Morning sickness .

Morning sickness merupakan satu nama yang biasa digunakan untuk menerangkan keadaan bagi wnita hamil yang mengalami loya dan muntah. Ia merupakan symptom fisiologi untuk wanita yang sedang hamil atau juga dikenali sebagai nausea and vomiting pregnanacy. Bagi keadaan yang teruk pula ia dipanggil hyperemesis gravidarum hingga menyebabkan  berlaku dehyderasi dan kehilangan berat badan

Morning sickness berbeza-beza keadaannya dikalangan wanita hamil . terdapat  50-80% wanita yang mengalami loya dan muntah  ketika awal kehamilan. Lebih specific lagi 28% hanya mengalami loya sedang 52 % lagi mengalami loya dan muntah . 20% peratus lagi tidak mengalami sebarang symptom . Hyperemesis gravidarum pula hanya berlaku dikalangan wanita sekitar 0.3% hingga 2% sahaja .

Ada satu aspek  positif yang dihasilkan oleh satu kajian iaitu wanita yang mengalami masalah ini mempunyai kebarangkalian yang sangat kecil untuk mengalami keguguran berbanding wanita yang tidak mengalaminya .

Bila ia berlaku ?

Ia  biasanya berlaku pada minggu keempat dan enam  selepas  kehamilan.. dalam sesetengah kes ia berlaku pada minggu keempat belas dan keenam belas .Sebilangan kecil wanita pula mengalaminya sepanjang usia kehamilannya .

Loya dan muntah boleh berlaku sepanjang hari disebabkan oleh paras gula yang rendah. Nama penyakit ini mungkin tidak menepati sakitnya kerana ia menyerang wanita tak kira waktu pagi atau petang .

SIMPTOM MORNING SICKNESS

  • Loya
  • Muntah
  • Bencikan makanan
  • Pening kepala
  • Kurang berat badan

Rawatan konvensional

Tiada rawatan khusus diperlukan untuk kebanyakan kes jika ia tidak keterlaluan . jika simptomnya teruk hingga mengganggu kehidupan seharian sehingga berat badan tidak meningkat atau berkurangan anda dinasihatkan bertemu dengan doctor anda. Anda mungkin akan diberikan ubat anti emetic untuk menghentikan muntah . JIka muntahnya terlalu teruk anda akan diberikan  ubat anti histamine  : promethazine .

Rawatan menurut homeopati

Aconite,  anacardium , antimonium tartaricum, argentums nitricum, arsenicum album, bryonia alba, cimicifuga, cocculus indica, colchicum,  ipecacuanha,  kalium muriaticum , kreosatum,. Mag c  ,  mercury solubalis, natrum  phosporicum, nux muchata, nux vomica,  phosporus ,  psorinum,  pulsatilla ,  sepia,  staphysagria.

Penawat-penawar ini dipilih mengikut symptom khusus yang dialami oleh pesakit. Setiap pesakit memerlukan ubat yang khusus untuk dirinya berdasarkan symptom , modalities dan karekter penyakit

Kes yang aku rawat guna Homeopati

Kes 1

Isteri ku sendiri hamil tahun lepas 2008-2009  mengalami muntah – muntah dan loya apabila tercium bau makanan . Aku berikan beberapa remedi essential untuk masalah kehamilan seperti pulsatilla, dan sepia . Seminggu aku test remedi tu nampak tak serasi dengan isteriku .

Aku rujuk sekali lagi ke  dalam repertory ubat yang paling hampir menyebut simptom muntah dan loya ketika tercium makanan adalah colchicum .malangnya tak ada dalam stok simpanan remedi aku .

Aku tengok lagi dalam remedi ada remedi yang spesifik menyebut tentang loya dan muntah ketika mencium bau makanan iaitu arsenicum album .

disebut di dalam materia Boericke  ”   CANNOT  BEAR THE SIGHT OR SMELL OF FOOD.  GREAT  THIRST;  DRINKS MUCH,  BUT LITTLE AT A TIME.  Nausea, retching,  vomiting,  after  eating  or drinking.

Alhamdulillah selepas memberikan arsenicum album 30 c muntah-muntahnya terus hilang tanpa berulang lagi hingga  ke hari bersalin .

Kes 2

Puan A seorang pemastautin di kg Sinaran mendatangi rumah ku mengadu masalah muntah apabila hendak makan dan mencium bau makanan. Masalahnya lagi serius , telah mengalaminya selama hampir dua bulan bermula dari bulan keempat hingga keenam . Dua kali dimasukkn ke wad HSA , pertama selama tiga hari dan kedua selama dua hari  hingga terpaksa mengambil drip sebab tak boleh makan .  Setelah mengambil keterangannya aku berikan dia 2 remedi pulsatilla 30c dan arsenicum album 30c . Keesokan harinya dia menelefon mengalami masalah sakit belakang yang amat sangat , tetapi masalah morning sickness nya berkurangan . Aku beritahu dia kurang kan pengambilan remedi dari 3 kali sehari kepada sekali sahaja . Lepas hari tu beliau tiada lagi mengadu masalahnya dan aku katakan kalau dah ok tak perlu ambil ubat lagi . Beberapa minggu kemudian dia menelefon lagi kalau muntah dan loya itu datang semula boleh kah dia mengambil baki remedi yang ada , aku kata ambillah kalau ada baki remedi yang lepas .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s