Angina Pectoris

Pengenalan

Angina merujuk kepada sakit dada yang sementara yang tidak tetap, yang disebabkan oleh kekurangan pengaliran darah ke jantung.

Penerangan

Jenis-jenis angina

Angina stabil: angina yang paling biasa berlaku. Angina jenis ini seringkali berulang dengan ciri-ciri dan pola yang tertentu. Biasanya, seseorang itu hanya dapat mengenalpasti serangan angina jenis ini setelah beberapa kali serangan itu berulang dan setelah terbentuknya satu pola atau sifat yang jelas. Tahap tekanan yang menyebabkan angina berlaku telah dapat dijangka dan pola ini berubah beransur-ansur.

Angina tidak stabil: Angina yang berlaku dalam keadaan yang sangat teruk pada kali pertamanya, atau beberapa serangan yang berlaku dengan kerap, ataupun apabila berlaku perubahan yang mendadak pada corak serangan yang biasa dialami, yang diaruh oleh hanya sedikit senaman, atau angina yang berlaku pada waktu rehat. Istilah ini juga digunakan apabila simptom-simptom yang wujud seolah-olah seperti terkena serangan jantung. Akan tetaapi tiada bukti yang dapat mengesahkan serangan jantung tersebut setelah ujian-ujian dijalankan di hospital.

Angina Varian (Prinzmetal): Angina jenis ini disebabkan oleh vasospasma. Vasospasma merupakan kekejangan yang menyempitkan arteri koronari dan mengurangkan pengaliran darah ke jantung. Angina jenis ini jarang berlaku.

Angina Mikrovaskular: Pesakit angina jenis ini akan mengalami sakit dada tanpa sebarang sekatan yang nyata pada arteri koronari. Sakit yang dirasai adalah disebabkan oleh gangguan pada fungsi saluran-saluran darah yang kecil yang membekalkan darah ke jantung, tangan dan kaki.

Asas Saintifik

Jantung adalah organ yang mengepam darah ke seluruh badan melalui saluran darah yang dikenali sebagai arteri. Darah ini membawa bersamanya oksigen dan nutrien-nutrien yang penting untuk tisu-tisu badan. Apabila arteri tersebut berpenyakit, dindingnya menjadi tebal dan keras serta diselaputi oleh mendapan lemak yang dikenali sebagai plak, yang lama-kelamaan boleh menjadikan saluran darah tersumbat. Walaupun pengaliran darah ke jantung mungkin mencukupi untuk keperluan biasa, namun apabila jantung memerlukan lebihan oksigen, arteri yang membekalkan darah ke jantung tidak mampu memenuhi permintaan ini kerana ia telah tersumbat atau menyempit. Oleh yang demikian, angina boleh dianggap sebagai satu mekanisma untuk memberi amaran kepada badan bahawa ianya sedang menghadapi risiko untuk mendapat serangan jantung.

Penyebab
Angina berlaku apabila otot jantung memerlukan bekalan oksigen yang lebih pada waktu-waktu tertentu, contohnya semasa senaman, makan atau stres. Punca biasa yang menyebabkan angina ialah arteriosklerosis ataupun jenis-jenis penyakit kardiovaskular yang lain yang boleh menyempitkan arteri yang membekalkan nutrien ke jantung.

Faktor-faktor risiko bolehubah

·         Merokok

·         Tekanan darah tinggi

·         Kandungan kolesterol darah yang tinggi

·         Faktor-faktor lain

·         Tekanan psikologi yang berterusan

·         Diabetes Mellitus

·         Obesiti

·         Gaya hidup sedentari

·         Faktor psikososial

Faktor-faktor risiko tak bolehubah

·         Peningkatan umur

·         Lelaki

·         Sejarah keluarga yang menghidap penyakit jantung pramatang

·         Lelaki, di bawah 50 tahun

·         Perempuan, di bawah 60 tahun


Faktor pencetus angina

·         Tekanan emosi

·         Aktiviti fizikal yang memerlukan bekalan darah yang lebih ke jantung

·         Kesejukan atau kepanasan badan yang melampau

·         Makan terlalu banyak sehingga menyebabkan lebih banyak darah menuju ke perut bagi membantu penghadaman

·         Alkohol

·         Merokok – menyebabkan arteri koronari menyempit dan seterusnya mengurangkan kebolehannya untuk mengangkut darah

Insidens

Penyakit kardiovaskular merupakan penyebab utama kematian di hospital-hospital kerajaan iaitu sebanyak 24.5% dari kesemua kes kematian dalam tahun 1998. Penyakit jantung koronari adalah penyebab utamanya.

Tanda – Tanda Dan Gejala

·         Sakit dada yang datang secara tiba-tiba. Biasanya, ini berlaku semasa atau selepas senaman, tekanan atau semasa makan. Biasanya sakit yang dialami itu seperti mencengkam di bawah tulang dada. Ia boleh menjalar ke lengan atau bahu, biasanya bahu kiri.

·         Kadangkala rasa seperti makanan tidak hadam ataupun pedih ulu hati

·         Kesesakan nafas

·         Pucat

·         Biasanya sakit ini berlarutan selama hampir 5 minit, namun begitu ada juga kesakitan yang berakhir antara 30 saat hingga 30 minit lebih.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s