Mudahnya merawat denggi dengan homeopati : satu testimoni

Pada 27 Okt yang lepas aku telah melawat seorang hamba allah yang dah lima hari duduk di wad kerana denggi . beliau di tempatkan di wad B . Mula aku masuk tak jumpa wad nya sebab dalam pintu masuk hanya tulis wad B1 . aku keluar balik tanya pak guard ; dia kata yang kes denggi heeh aku angguk ; terus dia suruh masuk sampai hujung sekali . bila aku masuk seram tengok keadaan hospital yang bersesak-sesak macam kwsn setinggan kat skudai kiri . dekat laluan ke dalam pun dia boleh letak katil pesakit tempat orang lalu lalang. 

Aku berjalan sampai ke katil terakhir bernombor 30 .  ada sederetan katil 3 setiap baris . semuanya penuh . aku patah balik mencari nombor 20 . aku ternampak katil no 20 . pesakit nya wanita aku tengok dia masih dalam usia 30an . aku senyum sambil perkenalkan diri . dah lama ke duduk kat wad aku mulakan bicara . dia jawab dah lima hari . masih  rasa lenguh dan sengal ke badan , tanyaku . dia kata tidak cuma darah merah tak cukup lagi . Oooh jawab ku melopong .

Tak mahu membuang masa aku pun berikan ubat REG untuk dia makan hilangkan kesan denggi . aku tengok katilnya siap ada kelambu . malam dia tidur mungkin pasang kelambu . kemudian aku pesan makan ler ubat tu 2 jam sekali 1-2 biji . InsyaAllah aku kata kalau diizinkan Allah  esok atau lusa adalah perubahan .

Menurut perubatan moden denggi masih lagi tidak ada ubat sebab penyebabnya adalah virus . hingga kini masalah virus belum ditemui oleh saintis perubatan moden . pernah aku dengar kat internet kalau nak sihat cepat makan lah ketam banyak-banyak sebab dia ada bahan yang boleh membunuh virus tu .

Dulu member aku ali ada kata kalau kena denggi di sesuatu tempat kat selangor habis bekalan 100 plus . katanya ia boleh menghalang virus tu mengamuk . eemph tak tahulah kesahihannya

Seminggu berikutnya iaitu hari ini 4/11/2010 aku telah menemui semula beliau di warung goreng pisang depan mobil . Katanya hari aku datang tu dia dah makan ubat yang aku beri , petangnya dia terus dibenarkan oleh doktor keluar dari hospital . Ini satu lagi kes denggi yang memberikan pertunjuk bahawa sememangnya penawar homeopati ini mampu  meng`outclass`kan perubatan moden dalam merawat kes akut seperti kes denggi
Pesakit yang dimaksudkan Pn Rohayati dari Taman Kangkar Pulai   tel no :016-7987008 seorang perunding unit trust di Public Mutual Bhd

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s