Wang tanpa interest dan inflasi

BAB SATU

Empat salah pandangan tentang wang

setiap hari hampir setiap orang diatas planet ini menggunakan wang . Malangnya hanya sedikit yang memahami bagaimana wang berfungsi dan kesannya keatas kehidupan mereka secara langsung dan tidak langung . Mari ita lihat secara lebih dekat apakah wang sebenarnya dan apa yang berlaku sekiranya kehidupan kita tanpa wang .

Pertama , berita baik : wang adalah salah satu ciptaan hebat manusia , ia membantu pertukaran barangan dan perkhidmatan dan menghadkan penggunaan sistem barter iaitu pertukaran barangan dan perkhidmatan secara langsung. Sebagai contoh jika anda tinggal di sebuah kampung kecil dimana kehidupan mereka dilakukan secara barter dan anda menghasilkan satu kerja seni tetapi tida ada siapa yang hendak membeli hasil kerja anda melainkan dengan selipar jepun maka anda akan terpaksa menukar kerjaya kepada bidang lain . Oleh kerana itu wang mencipta kemungkinan wujudnya kerjaya khusus yang menjadi asas kepada ketamadunan . Kemudian kenapa kita menghadapi masalah wang ?

Kemudian berita buruknya pula adalah : wang tidak hanya membantu melaksanakan pertukaran barangan dan perkhidmatan tetapi ia juga boleh menghalang pertukan barangan dan perkhidmatan dengan disimpan di dalam tangan orang yang mempunyai wang melebihi keperluan . Ia mencipta pintu tol persendirian dimana mereka yang mempunyai wang yang kurang dari keperluan mereka terpaksa membayar upah kepada mereka yang mempunyai lebihan wang . Ini bukanlah satu akad yang baik antara kedua belah pihak . Sebenarnya sistem kewangan moden hari ini boleh diistilahkan unconstitutional di dalam negara demokratik , nanti saya akan jelaskan kemudian . Sebelum kita pergi lebih lanjut baik saya kataka bahawa ada kemungkinan ada lebih dari empa salah konsep tentang wang . Kepercayaan kita tentang wang membalikkan kepercayaan kita tentang dunia yang kita diami , dan dan mereka itu sebanyak jumlah manusia yang tinggal di planet ini . Apapun empat salah konsep tentang wang ini aka dibincangkan di dalam halaman berikut adalah pandangan kebanyakan manusia ntang sistem kewangan dan apakah mekanisme kita perlukan untuk mengubahnya .

Salah konsep yang pertama : hanya ada satu jenis pertumbuhan .

Salah konssep pertama berhubung dengan pertumbuhan . Kita cenderung percaya bahawa hanya ada satu jenis pertumbuhan , iaitu pertumbuhan yang berbentuk semulajadi yang kita sendiri alami . Figure 1 menunjukkan secara umum pelbagai bentuk pertumbuhan.

Lengkungan A mewakili satu bentuk yang ideal iaitu bentuk pertumbuhan fizikal yang biasa secara semulajadi contohnya tubuh badan kita , haiwan dan tumbuhan . Kita membesar dengan cepat semasa di awal usia kemudian perkemabangan kita menjadi perlahan ketika remaja dan berhenti membesar apabila telah mencecah usia 20an . Ini bagaimanapun tidak menahan kita dari membesar dari segi qualiti berbanding quantiti .

Lengkungan B pula adalah satu perkembangan berbentuk linear atau mekanikal seperti mesin mengeluarkan barangan seperti loji arang batu menghasilkan lebih tenaga apabila arang batunya di tambah . Ia akan berakhir apabila arang batu habis atau tidak ditambah .

Lengkungan C pula mewakili perkembangan berbentuk eksponen yang boleh diterangkan sebagai berlawanan samasekali dengan lengkungan A , ia bergerak perlahan di awal tetapi semakin laju

di peringkat akhir . Di dalam bahagian fizikal perkembangan seumpama ini berlaku dalam kes penyakit seperti kanser yang mana ia perlahan di peringkat permulaan tetapi perkembangannya tidak terkawal diperingkat akhir . Perkembangan eksponan biasanya berakhir dengan kematian kepada pengidapnya .

Berasaskan kepada interest dan compounded interest , wang kita menjadi dua kali ganda pada tempoh tertentu , ia mengikuti perkembangan berbentuk eksponen. Ini menerankan kit kenapa sistem kewangan hari ini bermasalah . Interest hakikatnya adalah seperti barah di dalam struktur masyarakat kita .

