Masalah kerap kencing bagi golongan berumur

Selasa lepas aku dihubungi oleh seorang lelaki melalui telefon bimbitku. Dia bertanya ni tempat berubat homeopatikah . aku mengiakan dan bertanya apakah yang boleh aku bantu . Dia kata dia mengalami masalah kerap kencing dan dia menerangkan 10 tahun yang lalu dia telah di operasi pembedahan untuk mengeluarkan batu karang di hempedunya . Seminggu yang lepas dia kata dia mengalami masalah itu. Dalam sembangnya dia kata duduk kat Pasir Gudang dan hampir setiap petang dia akan ke kampung sini untuk menjenguk kebunnya . Juga dia kata dia alami sakit di kaki yang kadang-kadang kejang dan ototnya menarik-narik . Dia kata sakitnya terasa bila dia dalam keadaan relaks atau berbaring . tapi kalau dia bergerak atau membuat sebarang pekerjaan sakitnya akan hilang . dia bertanya kepada aku adakah sakitnya ini berkait dengan sakit kencingnya , aku kata tidak pasti mungkin ada kaitan . bila ditanya tentang umurnya dia kata berusia 55 tahun . aku bertanya lagi tentang kencingnya berapa lamakah kekerapan kencingnya dia kata sejam sekali akan terasa nak terkencing dan biasanya berlaku pada waktu siang . kalau malam jika dia tidur pukul sebelas dia mampu tidur lena sempai ke pagi . Selesai mengambil kes aku pun buka repertori boericke bab kencing tak boleh tahan . setelah menganalisa serba sedikit lalu aku pilih Nux vomica . masalah kejang kaki pula ada banyak ubat tapi dalam banyak-banyak ubat aku tengok ubat yang lega dengan bergerak dan sakit ketika berbaring atau berehat adalah rhus tox . setelah membayar ubatnya akupun mengekorinya hingga ke laman sambil memberi salam dan mengucapkan terima kasih kepadanya . Samada sembuh atau pun tidak aku serah kan kepada yang esa aku hanya berusaha untuk membantu semata-mata .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s