Hapus salahtanggapan tentang bajet

Hapus salahtanggapan tentang bajet
Apabila anda mendengar perkataan bajet anda mungkin beranggapan ia tidak penting dan anda tidak punya masa untuk melakukannya .
Ada dua jawapan kenapa seseorang tidak mahu melakukan bajet peribadi . Jadi dengan sebab itu tidak memeranjatkan bilangan bankrapsi meningkat dari tahun ke tahun .

Melakukan bajet amat perlu untuk mengelakkan kehidupan kita terjerumus ke dalam masalah . dengan membuat bajet anda akan menguruskan wang anda dengan bertanggungjawab . Ramai orang tidak beranggapan perancangan kewangan adalah penting dalam perniagaan dan mengurus harta peribadi . lagi awal anda mulakan lagi bagus .

Kenapa kita kena buat bajet?
Menghadkan perbelanjaan .

Satu perancangan kewangan yang bagus perlu meletakkan had bagi jumlah wang yang dibelanjakan dan membuat catatan jumlah wang yang telah dibelanjakan atau pendapatan yang diperolehi . . baki hutang yang perlu dibayar simpanan persaraan dan kecemasan

Mampu mengesan perbelanjaan

Kebiasaanya kita tidak dapat mengesan kemana dan bagaimana kita membelanjakan wang kita . Selalunya kita payah untuk mengingati ke mana kita belanjakan wang kita dan wang ini di dibazirkan untuk membeli barang yang kurang berfaedah . Bajet akan membantu mengelak perkara ini dari berlaku dan menjadikan kita bertanggungjawab keatas wang yang kita belanjakan setiap hari .

Membentuk budaya berbelanja bijak

Bajet memberikan gambaran tepat berapa banyak jumlah yang mampu kita usahakan untuk membayar harga barang keperluan seperti rumah , kereta atau televisyen baru . Kita boleh menilai samada barang yang kita beli itu berada di bawah kemampuan kita atau sebaliknya . Ini akan bertindak sebagai pengawal dari kita berbelanja diluar kawalan dan kemampuan .

Mampu mengenali tabiat berbelanja

Sangat-sangat membantu jika anda dapat mengesan perbelanjaan anda sekrang . Melihat semula statement bank untuk mendapatkan idea perbelanjaan bulanan dan pendapatan bulanan anda . Kemudian analisa setiap perbelanjaan anda dalam masa sebulan kemana wang anda mengalir . Apabila anda dapat mengesan tabiat perbelanjaan anda , anda dapat kenal pasti apakah perbelanjaan yang perlu dipotong sekiranya ia tidak begitu mendesak .

Dimana nak mula ?

Untuk membuat bajet yang elok perkara pertama yang perlu diambil kira ialah melihat apakah perbelanjaan yang tak boleh dielakan dan apakah perbelanjaan yang boleh elakkan

Perbelanjaan tetap yang tak boleh dielakkan adalah seperti bayaran rumah , dan pinjaman peribadi . Sementara yang boleh dielakkan seperti perbelanjaan membeli akhbar , baju dan makan luar . Memotong belanja yang tidak perlu ini lebih mudah kerana ia tidak membabitkan tanggungjawab kita kepada orang lain .

Gunakan kad kredit dengan bijak .

Kad kredit merupakan satu barang keperluan hari ini , tetapi ia boleh mengganggu bajet anda kerana ia mengenakan caj interest yang sangat tinggi. Untuk mengelakkan perbelanjaan yang tidak terancang elakkan gunakan kad kredit atau bayar hutang kad kredit sebelum sampai tempoh wajib bayar yang ditetapkan untuk mengelakkan dikenakan penalti . Jika kita ada duit lebih bayarah lebih dari jumlah bayaran minima yang ditetapkan . Kurangkan berbelanja dengan menggunakan kad kredit . Sebaiknya anda gunakan kad kredit hanya pada perkara yang benar- benar mendesak sahaja .

Bawa bekal ke tempat kerja

Menu yang simple di kedai , warung atau restoran kegemaran anda mungkin berharga RM 5-10 . Kalau anda bawa bekal dari rumah 2-3 kali seminggu anda boleh menjimatkan sehingga RM 120 sebulan atau RM 1440 setahun . Bukankah ini baik untuk anda cuba .

Berbelanja dengan bijak .

Beberapa tip yang baik untuk anda amalkan ketika berbelanja . Senaraikan barangan yang anda hendak beli dan beli hanya barang yang ada dalam list . Apa saja barang lain yang anda nampak dan terniat nak beli secara spontan dianggap pembelian yang tidak bijak .

Berbelanja ketika perut kenyang . Elakkan berbelanja ketika lapar kerana anda akan membeli makanan yang berlebihan. Elakkan juga window shopping kerana ia akan berakhir dengan anda terpaksa membeli sesuatu . Habiskan masa dengan keluarga atau menziarahi keluarga atau kawan dari bersiar-siar di tempat membeli belah .

Kongsi majalah dan buku .

Ramai dikalangan kita berbelanja sehingga RM 100 sebulan unuk membeli majalah atau buku. Berkongsi kos membeli majalah sesama kawan-kawan adalah langkah bijak menjimatkan wang anda . Atau anda boleh cuba membeli majalah terpakai .

Hari ini banyak kedai menjual majalah terpakai yang menyediakan pelbagai judul berkaitan cinta , politk dan banyak lagi . Banyak lagi yang boleh anda kurangkan sebenarnya jika ia berkait dengan perbelanjaan yang tidak tetap .

Mengurangkan belanja tetap adalah lebih sukar kerana ia memerlukan pengorbanan . Kita mungkin terpaksa menjual rumah dan menyewa rumah yang lebih kecil dan murah untuk menyesuaikan dengan bajet kita .

Kita juga boleh menjual kereta dan gunakan kenderaan awam . Tetapi harus diingat ketiadaan kenderaan mungkin bersifat sementara . Ini kerana anda mungkin akan membelinya lagi pada masa depan .

Bajet yang idea .

Apakah bajet yang paling ideal ? Menurut pakar bajet yang paling ideal mestilah memiliki komposisi berikut :

Keperluan Peratus
Perbelanjaan 60%
Simpanan jangka pendek 10%
Simpann jangka panjang 10%
Hiburan 10%
Pelan persaraan 10%

Akhir sekali yang paling penting adalah disiplin . Seperti diet kita perlu disiplin untuk berjaya membuat bajet dan melaksanakannya . Mulanya memang sukar , tapi apabila kita telah terbiasa ia akan menjadi mudah . Dapatkan sokongan dari keluarga untuk membantu melaksanakan apa yang telah anda `bajetkan ` .

jadi untuk anda yang menanggung hutang yang bertimbun inilah masanya untuk anda menyemak kembali bajet anda dengan serius dan ambillah langkah pembetulan yang serius untuk menyelesaikan masalah . Dan bagi mereka yang memiliki lebihan pendapatan uruslah bajet dengan serius dan tambahlah aset anda .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s