 

Gambarajah 2

gambarajah 2 menunjukkan tempoh masa yang diperlukan oleh duit kita untuk menjadi dua kali ganda mengikut kadar kompound interest :

  • pada kadar 3 % 24 tahun
  • pada kadar 4 % 12 tahun
  • pada kadar 12 % 6 tahun .Pada kadar 1% kompound interest , kita dapati ia akan menjadi sekali ganda dalam tempoh 72 tahun .

Tubuh kita mengalami perkembangan fizikal secara semulajadi dan akan berhenti berkemabang apabila telah sampai kepada saiz yang tertentu . Oleh kerana itu adalah sukar untuk manusia memahami kesan sepenuhnya perkembangan eksponen di dalam bentuk fizikal .

Fenomena ini boleh didemonstrasikan dengan baik melalui cerita maharaja Parsi yang sangat gembira dengan satu permainan baru yang hari ini dipanggil chess dan dia mahu memenuhi segala kehendak pencipta permainan tersebut . Pereka itu seorang ahli matematik yang bijak . Dia hanya minta sebiji gandum pada petak chess yang pertama . Kemudian jumlah gandum itu akan digandakan pada setiap petak berikutnya . Maharaja tersebut mulanya gembira dengan permintaan yang dikira mudah dipenuhi tetapi kemudian beliau terperanjat bahawa sebenarnya permitaan itu jika dipenuhi sehingga petak yang ke 64 akan menyamai 440 kali pengeluaran gandum seluruh planet bumi .

Satu perbandingan yang serupa tetapi lebih kena dengan topik kita iaitu satu penny jika dilaburkan ketika kelahiran Nabi Isa pada kadar kadar 4 % akan dapat membeli bola emas yang menyamai berat bumi pada tahun 1750 . Pada tahun 1990 ia dapat membeli 8190 bola emas . Jika pada kadar 5% ia boleh membeli satu biji bola emas pada tahun 1466 , menjelang tahun 1990 ia boleh membeli 2200 bilion bola emas yang setiap bola itu seberat bumi ini . Contoh diatas mennjukkan perbezaan besar walaupun perbezaan nilainya hanya 1%. ia juga membuktikan bahawa bayaran interest compounded interest secara berterusan dan secara matematiknya adalah mustahil . Keperluan ekonomi dan mustahil dari sudut matematik menerbitkan satu kontradik – dalam usaha untuk mengatasi – telah membawa kepada permusuhan , peperangan dan revolusi di masa lalu .

Solusi kepada masalah ini adalah disebabkan pertumbuhan secara eksponen masa kini yang perlu mencipta satu sistem kewangan yang menuruti acuan pertumbuhan semulajadi. Ia perlu mengganti interest dengan mekanisme lain untuk membenarkan wang berada di dalam edaran . Ini akan di bincangkan di dalam chapter kedua nanti .

Gambarajah 3

Salah konsep kedua : KITA HANYA MEMBAYAR INTEREST APABILA KITA MEMINJAM WANG .

Satu sebab seterusnya kenapa sukar bagi kita untuk fahami kesan sepenuhnya dari mekanisme interest terhadap sistem kewangan kita adalah ia bergerak di dalam cara tersembunyi . Jumlah yang tepat berbeza menurut kos buruh dan kos modal bagi apa – apa barang dan perkhidmatan yang kita beli . Banyak contoh menjadi petunjuk perbezaan tersebut dengan jelas . Saham modal di dalam perkhidmatan mengutip sampah berjumlah 12 % kerana kos modal adalah rendah berbanding kos upah buruh . Ini berubah di dalam usaha mengeluarkan air minuman dimana kadar kos modal sebanyak 38

% dan meningkat lebih besar di dalam pembinaan perumahan hingga mencecah 77%. secar purata kita membayar 50% untuk kos modal didalam setiap barangan dan perkhidmatan yang disediakan .

Oleh kerana itu jika kita dapat menghapuskan riba dan menggantikannya dengan mekanisme lain untuk mengekalkan wang di dalam edaran , kebanyakan kita boleh hidup lebih mewah atau hanya perlu kerja separuh dari masa bekerja sekarang untuk mengekalkan taraf hidup sekarang .

