Jerawat Batu

Apakah jerawat

Jerawat adalah istilah umum yang digunsksn untuk bintit-bintit nanah yang yang terkumpul didalamnya . JIka jerawat itu terlalu teruk ia akan meninggalkan parut yang kekal.

Jerawat adalah gangguan keradangan kulit di bahagian kelenjar lemak dan bulu roma  yang berlaku keatas sekitar 80% remaja berusia antara 12 hingga 24 tahun . Sewaktu baligh kadar hormone yang tinggi dikeluarkan oleh remaja yang perempuan dan lelaki. Ini menyebabkan berlakunya pengeluaran sebum yang banyak. Sebum adalah lendiran yang menutupi liang peluh lalu membentuk gelembung kecil di kulit lalu berlaku  jangkitan disitu dan terbentuklah nanah. Hormon tidak hilang selepas dewasa . Ramai wanita mendapat jerawat ketika didatangi haid akibat pengeluaran hormone  progesterone selepas  berlaku ovulasi.

Jerawat adalah penyakit yang mengganggu kelenjar minyak dibawah kulit . Liang halus di permukaan kulit bersambung kepada kelenjar dibawah kulit . Kelenjar ini menghasilkan cairan berminyak dipanggil sebum.Liang-liang halus bersmbung kepada kelenjar oleh satu saluran dipanggil follicle . didalam follicle minyak membawa sel kulit yang mati ke permukaan kulit . Bulu halus juga tumbuh di celah follicle dan muncul di permukaan kulit . Apabila  liang roma tersumbat lalu tumbuh gelembung (keletis). Kebanyakan keletis ditemui di muka , leher, belakang , dada dan bahu. Jerawat bukanlah satu gangguan kesihatan yang serius tetapi ia akan meninggalkan parut.

 

Apakah punca jerawat

  Punca sebenar tidak diketahui  , beberapa factor boleh dikaitkan dengan kemunculannya:

  Activity hormone diandaikan menjadi punca seperti kitaran haid dan proses menjadi akil baligh .

Pertambahan hormone yang androgen yang menyebabkan liang minyak /lemak  membesar  menjadi besar dan menghasilkan lebih banyak sebum.

Pertukaran hormone akibat kehamilan juga boleh menyebabkan jerawat .

Factor lain ialah genetic . penyelidik percaya bahawa kecenderungan  tumbuhnyanya jerawat juga disebabkan oleh keturunan , sebagai contoh beberapa kajian menunjukkan ramai pelajar sekolah mendapat mendapat jerawat  mempunyai sejarah keluarga yang juga ada jerawat .

Berkumpulnya sel kulit yang telah mati

Wujudnya bacteria di liang peluh menyebabkan berlakunya allergic

Menggaru atau gores kulit boleh mengaktifkan jerawat

Memulakan atau menghentikan pengambilan pil perancang.

Keturunan dari keluarga.

Penggunaan sesetengah jenis ubatan

Mekap yang berminyak

Untuk sesetengh pesakit factor penyumbang mungkin :

Tekanan / himpitan  :  sesetengah pesakit mungkin mukanya dihimpit oleh helmet yang sempit , pengetat dagu, kolar dan seumpamanya boleh menjadikan jerawat menjadi melarat .

Dadah : Sebilangan ubatan mungkin menyebabkan jerawat melarat seperti mengandungi iodites , bromicle atau steroid yang diambil secara mulut atau disuntuk , namun kebanyakan jerawat tiada kena mengena dengan dadah.

Pekerjaan : sesetengah pekerjaan terdedah kepada minyak juga boleh menyebabkan tumbuh jerawat.

Pekerjaan : sesetengah pekerjaan terdedah kepada bahan industri seperti minyak boleh menyebabkan jerawat

Pathofisiologi

Rembesan berlebihan minyak dari kelenjar lemak  diiringi dengan tersumbatnya liang roma oleh sel kulit yang telah mati .

Pengumpulan

Rembesan minyak dikatakan membentuk lapisan paling bawah  yang menutup liang peluh . Ia menyediakan ruang yang baik untuk bacteria kulit bernama propionibacterium dan kulat malassezia menjadikan kesihatan kulit menjadi lebih sukar untuk dirawat .

 

Pelbagai bentuk dan tahap jerawat :

Jika  gelembung itu berada dibawah kulit ia dipanggil comedo tertutup.

 

Comedo yang telah mencecah permukaan kulit dan membentuk gelembung dipanggil comedo terbuka atau blackhead kerana ia kelihatan kehitaman pada permukaan kulit . Warna kehitaman ini adalah disebabkan perubahan pada sebum kerana terdedah kepada udara.

 

Acne vulgaris

Jerawat yang biasa di alami apabila seorang telah mencapai akil baligh

Acne rosacea

Bintik kecil berwarna merah muncul di muka .

