Bapa kesal doktor cuai

SERKAM – “Saya terima kenyataan kematian anak bongsu saya, tetapi saya hanya ingin berkongsi supaya tragedi ini tidak menimpa orang lain.”

Begitu luahan hati seorang bapa, K Segar, 52; apabila mendakwa kehilangan anak perempuannya akibat kecuaian doktor sebuah klinik kerajaan di negeri ini.

Segar mendakwa pada 7 Oktober lalu, satu-satu anak perempuannya, S Vaishnavi, 18; mengadu sakit perut dan dibawa ke sebuah klinik kesihatan di Peringgit.

Doktor yang memeriksa anaknya memberitahu Vaishnavi berkemungkinan menghidap gastrik dan diberi ubat sebelum diarah-kan pulang.

“Namun keadaan anak saya bertambah teruk. Esoknya saya meminta abang, K Balasingam serta isteri membawa Vaishnavi ke sebuah klinik swasta di Jasin kerana saya bekerja pada waktu itu.

“Di sana kami terkejut kerana diberitahu anak saya mengidap apendiks tahap serius dan perlu dirujuk ke Hospital Melaka (HM) dengan segera.

“Abang dan isteri terus membawa anak saya ke HM dan di sana dia ditempatkan di dalam wad kecemas-an,” katanya ketika ditemui pada majlis pengebumian anaknya di kediamannya, di Taman Serkan Jaya, di sini, semalam.

Namun katanya, nasi telah menjadi bubur apabila kira-kira jam 12.45 malam anaknya bertambah kritikal dan tepat 1.30 pagi, Vaishnavi menghembuskan nafas terakhir kerana apendiks di dalam perutnya telah pecah menyebabkan kematian-nya.

Segar berkata, apa yang dikesalkan adalah sikap doktor klinik kerajaan yang memeriksa anaknya secara sambil lewa sehingga gagal mengesan penyakit anaknya lebih awal.

“Saya sangat terkilan mengapa seorang doktor boleh menjalankan tugas secara tidak serius sehingga menyebabkan kematian anak saya.

“Saya yakin jika penyakit berjaya dikesan lebih awal, anak saya masih hidup sehingga hari ini,” katanya.

Namun begitu bapa malang ini tidak merancang untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang kepada klinik terbabit kerana menganggap ia tidak akan mengembalikan nyawa anaknya.

Menurut Sekar lagi, apa yang tidak dapat dilupakan, anak kesayangan keluarga itu sempat meminta abangnya membeli baju baru sempena Deepavali.

Permintaan itu ditunaikan abangnya dan mayat Vaishnavi dipakaikan set pakaian Punjabi sebelum dibakar di tempat pembakaran mayat Jelutong, Sungai Putat, 1.30 petang semalam.

Vaishnavi yang juga pelajar jurusan elektronik sebuah kolej swasta di sini, seorang yang berdikari dan mencari wang saku sendiri sebagai pekerja sambilan di sebuah klinik untuk menampung perbelanjaan pendidikannya.
___

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s