Pankreatitis punca keradangan usus

Pankreatitis punca keradangan usus

Oleh Dr. Tan Huck Joo

Apakah Pankreatitis? Pankreatitis adalah keradangan yang berlaku pada pankreas. Apabila pankreas membengkak, enzim yang dirembes – yang biasanya aktif di dalam usus kecil – menjadi aktif dalam kelenjar pankreas, malah mula menghakis tisu pankreas. Ini mengakibatkan kecederaan pada pankreas.

Pankreatitis mungkin boleh berlaku secara akut (secara tiba-tiba, dalam jangka masa yang pendek) atau kronik (berlanjutan, dalam jangka masa panjang), tetapi kedua-duanya boleh menjadi bahaya dan mengakibatkan komplikasi yang boleh meragut nyawa. Kebanyakan kes pankreatitis adalah kes akut.

Pankreatitis Akut

Pankreatitis akut berlaku secara tiba-tiba. Kebanyakannya adalah kes ringan dan peluang untuk penyembuhan adalah cerah. Namun, ada juga pesakit yang menghidapi pankreatitis akut yang teruk, di mana keradangan, kerosakan tisu dan jangkitan pankreas berlaku. Berkemungkinan besar organ lain juga turut terlibat seperti kegagalan ginjal atau penglibatan jangkitan pada paru-paru. Pankreatitis akut yang parah perlu dirawat segera untuk mengelakkan komplikasi dan kematian.

Penyebab

Penyebab utama pankreatitis akut adalah batu hempedu dan penyalahgunaan alkohol dalam jangka masa yang lama. Kedua-dua sebab ini menyumbangkan kepada 80 peratus kes-kes pankreatitis akut. Penyalahgunaan alkohol dalam jangka masa panjang boleh merosakkan sel-sel pankreas dan menyebabkan keradangan pankreas. Batu hempedu pula boleh menyekat salur pankreas atau salur hempedu, menyebabkan cecair pencernaan berkumpul dalam pankreas.

Penyebab lain yang lebih jarang adalah kecederaan perut, selepas melakukan prosedur ERCP (prosedur untuk membuang batu hempedu dari salur hempedu), ubat-ubatan, pankreas yang tidak normal, dan trigliserida (sejenis lemak) tinggi dalam darah.

Tanda gejala dan komplikasi

l Sakit bahagian atas abdomen – Kesakitan biasanya teruk, ia adalah gejala utama walaupun kebanyakan orang salah anggap kesakitan ini sebagai sakit gastrik.

l Sakit yang merebak ke bahagian belakang badan – Sakit biasanya menyebar ke bahagian di mana letaknya organ pankreas.

l Sakit selepas makan atau minum – Kesakitan menjadi lebih teruk selepas makan atau minum, terutama selepas makan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi.

l Mual dan muntah – Biasa berlaku.

Gejala lain adalah demam, perut kembung, denyutan jantung yang cepat, kurang air dalam badan dan tekanan darah rendah. Jika tidak dirawat dengan segera, gejala akan bertambah teruk dan boleh mengakibatkan kegagalan ginjal, kesulitan pernafasan dan tekanan darah menjadi terlalu rendah, pesakit boleh mengalami kejutan.

Rawatan

Rawatan pankreatitis akut adalah bergantung kepada keadaan dan punca pankreatitis. Pemeriksaan fizikal, ujian darah dan pemeriksaan imej digunakan untuk mengdiagnos dan menilai keadaan pankreatitis akut. Setelah itu, doktor akan menjalankan rawatan sokongan dan merawat punca pankreatitis.

Pankreatitis kronik

Sekiranya keradangan pada pankreas tidak sembuh dan pesakit mendapat pankreatitis akut secara berulang-ulang, ini boleh menyebabkan pankreatitis kronik yang boleh memusnahkan pankreas. Minum alkohol berlebihan dalam jangka panjang adalah faktor utama terjadinya penyakit pankreatitis kronik.

Gejala dan komplikasi pankreatitis kronik yang biasa berlaku adalah:

l Sakit pada bahagian atas abdomen – Pesakit pankreatitis kronik tidak semestinya rasa sakit. Jika ada, kesakitannya kurang berbanding dengan pankreatitis akut, tetapi mungkin berterusan.

l Letih dan lesu

l Najis berminyak – Ini disebabkan kekurangan enzim yang mencernakan lemak dalam makanan. Najis akan timbul di dalam mangkuk tandas dan susah untuk dipam.

l Berat badan turun tanpa sebab – Kurang penghasilan enzim pankreas untuk mencernakan makanan menyebabkan nutrisi tidak dapat diserap dengan sempurna oleh badan.

l Diabetes – Sel-sel yang menghasilkan insulin dalam pankreas rosak, dan tidak mampu menghasilkan insulin yang cukup.

Rawatan untuk pankreatitis kronik adalah pemberian ubat tahan sakit untuk menghilangkan rasa sakit, atau suplemen enzim pankreas diberi untuk mengatasi masalah kekurangan enzim. Pesakit disarankan makan makanan yang tinggi dalam karbohidrat dan rendah lemak, makan kerap kali dalam jumlah yang kecil dan hentikan pengambilan alkohol. Pankreatitis punca keradangan usus

Rawatan untuk pankreatitis kronik adalah pemberian ubat tahan sakit untuk menghilangkan rasa sakit, atau suplemen enzim pankreas diberi untuk mengatasi masalah kekurangan enzim. Pesakit disarankan makan makanan yang tinggi dalam karbohidrat dan rendah lemak, makan kerap kali dalam jumlah yang kecil dan hentikan pengambilan alkohol.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s