Acne keloidalis nuchae

Ruam atau bintik yang muncul disebabkan bercukur

Acne conglobata (Hidradenitis suppurativa)

Jerawaat yang menimbulkan bengkak bernanah tumbuh di punggung , bawah lengan atau celah kelengkang atau dibawah tetek wanita .

Acne cosmetica

Jerawat yang timbul disebabkan mekap

Acne fulminans

Jerawat jenis conglobata yang teruk

Acne medicamentosa

Jerawat yang tumbuh disebabkan mengambil atau menghentikan pengambilan ubat .

Baby acne

Ruam yang kelihatan di pipi atau dagu atau atas kepala bagi bayi yang menyusu.

Chloracne

Jerawat yang tumbuh disebabkan terdedah kepada klorin hidroncarbon seperti dioxin atau pcb.

Rawatan konvensyenal

Losyen jerawat yang boleh mengeringkan minyak dan membunuh bacteria serta menghilangkan sel-sel yang mati .

Anti biotic yang boleh dimakan bertujuan untuk mengurangkan bacteria dan melawan keradangan kulit .

Isotretinoin :  Untuk jerawat berbentuk cyst anti biotic tidak memadai . Isotretinoin sangat  berkesan untuk merawat jerawat yang tidak mampu dirawat dengan anti biotic .

Ubat anti androgen  seperti spironolactone ; untuk mengurangkan pengeluaran minyak berlebihan tetapi mempunyai kesan sampingan menyebabkan  haid tidak teratur , rasa sakit di buah dada , pening kepala dan lesu.

Pembedahan kosmetik untuk membuang parut  jerawat .

Phototherapy

Terapi haba untuk membunuh kuman 

Rawatan  Laser


Rawatan Homeopati

 

Homeopati merawat  pesakit secara menyeluruh . Proses pemilihan remedi dibuat berasaskan  individualisasi iaitu dengan melihat kepada sejarah pesaki , konstitusi fizikal dan  mental .Pesakit perlu menemui pengamal profesional

Antara remedi yang boleh diambil untuk merawat jerawat

Sulphur, Sanguinaria, Kali bromatum,  Antimonium crudum, Asterias Rubens, Belladonna, Hepar Sulphur, Calcarea Silicata, Nux vomica,  Arsenicum iodatum, Causticum, Chelidonium majus, Graphites, Psorinum, Sabina, Calcarea phosphoricum, Thuja occidentalis, Ledum palustre, Nitricum acidum, Bovista, Tuberculinum.

Cara  mengelak jerawat

Sentiasa membersihkan muka dengan losyen pembersih muka yang sesuai dengan kulit anda

Elakkan menggosok dan menyentuk kulit yang ditumbuhi jerawat. Menekan memicit atau mencucuk jerawat akan menyebabkan timbul parut yang sukat hilang

Berhati-hati ketika bercukur

§ Choose cosmetics carefully.

Pilih kosmetik yang sesuai dengan kulit anda .

Jika ubat jerawat  yang dibeli di farmasi tidak berkesan jumpalah dengan pakar kulit yang berdekatan anda

 

7 thoughts on “Jerawat Batu

  1. Hye~prtnyaan q ni sensitif skt~tp harap owner web ni dpt jwb~soalan sy~adakah masturbasi/onani ble mnyebabkn jerawat tumbuh?

  2. terima kasih atas nasihat berikut.pada mulanya saya amat runsing kerana saya x pernah ada jarawat batu ini.walau apa pun terima kasih!!!!!!!!!!!

  3. THANKS WINNIE ATAS PERTANYAAN ,
    Jika anda batuk dan pergi berjumpa doktor di klinik kemudian anda makan selang beberapa hari batuknya tak sembuh then anda jumpa lagi doktor berkenaan kemudian ambil ubat lagi then tak sembuh juga hinggga perbuatan anda mengunjungi doktor itu berulang berkali-kali adakah anda mengatakan ubat itu tipu atau doktor itu tipu .

  4. hai,slmt tnghhari,adakh ubat ini betul-betul berkesan utk jerawat,boleh tunjuk kan butik supaya orang yang ingin mengunakan tidak takut,biasalah sekarang ni banyak sangat yang kena tipu,tapi bkn saya ckp km nk tipu org k………………jgn slh paham ya.TQ.

  5. Terima kasih atas pengetahuan tersebut…saya mempunyai permasalahan yang sama iaitu jerawat.Saya banyak mencuba perbagai produk namun hasil nya tetap tidak begitu memberangsangkan.Selain menggunakkan produt adakah cara-cara lain untuk menghilangkan jerawat mahupun jeragat?Adakah rawatan laser mampu untuk mengatasi masalah jerawat?Adakah rawatan tersebut akan meninggalkan kesan yang buruk kelak?Jika Ya apakah cara dan petua yang mudah dan sangat berkesan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s