Doktor Cuai Didakwa Punca Remaja Kudung

x
KUALA NERANG: Seorang bapa dari Kampung Mani, dekat sini mendakwa doktor di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar cuai ketika melakukan pembedahan kaki kiri anaknya

sehingga mengakibatkan remaja itu kini kudung selepas kakinya terpaksa dipotong hingga paras paha bagi mengelak jangkitan lebih serius.

Abdul Aziz Mat Isa, berkata paha kiri anaknya patah selepas dia terjatuh motosikal di kampung itu pada 4 Jun lalu sebelum dimasukkan ke Hospital Kuala Nerang, tetapi dipindahkan ke HSB pada hari sama.

Di HSB, katanya, doktor melakukan pembedahan pertama sepanjang 50 sentimeter di bahagian luar kaki kiri pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang itu, iaitu dari buku lali hingga ke paha.

Tiga hari selepas itu pula, doktor HSB melakukan satu lagi pembedahan di bahagian dalam kaki kiri anak saya yang mana panjangnya hampir sama dengan pembedahan pertama.

Selepas menjalani pembedahan kedua itu, kaki anak saya menjadi kehitaman dan apabila keadaannya bertambah teruk kami memohon kebenaran keluar dari HSB pada 19 Jun untuk membuat rawatan susulan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Pada hari sama anak saya dimasukkan ke HPP dan doktor memberitahu kaki kiri Mohd Nazirul Aiman tidak dapat diselamatkan lagi dan terpaksa dipotong ke paras paha, katanya.

Terdahulu, keluarga Abdul Aziz menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim.

Abdul Aziz mendakwa, dia mengesyaki doktor di HSB cuai apabila melakukan pembedahan dari buku lali hingga ke paha, sedangkan anaknya mengalami patah di tulang paha saja.

Anak saya seorang pelajar yang aktif bersukan dan dia kini trauma serta lemah semangat apabila mengalami kecacatan seumur hidup. Kami sekeluarga amat sedih dengan kejadian yang menimpanya, katanya.

Sehubungan itu, Abdul Aziz berkata, dia mempertimbang mengambil tindakan undang-undang ke atas HSB.

Sementara itu, Syed Sobri yang turut kesal dengan kejadian itu berkata, pihaknya akan membantu keluarga terbabit mendapatkan laporan perubatan daripada HSB.

Sementara itu, Pengarah HSB, Dr Juita Ghazalie ketika dihubungi berkata pihaknya sedang menyiasat kes itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s