Ibu bapa dakwa doktor cuai sebabkan kematian anak mereka

Isnin April 07, 2008

ALOR STAR: Sepasang suami isteri yang baru dikurniakan anak sulung merasa sedih kerana bayi mereka yang baru berumur tujuh hari meninggal dunia akibat kecuaian pihak hospital.

Mohd Yusri Saidin, 31, dan isterinya Rohaya Jaafar, 28, mendakwa seorang doktor pelatih gagal memaklumkan kepada doktor yang lebih kanan apabila bayi mereka dilahirkan dalam keadaan `lemas’ di Hospital Sultanah Bahiyah di sini 12 Mac lepas.

“Walaupun reda dengan kematian bayi kami, tetapi kami tidak berpuas hati dengan tindakan doktor tersebut yang dianggap cuai,” kata Rohaya di rumahnya di Kota Sarang Semut dekat sini.

Bayi perempuan seberat 3.1 kg tersebut ditempatkan di dalam inkubator selepas dilahirkan, tetapi meninggal dunia tujuh hari kemudian semasa masih berada (di luar inkubator) di hospital berkenaan.

Beliau yang juga kakitangan di hospital itu berkata ketika dimasukkan ke bilik bersalin pada 5 Mac lepas, beliau terpaksa menjalani pembedahan kerana anak di dalam perutnya didapati telah lemas.

Punca lemas itu adalah kerana tali pusat yang keluar telebih dahulu sebelum bayi, katanya.

“Tetapi yang mendukacitakan saya ialah tindakan doktor terbabit yang tidak mengendahkan aduan saya supaya segera memanggil doktor pakar untuk mengendalikan bayi yang sedang dilahirkan.

“Akibat itu anak saya dilahirkan dalam keadaan tidak sedarkan diri hingga menyebabkan mereka terpaksa membuat CPR dan berjaya mengerakkan nadi anak saya sebelum dimasukkan ke dalam inkubator,” katanya.

Bagaimanapun hayat bayi itu tidak lama kerana meninggal tujuh hari kemudian.
Rohaya berkata mereka telah merujuk kes tersebut kepada pihak hospital yang mengakui kecuaian mereka dan turut menujukkan surat hukuman menggantung kerja selama dua bulan kepada doktor pelatih berkenaan.

“Tetapi kami masih tidak berpuas hati di atas kecuaian yang tidak sepatutnya berlaku dan berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak hospital,” katanya.

Mereka telah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s