Bayi tiga bulan tersedak susu maut di pangkuan

Oleh Shahrul Nizam Mohamad
bhnews@bharian.com.my
2010/09/27
Hasrat bapa hijrah ke ibu negara cari kerja bertukar tragedi

KUALA LIPIS: Hasrat seorang bapa berhijrah dari Kuala Krai, Kelantan untuk mencari pekerjaan di Kuala Lumpur bersama anak berusia tiga bulan tidak kesampaian, apabila bayi itu mati akibat tercekik susu, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, Mohd Zainuddin Md Yusof dikatakan memangku anaknya, Mohamad Ayub selepas diberi susu ketika dalam perjalanan dengan kereta api dari Manik Urai, Kuala Krai ke ibu negara.
Sepanjang perjalanan, lelaki terbabit yang kini dalam proses perceraian dengan isterinya terpaksa duduk di atas lantai sambil memangku anaknya kerana koc dinaikinya dipenuhi penumpang lain.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata sebaik tiba di Stesen Kuala Lipis, beberapa penumpang berdekatan menyedari keadaan mangsa yang kelihatan kaku lalu memaklumkan kepada bapanya.

Katanya, bapa mangsa yang terkejut selepas menyedari perubahan anaknya, kemudian segera meminta bantuan orang awam menghantarnya ke Hospital Kuala Lipis (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.

“Hasil pemeriksaan di HKL, doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia ketika berada dalam kereta api akibat tercekik susu,” katanya.
Abdul Razak berkata, siasatan awal mendapati, mangsa diberi minum susu botol ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur sambil dipangku bapanya sebelum kedua-duanya tertidur.

“Siasatan polis mengesahkan kejadian itu tidak membabitkan unsur jenayah dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, jenazah mangsa sudah dituntut oleh bapanya selepas bedah siasat dijalankan di HKL untuk
dikebumikan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s