wang , bank dan anda

ramai orang yang terperangkap dalam hutang apabila membeli rumah , semasa membeli mereka teruja dengan kos interest yang rendah dan bayaran ansuran yang telah diambil kira tahap kemampuan sendiri untuk membayarnya . berdasarkan gaji terkini seseorang akan membuat kira-kira untuk menilai tahap kemampuannya memenuhi komitmen pembayaran setiap bulan kepada bank ,disamping melihat komitmen lain yang perlu dipatuhi .
selepas itu kita akan meninjau pula jumlah simpanan yang dimiliki samada cukup untuk mengadakan deposit awal untuk diserahkan kepada pemaju dan bayaran lain yang melibatkan kos guaman , duti stem dan lain-lain .
selepas itu proses pembelian pun berlangsung . kedua pihak gembira , pihak bank gembira kerana akan mendapat cicilan setiap bulan dari hasil titik peluh pembeli , sementara pihak pembeli pula gembira kerana bakal memiliki rumah idaman untuk memenuhi hasrat memiliki kediaman sendiri setelah lama bergelar penyewa .
kemudian setelah rumah siap lalu pembeli menerima kunci dari pihak pemaju . proses menepung tawar untuk memasuki rumah pun bermula . namun tidak berpuas hati dengan reka hias yang sedia ada atau kelengkapan dalaman yang tidak sempurna maka ramai dikalangan kita yang membuat pinjaman peribadi untuk membuat ubah elok terhadap rumah yang baru diduduki .

namun kegembiraan itu tidak berakhir dengan senyuman untuk semua orang . ada yang mampu memiliki rumah idamannya apabila habis tempoh pembayaran selama 20-30 . tetapi tidak sedikit yang terpaksa menelan kepahitan apabila hanya sempat mendudukinya untuk beberapa tahun sahaja . disangka hujan hingga ke petang rupanya gerimis di tengahari . rumah yang sempat didiami tiba – tiba direbut oleh pihak bank untuk disita dan di lelong . bukan kerana diri sendiri tidak memenuhi janji terhadap along bank . tetapi kemuraman ekonomi menyebabkan kehilangan punca pendapatan atau gaji yang diperolehi terpaksa dikurangkan . baru kini kita tersedar wajah sebenar bank yang kita sangka manis dan penuh kejujuran untuk menolong rupa-rupa nya along yang menanti untuk melelong aset yang kita miliki .

mengapa ini terjadi . benarkah kemuraman ekonomi memang satu fenomena alam yang tidak boleh dielakkan . crunch credit di US , Krisis kewangan di asia , muflisnya greece dan iceland , penutupan bank pelaburan terbesar di dunia adakah sesuatu yang berlaku secara kebetulan . apakah kejadian yang berlaku di luar sana ada kaitan dengan suasana ekonomi di dalam negara . apakah situasi ekonomi di dalam negara tidak mempunyai peranan utama menyebabkan kejatuhan ekonomi negara .

kesemuanya memberikan aku motivasi untuk mencari apakah punca sebenar yang menyebabkan ekonomi dunia berdenyut seperti systolic dan dystolic dalam jantung manusia .

pertama yang aku lihat adalah wang atau sistem wang yang wujud pada masa kini . rujukan utama aku di awal pencarian adalah tulisan – tulisan Tarek Diwany di dalam laman webnya yang menyentuh tentang isu wang dan perbankan moden . dia menyebut punca kepada segala masalah ekonomi dunia adalah disebabkan oleh bank yang mengamalkan sistem riba . Dia menyebut bahawa riba boleh menyebabkan wang yang digunakan untuk membayar hutang tidak mencukupi kerana terpaksa ditambah dengan kos interest .
aku tidak dapat menggambarkan bagaimana yang dikatakan wang itu tidak mencukupi dipasaran untuk membayar kos interest sedangkan setiap orang bekerja dan mendapat hasil dari pekerjaan dan perniagaannya . persoalan itu terbiar tidak dapat aku jawab hingga tamat 2 semester pengajian di kolej .
untuk memudahkan gambaran cuba kita bayangkan seorang yang berkerja mendapat gaji sebanyak 5k sebulan . dia sibuk berbelanja hingga di luar kemampuannya . cara nak dapat duit mudah adalah dengan membuat kad kredit sehingga dia memiliki lebih dari satu kad dan membelanjakan hingga habis kredit limit . dia juga menanggung hutang rumah kereta dan pinjaman peribadi . akhirnya dia terperangkap dalam bebanan hutang dan gaji yang diterima setiap bulan tidak dapat menampung pembayaran segala hutang piutangnya .
gambarkan situasi diatas untuk sebuah negara dan rakyatnya . ikut statistik bank negara wang yang dalam edaran berbentuk wang kertas dan syiling hanya lebih kurang 53 bilion sahaja . sebaliknya wang yang terhasil melalui hutang yang dipanggil M1 telah berjumlah lebih 1 trilion . cuba bayangkan dalam sebulan permohonan pinjaman untuk membiayai rumah boleh mencecah berbilion ringgit tu tak termasuk pinjaman – pinjaman lain . so akhirnya jumlah wang yang beredar dalam pasaran terpaksa direbut oleh jutaan orang yang membuat pinjaman – pinjaman tersebut . agak – agak cukup tak wang yang dalam edaran tu untuk digunakan membayar hutang yang berjumlah 1 trilion tu . kemudian dari hutang tersebut kita pula kena bayar interest yang dikenakan oleh pihak bank konvensional dan profit kepada perbankan islam yang ratenya lebih kurang sama sahaja .
tarek juga menyebut tentang bahana perbankan moden yang menggunakan sistem fractional reserve requirement untuk memberikan pinjaman . aku hampir berputus asa kerana ini adalah suatu istilah yang biasa di dengar dalam pengajian ekonomi dan tidak ada salahnya dengan sistem ini , sepanjang yang aku tahu . ia hanya satu peraturan yang mewajibkan pihak bank menyimpan sebahagian deposit di dalam bank negara untuk mudah tunai . aku tak tahu di mana nak dapatkan sumber kerana tarek membahaskan isu ini dengan panjang lebar di dalam bukunya berjudul the problem with interest yang hanya boleh diperolehi dengan cara pembelian .

