyeri . maklumlah zoul tu ada medical card , apa-apa hal boleh bawak kes ke hospital pakar. lepas dengar cerita aku rasa macam pundi kencing aku pulak yang rasa macam sakit . sekali tu aku rasa macam tak boleh kencing setelah lama nyangkung di bilik air . mujurlah bila aku buka mata saluran kencing aku terbuka dan boleh lah aku kencing . tapi ia keluar dengan rasa yang amat sakit mencucuk .

kali ni aku macam malas nak guna homeopati . aku mahu ilmu baru yang aku pelajari iaitu naturopati . aku pun buka dua buku naturopati kedua-duanya menyebut fungsi biji labu untuk mengatasi masalah prostat , malangnya kat rumah ni ta de buah labu , aku pun buka buku satu lagi , mujurlah dalam buku tu ada sebut satu bahan yang memang ada dalam rumah ku untuk merawat masalah kencing sakit ; soya . aku pun ambil kacang soya sebanyak 100 gram dan rendam dalam air selama semalaman , esoknya bila nak sahur aku pun blend sampai lumat pastu aku masak dengan seperiuk air .

alhamdulillah keesokan harinya aku rasa sakit ketika kencing berkurang dan tidak lah seperit sebelum tu . mungkin semasa bulan ramadan ni aku kurang minum air menyebabkan saluran kencing menjadi sakit dan pedih tiap kali nak kencing

kini aku dapat sikit keyakinan walaupun aku dan keluarga tidak mampu membeli medical kad tetapi dengan ilmu homeopati dan naturopati aku rasa aku dah ada dua medical kad yang bernilai berjuta – juta ringgit berbanding yang ditawarkan oleh prudential dan syarikat insuran yang lain

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s