Pendarahan berulang

Pada 4 Jun 2009 seorang perempuan bernama Puan S datang untuk mendapatkan rawatan . Dia menceritakan masalah pada tahun 2008 dia pernah mengalami kehamilan . Tetapi setelah diperiksa oleh doktor dapati kandungan beliau tidak menjadi janin tetapi berbentuk ketulan darah yang berupa seperti buah anggur di dalam rahimnya ( part ni aku keliru dengan apa yang diceritakannya hamil lepas tu tak jadi ) . Pada bulan Oktober 2008 beliau telah ke hospital untuk mencuci rahim dan dia mengatakan tidak ada berlaku keguguran . Beberapa bulan selepas itu dia telah mengalami keadaan haid yang tidak teratur . Dia mengalami 2 kali haid dalam kitaran dalam tempoh 14 hari . Darah yang keluar berketul- ketul . Beliau diarahkan oleh doktor untuk mengambil kemoterapi dan semasa beliau datang telah menjalani 2 kali kemoterapi kerana ditakuti ketulan seperti buah anggur itu boleh berubah menjadi kanser . Beliau tidak mahu meneruskan rawatan kemoterapi kerana menurut pembacaannya di dalam majalah dan akhbar ia mempunyai kesan sampingan . .

Selesai mengambil segala keterangannya aku merujuk kes beliau kepada Hompath ( computer aided repertorization software ) . Aku temui beberapa ubat yang menyentuh masalah ini . Namun aku memilih tiga ubat yang aku suruh dia ambil satu persatu . Selepas habis satu botol baru dituruti dengan botol kedua. Remedi pertama Nux Vomica tujuannya untuk meneutralkan kesan ubatan yang pernah dia ambil sebelum ini . Selepas seminggu aku bertanya apa perubahan yang berlaku , katanya belum ada sebarang perubahan . Kemudian minggu ke dua dia mula mengambil botol kedua dan ketiga ( Ignatia dan sepia ) secara berselang – seli 3 kali sehari . Selang seminggu aku menelefonnya lagi alhamdulillah katanya pendarahan yang dia alami mulai berkurangan , dan aku nasihatkan dia habis kan penawar yang diberikan .

Bulan berikutnya dia datang lagi untuk mendapatkan rawatan susulan , katanya selepas sebulan mengambil penawar homeopati ketulan darah yang keluar semakin berkurangan , tetapi dia mengalami keputihan yang agak banyak . Berdasarkan simptom baru yang dialaminya aku memberikan alumina 30c dan pulsatilla 30c untuk meredakan keputihan .

Dua bulan berikutnya dia menelefon ku samada perlukah dia datang untuk rawatan seterusnya sebab katanya masalah yang dia alami telah selesai . Aku kata datanglah nak tutup kes ni dengan miasmatic remedi . Keesokan harinya dia datang dalam keadaan yang agak ceria berbanding kali pertama dahulu yang agak pucat dan penuh kebimbangan . Sebelum menghabiskan sesi konsultansi aku bertanya apakah yang membuat dia datang mendapatkan rawatan homeopati . Jawabnya dahulu ayahnya ada mengalami sejenis penyakit yang agak serius . Selepas berhabis duit mengambil rawatan sakitnya tidak juga berkurangan . Selepas itu ada kawannya yang mengesyorkan berjumpa dengan seorang pengamal homeopati di Pulau Pinang sebab ayahnya orang Kedah . Itu yang menyebabkan ayahnya pun memberikan syor supaya dia mencuba rawatan homeopati yang ada di Johor Bahru untuk meredakan masalah yang beliau hadapi .

5.50 pagi 19 / 4/2010

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s