Doktor cuai punca budak mati

2010/06/04
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

JIZAN: Seorang lelaki mendakwa kecuaian seorang doktor wanita menjadi punca kematian anak perempuannya.
Pengarah Hal Ehwal Kesihatan Jizan, Dr Mohsin Al-Tubaiqi mengarahkan sebuah jawatankuasa khas menyiasat aduan Muhammad Hassan Samm yang mendakwa kegagalan doktor sebuah klinik swasta di Abu Areesh memberi rawatan tepat menjadi punca kematian anak perempuannya, Salma, 2.

Muhammad Hassan berkata, beliau membawa Salma ke klinik itu kerana anaknya menghidap sakit tekak.

Bagaimanapun, doktor itu kemudian memberi dua suntikan terhadap anaknya.

Tidak lama kemudian, tubuh Salma menjadi pucat, badannya gatal-gatal dan penglihatannya menjadi kabur. Muhammad Hassan kemudian membawa Salma yang menghidap demam panas ke hospital awam.

Salma dimasukkan ke unit rawatan rapi tapi nyawanya gagal diselamatkan.

Jurucakap Jabatan Kesihatan Jizan, Jibreel Al-Gabbi berkata, Salma dimasukkan ke unit rawatan rapi kerana keadaannya kritikal.

“Doktor cuba membantunya tapi Salma meninggal dunia akibat masalah pernafasan dan aliran darah,” katanya.

Beliau turut mengesahkan jawatankuasa khas kini ditubuhkan bagi menyiasat kemungkinan doktor yang merawat Salma cuai dan memberikan ubat yang tidak tepat hingga menyebabkan kematiannya. – Agensi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s