pencarian aku tentang frr ini berakhir apabila aku menemui satu video youtube yang bertajuk debt as money . Ia memudahkan aku memahami frr secara visual apaka yang dimaksudkan dengan create money out of nothing atau out of thin air . youtube ni boleh di lihat bertajuk money of debts yang disediakan oleh paul grignon .

terkejut beruk aku melihat penerangan bahawa yang dalam edaran hari ini majoritinya adalah dihasilkan dari hutang yang dibuat oleh kita Opps anda semua ( kerana aku tidak pernah buat hutang dengan bank ) . Percayakan anda apabila anda membuat loan rumah , kereta , peribadi atau perniagaan bank komersial akan mencipta wang dengan menekan button komputer maka akan terhasil lah wang dalam akaun bank sebagai aset dan dalam akaun anda sebagai liabiliti . semudah itukah wang dihasilkan . ya bank mencipta wang hasil dari janji anda untuk membayar balik hutang dalam tempoh tertentu .

katakanlah anda ingin membuat loan peribadi sebanyak RM 10k sebenarnya wang itu tidak ada dan dalam akaun bank dan anda hanya mendapat wang itu selepas anda menandatangani perjanjian pinjaman . wang itu diambil dari deposit yang dimasukkan oleh pihak penerima wang samada dia menerima sebagai bayaran barang yang dijual secara hutang atau wang tunai yang dimasukkan oleh pendeposit .

Untuk memudahkan kefahaman anda andaikan sebuah bank menerima wang dari seorang pendeposit berjumlah $ 1000 . berapakah yang boleh dipinjamkan oleh bank dari $ 1000 tersebut . Jawapan anda tentulah $ 1000 . namun jawapannya adalah lebih dari itu bergantung kepada berapa jumlah rezab yang perlu disimpan oleh bank . Contohnya jika Bank pusat menetapkan rezab yang perlu disimpan adalah 2% maka pihak bank boleh memberi pinjaman hingga $ 10,000 . pelik bukan bagaimana jadi begitu . Lihat formula ini 1/ r x deposit . R adalah jumlah peratus rezab yang mesti disimpan oleh pihak bank untuk mudah tunai .
1/ 2% x 1000 = 10,000
Ya , $ 10,000 wang boleh dicipta oleh pihak bank tanpa perlu membuat apa-apa kerja sebagaimana seorang peladang yang mengusahakan 20 ekar ladang sawit untuk meraih pendapatan $ 10 k hasil menjual buah sawit . tetapi bank boleh menetaskan 10 k tanpa apa ā€“ apa usaha , hanya dengan keupayaan menyimpan dan memberi pinjam wang kepada orang ramai yang memerlukan wang . Andaikan dari 10 k itu bank boleh mengenakan interest sebanyak 7% selama 5 tahun cuba bilang haisl interest yang diperolehi oleh bank .

P x i^5
10000 x 7%^5 = 15,007

wah bayangkan dalam masa 7 tahun boleh buat untung 5 ribu hasil interest dari 10,000 yang terhasil dari money multiplier atau money creation atau fractional reserve requirement . Patutlah Albert Enstein pun menggelar compound interest adalah boleh di anggap salah satu dari benda ajaib di dunia . Subhanallah . Itu baru interest dari wang baru yang terhasil dari janji penghutang untuk membayar dalam tempoh 5 tahun . Bagaimana jika pinjaman itu mencecah 100,000 senang-senang bank boleh dapat 50,000 dalam masa tersebut . Realitinya pinjaman yang diberikan oleh bank mencecah puluhan bilion setiap bulan yang boleh menjana jutaan bahkan bilion hasil dari interest .

Hakikatnya ramai yang tak ambil kisah tentang kesan buruk dari money creation ini kerana lebih meyakini huraian ilmiah buku ā€“ buku akedemik di dalam universiti atau kolej . Keterangan tentang penciptaan wang atau m1 m2 m3 hanya berkisar tentang deposit tetapi tidak menjelaskan dari mana datangnya deposit itu . Juga ia tidak menerangkan kaitan deposit atau m 123 itu dengan inflasi dan bebanan yang perlu ditanggung oleh masyarakat apabila berlakunya inflasi .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s