Bakal doktor mati di Bandung

 

INANI yang ditemui mati di rumah sewanya
di Bandung, Indonesia semalam.

JAKARTA – Seorang pelajar perubatan dari Malaysia ditemui meninggal dunia di rumahnya di Bandung pagi semalam.

Inani Zalikha Zainal Abidin, 23, ditemui di atas lantai dalam keadaan tidak bernyawa oleh rakan serumahnya pada pukul 5 pagi.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) Indonesia, Datuk Dr. Junaidy Abu Bakar berkata, Inani merupakan pelajar tahun empat Universitas Padjadjaran (Unpad) Bandung atas tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan sedang menjalani latihan amali di sebuah hospital di Bandung.

“Sehingga kini, belum dapat ditentukan sebab-sebab kematian pelajar itu,” kata beliau.

Menurut beliau, keluarga Inani yang tinggal di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, Selangor telah dimaklumkan mengenai kejadian mengejut itu. Jenazah Inani akan dibawa balik ke Malaysia untuk dikebumikan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s