Penyembuhan semulajadi : ramuan yang selamat

Pilihan merupakan unsure penting dalam menentukan hak asasi pengguna.Pengguna berhak memilih apa yang terbaik untuk mereka .Sama seperti penjagaan kesihatan , beberapa system perlu ada untuk memastikan pengguna  mendapat pilihan yang terbaik untuk mengubati penyakitnya .

Dalam perubatan alopati doctor sering melancarkan perang keatas gejala penyakit seperti sakit kepala, demam, dan batuk dengan pengambilan ubat autau teknik lain yang menyakitkan atau mempunyai kesan sampingan .

Tapi semakin  kuat kesakitan itu disembunyikan semakin kuat tubuh meminta pertolongan Jika kita terus tidak mempedulikannya ia akan mengaku kalah kepada peperangan yang tidak adil.

Kita perlu ingat keadaan semulajadi  merupakan penyembuhan yang terbaik , meskipun  bukan  penyembuhan tunggal.Bagi penyembuhan yang berkesan , kita perlu berhadapan dengan punca kesakitan , bukan gejala-gejalanya sahaja. Semakin ramai doctor  mula percaya hubungan antara masalah-masalah system imun dengan pelbagai jenis penyakit termasuk arthritis , kanser dan AIDS . Anda boleh membantu memastikan system imun sentiasa sihat dengan tidak mengenakan tekanan berlebihan keatasnya disamping membentuk ketahanan semula jadi tubuh .

Bagi penyembuhan yang berkesan , kita perlu mengamalkan gaya hidup dan persekitaran yang sihat. , tubuh tahu apa yang diperlukan untuk proses penyembuhan . Kita perlu bertanggungjawab menjaga tubuh kita sendiri.,bukan mengharapkan pakar melakukannya untuk kita.

Penyembuhan semulajadi merupakan satu falsafah dan pendekatan , daripada satu teknik tertentu . adalah dipercayai tubuh manusia tubuh manusia dilengkapi sedemikian rupa  untuk menentang penyakit dan menyembuhkan kecederaan sehingga alternative yang lebih murah  mudah dan selamat ditemui.

Teknik-teknik yang boleh diamalkan termasuklah berehat atau mengurut untuk sakit kepala dan bukannya memakan asiprin , mendemah panas jika sakit belakang dan mengelak valium, mendapatkan khidmat osteopath atau chiropractor untuk menghilangkan sakit belakang bukannya mengharapkan pembedahan .

Di Britain sekurang-kurangnya seorang dari sepuluh orang telah meminta pandangan pengamal perubatan alternative dalam tempoh  setahun. Ini tidak termasuk berjuta-juta pesakit yang cuba merawat sendiri dengan ubat yang diketahui melalui pembacaan atau disyorkan oleh rakan-rakan .Kajian 200 doktor menunjukkan 50% merujuk penyakit kepada pengamal alternative dan 42% mahu mendapatkan rawatan lanjut dari perubatan alternative .

Bagaimanapun di Malaysia perubatan alternative belum lagi disepadukan kedalam system penjagaan kesihatan rasmi. Pengamalnya tidak mempunyai status yang sah dan tidak ada sekolah latihan untuk pengamal perubatan tradisional .

Terapi semulajadi harus dinilai dari hasilnya, bukannya dengan mengukur criteria yang ditetapkan oleh perubatan moden . Perlu ada lebih banyak  perubahan dalam bentuk latihan dan pengalaman dalam lingkungan aliran perubatan utama dan alternative serta perakuan yang lebih besar  terhadap kemahiran pengamal perubatan alternative .

Pertubuhan kesihatan sedunia telah menggabungkan perubatan tradisional kedalam programnya . Mesyuarat Asia tenggara  WHO pada tahun 1976 menggesa kerajaan-kerajaan rantau ini mengembangkan system tradisional agar ia boleh berkhidmat , bukan sahaja sebagai alternative , tetapi selaras dengan system cosmopolitan dan membolehkan pesakit mengambil aspek terbaik dari dua system .

Dimana bersesuaian teknik-teknik penyembuhan semulajadiperlu terdapat dalam lingkungan system penjagaan kesihatan kebangsaan , dan pelbagai jenis ramuan semulajadi diperolehi secara bebas oleh pengamal perubatan yang berpengalaman .

Berikut diberikan panduan untuk memastikan diri anda sentiasa sihat  dan bertenaga :

 

  • Elakkan sumber pencemaran alam sekitar seberapa yang boleh khususnya yang ketara seperti asap kenderaan . Sebaiknya berjalanlah di sekitar taman dan bukan di sepanjang jalan raya .
  • Seupaya mungkin jauhi kimia beracun.jika mustahil berbuat demikian gunakan topeng dan sarung tanganperlindungan
  • Makanlah makanan yang seimbang dan menyihatkan
  • Berhenti merokok jauhi alcohol dan kafein , daripada diet.
  • Berehatlah apabila perlu jika anda mengalami rasa cemas atau tekanan perasaan atau tidak bahagia tanpa sebarang sebab.
  • Bersenamlah selalu , banyakkan aktiviti mengeluarkan peluh .
  • Minum air ke tahap mencukupi kerana air di dalam badan diperlukan untuk proses  penyembuhan kawalan suhu , penyingkiran sisa, mengangkut oksigen ke sel-sel tubuh .

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s