Salah konsep ketiga : DI DALAM SISTEM KEWANGAN SEKARANG KITA ADALAH SETARA MENGALAMI KESAN DARI INTEREST

salah konsep ketiga ini berkaitan sistem kewangan kita mungkin boleh diformulakan seperti berikut : kerana setiap orang kena membayar interest apabila meminjam wang atau membeli barangan dan perkhidmatan , kita adalah setara menerima layanan dari sistem kewangan hari ini .

Tidak betul sebenarnya . Ada perbezaan besar ke atas siapa yang mendapat laba dan siapa yang menanggung pembayaran di dalam sistem ini . Gambajah 4 menunjukkan satu perbandingan dari interest yang dibayar dan pulangan yang diperolehi dari interest di dalam sepuluh segmen penduduk German . Ia menunjuk bahawa lapan segmen yang pertama penduduk membayar lebih dari interest yang mereka perolehi , segmen ketiga menerima lebih sikit dari interest yang dibayar dan segmen ke sepuluh menerima dua kali ganda dari interest yang terpaksa dibayar . Segmen penduduk ke sepuluh menerima interest yang dibayar oleh kerugian yang ditanggung oleh lapan segmen penduduk pertama tadi . Ini menjelaskan secara grafik dengan cara yang mudah dan terus , mengapa si kaya bertambah kaya dan si miskin semakin miskin .

Jika kita ambil perhati dengan lebih terperinci pada segmen penduduk yang ke sepuluh dari sudut pulangan dari interest , bentuk exponen lain akan terbentuk . Bagi segmen 1% terakhir penduduk pulangan mereka membesar sehingga 15 kali . Bagi 0.01% pula ia boleh membesar sehingga 2000 kali.

Di dalam lain perkataan , melalui sistem kewangan kita , kita membenarkan amalan mekanisme tersembunyi pengagihan semula yang secara berterusan memindahkan wang dari golongan yang punya sedikit wang berbanding keperluan mereka kepada golongan yang mempunyai lebih banyak wang dari keperluan mereka . Ini adalah satu perbezaan dan jauh lebih tidak ketara dan berkesan dalam mengekpoitasi berbanding apa yang cuba ditentang oleh Marx . Tiada persoalan yang dia berada dalam kebenaran dalam menuding kepada sumber nilai tambah dalam bulatan kitaran pengeluaran . Pengagihan nilai tambah itu pula bagaimanapun berlaku kepada saiz keluasan yang besar di dalam kitaran pengeluaran . Ini boleh dilihat lebih jeas hari ini berbanding di zaman beliau . Sejumlah wang yang sangat besar terhimpun di tangan beberapa individu dan korporat . Secara mdah lebihan aliran tunai yang merujuk kepada wang yang terapung di seluruh dunia menuju kemana sahaja pertumbuhan yang boleh dijangka meliputi perubahan nilai matawang atau perubahan kadar saham , telah meningkat dua kali ganda sejak 1980 . Perubahan harian matawang di New York sahaja telah meningkat dari $18 bilion kepada $ 50 bilion antara tahun 1980 dan 1986 . bank dunia menganggarkan bahawa skala transaksi wang di seluruh dunia adalah 15 hingga 20 kali lebih besar dari pembiayaan untuk perdagangan dunia .

Interest dan kompound interes tidak hanya mencipta satu dorongan kepada penyakit pertumbuhan ekonomi tetapi Dieter Suhr telah menekankan , ia berperanan menentang hak – hak asasi setiap individu menurut perlembagaan di kebanyakan negara . Jika perlembagaan menjamin persamaan setiap individu untuk mencapai khidmat kerajaan – dan sistem wang didefinisikan sebegitu – kemudian adalah menyalahi undang-undang jika 10% dari penduduk berterusan menerima lebih dari apa yang mereka bayar untuk khidmat tersebut yang ditanggung oleh 80 % dari penduduk yang menerima kurang dari apa yang mereka bayar .

