Teleng atau torticollis

Ia adalah satu keadaan  kepala  senget  ke arah kiri atau kanan disebabkan oleh  keregangan yang berlaku pada otot leher .

Punca :

  • Kecacatan semasa kelahiran .
  • Kecederaan pada otot  leher semasa proses melahirkan bayi
  • Keradangan pada otot leher
  • Teleng yang bersifat berkala disebabkan oleh  konflik psikologi atau stress

Langkah yang perlu diambil jika berlaku teleng

Dapatkan khidmat  fisioterapist  melakukan senaman keatas kanak – kanak 2 kali sehari

Letakkan objek lembut pada sebelah   arah leher yang senget

Kes rawatan teleng menggunakan homeopati

Anak sendiri yang baru lahir pada   2 jun 2010 . Menghadapi kesukaran untuk dilahirkan  dan ibunya terpaksa berada di labor room selama 6 jam , mungkin semasa proses meneran tu pintu rahim belum terbuka sepenuhnya . Aku  mendapat tahu masalah teleng ini apabila mahu mengambil bayi ini pada hari yang kelima . Jururawat menasihatkan saya membuat temu janji dengan pakar fisioterapi minggu berikutnya . Pada hari yang dijanjikan saya pun membawa anak berjumpa dengan fisioterapi . Selepas memeriksa anak saya dia mengatakan bayi yang baru dilahirkan tidak dapat menjalani fisioterapi dan terpaksa menunggu apabila bayi berusia setahun lebih kerana pada awal usia bayi masih belum kuat tulangnya untuk menjalani fisioterapi .Dan dia memberikan beberapa cara terapi sendiri di rumah .

Tidak berpuas hati dengan kenyataan fisio tersebut  balik ke rumah aku mula meneliti repertory boerickke . Mujur alhamdulillah di dalamnya ada menyebut penyakit torticollis . Banyak remedi yang disebutkan didalamnya antaranya :

  1. aconite
  2. Bryonia alba
  3. Belladonna
  4. Agaricus
  5. Mag phos
  6. Cimicifuga
  7. Colchicum
  8. Thuja
  9. dan lain – lain

Namun aku hanya memilih 3 remedi sahaja aconite , bryonia , belladona yang menyebut dengan jelas masalah otot leher  .

Sedikit keterangan yang aku ambil dari dalam materia medica boericke

Belladona :   Stiff neck.  SWELLING OF GLANDS OF NECK.  Pain in nape, as if    it  would  break.

Aconite : Numb,  stiff,  painful.  Crawling and tingling, as  if  bruised.

Stiffness in nape of neck.

Bryonia : Painful  stiffness in nape of neck.

Ketiga – tiga ubat ini kelihatan sama dengan keadaan otot leher anak ku yang kelihatan keras dan kaku di sebelah kiri yang mungkin disebabkan contraction force ketika proses kelahirannya . Di samping mengambil ubat homeopati aku juga buat sedikit panduan yang diberikan oleh fisioterapi iaitu dengan meniarapkan bayi  sambil kepalanya dihadapkan  kearah bahagian otot  lehernya yang terasa keras .

Alhamdulillah selang tiga bulan ku dapati perubahan pada lehernya . Tidak ada lagi rasa keras dan kaku pada otot sebelah kiri leher . Ketika dia menegakkan kepalanya   juga tidak kelihatan senget / teleng .


Penampilan terkini Muhammad al-Faeez  yang mengalami torticollis ketika dilahirkan …


13 thoughts on “Teleng atau torticollis

  1. Boleh bagi no telepon untuk dihubungi, sya tinggal di pendang kedah. Anak saya hadapi masalah Teleng atau torticollis juga
    Terima Kasih,
    Wan Mohd Shahril
    0195755739
    vyspec@yahoo.com

  2. Adik sy sudah berusia 31thn dan mgalami mslh yg sm..msih bleh mjalani rawatan atau tidak..adakah ada ksan sampingan..

  3. Klau sudah berumur 30 tahun masih ada peluang dirawat ke n adakah akn kmbali sprti sediakala

  4. anak sy br berusia sebulan setengah dn juga telh disahkn doktor menghidapi torticollis..telah menjlnkn sesi fisio yg pertama..ada cr lain ke utk mengubatinya selain dr fisio?

  5. As Salam,
    Saya juga mengalami perkara yg sama. Anak saya baru berusia 1 bulan setengah. Baru malam tadi mendapat tahu yg dia mengalami teleng semalam selepas berjumpa doktor di klinik. Doktor mengesahkan anak saya akan mengalami teleng jika tidak diberikan rawatan awal kerana terdapat satu bengkakan dileher kanan. Doktor tersebut juga mengesahkan terdapat urat yg luka semasa proses kelahiran kerana ditarik oleh doktor. Doktor menyarankan kami agar datang ke klinik beliau setiap hari diwaktu pagi bagi menjalani proses fisioterapi selama 6 bulan. Mohon pertimbangan / pandangan pihak saudara dalam perkara ini.
    Segala jasa baik pihak tuan hanya Allah jua yang dapat membalasnya.

  6. Salam. Anak saya umur 10 thn. Mengidap torticoliss sejak lahir. Masa bayi saya sempat pergi fisio beberapa kali tetapi kerana beberapa masaalah saya tidak dapat meneruskan fisio tersebut. Sekarang saya rujuk anak saya ke doktor pakar ortopadik HUSM Kubang Kerian. Setelah membuat xtray terperinci doktor menasihat supaya membuat pembedahan kerana keadaan tulang dan lain-lain normal cuma ketegangan pada murcle disebelah kanan. Saya serbasalah dan minta pandangan encik.

  7. boleh mai la sini ambik …. free jerk tiada sebarang kos nyata dan tersembunyi , ikhlas membantu sesama muslim .

  8. Salam..anak saya 7 bulan..dia mengalami masalah teleng ni mengikut pemerhatian saya..bleh sy dapatkan ubat?

  9. salam en mdarif..
    baru2 ini isteri saya selamat melahirkan bayi perempuan yg jg di diagnos mempunyai masalah torticollis ini.. soalan saya, di mnakah en mendpatkan ubat2 tersebut? tentang kaedah en meniarapkan anak en itu, pada umur berapakah ia bleh dimulakan? dan seberapa lama ia perlu dilakukan untuk setiap sesi? pertolongan dan penerangan dr pihak tuan akan saya hargai sepenuhnya… terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s