HOMEOPATI UNTUK SEMUA

1. kongsi maklumat
2. jimatkan kos
3. merangsang sistem imuniti

Maaf kerana mengganggu anda melalui sesawang facebook ini . Anda tidak mengenali saya dan begitu juga sebaliknya . Tapi atas semangat ukhuwwah dan ingin berkongsi kebaikan dan manfaat maka saya ingin berkongsi pengalaman dan maklumat tentang cara menjimatkan belanja perubatan yang kadang-kala membebankan .
Kita sedia maklum berdasarkan pengalaman sejak dari kecil hingga ke dewasa ini sekiranya sakit kita perlu berjumpa doktor di klinik . Itulah paradigma kita selama ini bagi merawat sakit –sakit yang tak boleh dikawal dengan pil penahan sakit seperti panadol , aspirin , breacol dan sebagainya .
Ya mungkin itulah cara konvensional yang telah kita lalui sejak 2-3 generasi yang lepas . Pernahkah terfikir dalam minda kita bahawa kita boleh merawat sendiri pelbagai penyakit ringan tanpa perlu melangkah ke hospital atau klinik berkenaan . Sungguh menjimatkan dan mampu menangani krisis dengan mudah dan berkesan . Anda tidak perlu membelanjakan berpuluh ringgit tiap kali sakit atau beratur panjang berjam-jam untuk bertemu doktor di hospital kerajaan .
Alhamdulillah saya telah bertemu kaedah memulihkan gangguan kesihatan dengan cara yang mudah , menjimatkan , efektif dan cepat . Kaedah ini dipanggil Homeopati.
Ya Homeopati , mungkin anda mencebikkan bibir apabila mendengar kalimah homeopati atau mula memandang rendah atau remeh dan menganggap . Itulah juga sikap saya apabila dipelawa oleh seorang teman untuk mempelajari dan menggunakan perubatan homeopati . Tanggapan awal saya sama seperti anda dengan menganggapnya seperti satu bentuk perubatan lama atau tradisional yang diamalkan oleh orang tua – tua .
Tanggapan saya meleset dan berubah apabila mendengar penjelasan pertama oleh seorang pengamal homeopati profesional . Beliau menjelaskan bahawa perubatan ini boleh diklasifikan sebagai satu bentuk sains perubatan yang moden melangkaui zaman dan keupayaan ahli sains di zaman pengasasnya iaitu Dr Hahnemann dan di zaman kini .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s