Ia kelihatan seperti jika satu perubahan berlaku di dalam sistem kewangan akan hanya memberii khidmat kepada 80% sahaja dari penduduk , iaitu siapa yang pada hari ini membayar lebih dari apa yang mereka dapat . Bagaimanapun saya akan tunjukkan dalam chapter 3 bahawa setiap orang mendapat keuntungan dari satu cara penyelesaian , hinggakan mereka yang mendapat keuntunga dari sistem yang membarah yang sedang berlangsung sekarang

Salah konsep ke empat : INFLASI ADALAH SATU JUZUK DARI EKONOMI PASARAN TERBUKA

Salah konsep keempat ini berhubung dengan peranan inflasi di dalam sistem ekonomi . Kebanyakan orang melihat inflasi sebagai satu bahagian bersepadu dari mana -mana sistem ekonomi . Ia hampir semulajadi sejak tidak ada sebuah pun negara kapitalis didunia ini yang tidak mengalami inflasi . Gambarajah ke 5 , pembangunan pelbagai petunjuk ekonomi menunjukkan beberapa faktor yang menyebabkan inflasi . Ketika pendapatan kerajaan , keluaran negara kasar , pendapatan dan gaji bagi purata pekerja hanya meningkat 400% antara 1968 hingga 1989 , interest yang dibayar oleh kerajaan meningkat sehingga 1360%.

Kecenderungan  ini adalah jelas – hutang kerajaan samada cepat atau lambat akan meningat melebihi pendapatan kerajaan walaupun di negara industri . Jika seorang kanak-kanak membesar 3 kali dari saiz sebenar tapi kakinya membesar 11 kali dari saiz ia dianggap tidak sihat . Masalahnya disini adalah sangat sedikit orang yang ambil peduli tanda-tanda penyakit di dalam sistem kewangan , namun orang yang mencari ubat lagi kurang jumlahnya dan tidak ada seorang pun yang mampu menggubal satu model yang sihat yang boleh diguna pakai secara berterusan .

Tidak ramai memahami bahawa inflasi hanyalah satu bentuk lain dai cukai yang digunakan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah peningkatan hutang . Sebenarnya lebih besar jurang antara pendapatan dan hutang , lebih besar inflasi diperlukan . Membenarkan bank pusat mencetak wang membolehkan kerajaan mengurangkan hutang . Gambarajah 6 menunjukkan penurunan nilai DM dari tahun 1950 hingga 1989 . penurunan nilai ini memukul 80% penduduk dengan lebih kuat yang membayar lebih sepanjang masa . Mereka selalunya tidak dapat menarik aset mereka kepada saham , real estate atau apa juga bentuk pelaburan yang merintangi interest sepertimana 10% golongan yang yang berpendapatan tinggi

gambarajah 6

sejarawan ekonomi John L King menghubungkan interest yang dibayar dengan “belon hutang”. Di dalam surat peribadi kepada saya bertarikh 8 January 1988 dia berkata : saya telah menulis dengan panjang lebar tentang interest yang menjadi sebab utama peningkatan harga sekarang sejak ia diselitkan di dalam harga setiap barangan yang kita beli , tetapi idea ini walaupun benar tidak dapat diterima dengan baik . $9 trilion hutang dalam negara US dikenakan 10% interest dibayar melalui peningkatan harga barangan dan perkhidmatan dan ini menyamai kadar peningkatan 4% harga sekarang yang mana pakar ekonomi memahaminya sebagai inflasi . Saya selalu percaya kompounding intereset adalah alat perosak yang tidak kelihatan , dan ia sukar bekerja sekarang . Jadi kita mesti mengelak dari kegilaan kewangan yang tidak berotak .

Peningkatan 1000% hutang awam dan swasta berlaku di US sepanjang 33 tahun yang lalu , saham terbesar datang dari sektor swasta . Tatapi setiap sumber dari kerajaan persekutuan digunakan untuk merangsang pertumbuhan ini ; jaminan hutang , kadar hutang prumahan yang disubsidika , bayaran muka yang rendah , tempo mudah , cukai hutang , pasaran sekunder , deposit insuran dan lain – lain . Sebab bagi polisi ini adalah untuk menjadikan kelangsungan sistem interest dapat dinikmati oleh majoriti besar penduduk untuk mencipta pertumbuhan ekonomi yang akan diikuti oleh pertumbuhan kadar wang yang berkaliganda , ini adalah satu kitaran kejam yang memacu kesan yang menyebarluas .

Samada kita melihat kepada inflasi , kesamaan sosial aau kelangsungan alam sekitar ia akan dilihat boleh diras dari pelbagai sudut pandangan untuk menggantikan kegilaan kewangan yang tidak masuk akal dengan lebih mekanisme yang mencukupi untuk membuatkan wang berada dalam peredaran .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s