Medorrhinum dan sakit mulut

Jangkitan di mulut

Pada 27 mei 2008 aku talah pulang ke kampung untuk menghdiri majlis aqiqah anak adik perempuan aku. Esoknya selepas selesai berkemas aku telah mengikuti konvoi keluarga untuk ke wet world di batu pahat . Anak aku seronoknya bukan main bila nampak air . tak sabar-sabar mereka nak masuk ke kolam . Petangnya lepas penat bemandi kami bertolak pulang ke rumah dalam keadaan lepak . Keseokan harinya aku dan anak bini aku pergi ke ke Melaka untuk menziarahi kawan karib ku rabudin . Perjalanan tak berapa jauh dalam 30 minit dah sampai ke rumahnya di Pernu . Malangnya bila sampai aku keretanya tidak kelihatan , bini aku pun bertanya kepada jirannya , dia kata budin dan keluarga pergi ke JB nguruskan pasport bininya .
Aku pun teruskan perjalanan ke bandar hilir yang dah tak jauh dari rumah nya. Pusing-punya pusing aku akhirnya sampai ke kota a famosa dan dapatkan parking yang selesa .Aku bawak budak-budak tu naik ke atas bukit . Di atas tidak ada yang menarik hanya sebuah bekas kubu yang ada di dalamnya kesan kubur orang belanda dan portugis .Pulangnya aku mengajak keluarga aku makan di medan ikan bakar serkam . pemandangannya sungguh menarik kelihatan di tengah laut 3 buah pulau yang agak dekat dengan daratan.
Aku sampai ke rumah mertua aku lebih kurang pukul 7 petang dah nak maghrib . Malamnya lepas sembang-sembang dengan keluarga bini aku tiba-tiba bini aku cakap anak aku yang sulung Nurul Faezah kena demam. Demamnya disertai dengan sakit mulut . aku tak mengesyaki apa-apa dengan mulutnya mungkin dia termakan benda keras lalu menyebabkan ia sakit . aku berikan Belladona sebab aku ingat petang tadi aku bawak dia berjalan di tengah panas mendaki bukit hampir semalaman aku dan isteriku tidak tidur sebab menjaganya sambil tuam badannya yang panas mendadak . Keesokan hari dia kelihatan agak ceria dan badannya telah agak sejuk , boleh bermain dengan adik-adiknya. tapi bila menjelang malam badannya kembali panas dan perlu dituam sambil aku memberikan ubat belladona untuk meredakan sakitnya .
keadaannya berterusan selama tiga hari panas sejuk panas sejuk. Beberapa ubat lain telah aku berikan rhus tox untuk menghalang kalau ada jangkitan , nux vomica juga telah aku bagi mungkin sebab dia penat dan letih sebab berendam di dalam air . pada hari ketiga aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah . di rumah keesokan harinya sakit mulutnya bertambah melarat . isteriku kata dekat giginya macam melekat sesuatu benda berwarna kehitaman . aku mula syak ini mungkin ada jangkitan bakteria atau fungus . lalu aku berikan mercuri sol kerana mulutnya busuk dan air liur sentiasa meleleh .
Malamnya dia mengerang kuat sambil terkejang-kejang menahan kesakitan . tak sampai hati dengan keadaanna aku bawak dia ke hospital dalam pukul 3 pagi . di hospital anak aku telah di ukur suhunya dan diambil tekanan darahnya kemudian misi tu suruh aku masuk ke dalam bilik rawatan. tapi aku nengok muka nurse tu selamba aje macam anak aku ni tak rasa sakit apapun . lama menunggu dalam bilik tu doktor tak de panggil-panggil pun aku ambil keputusan untuk pulang kerumah. dirumah sakitnya berulang semula mulut sakit gigi berkerak , bubur mengelembung dan pecah kemudian di tepi bibir tumbuh keletis yang bernanah . Aku mula fed up telah hampir seminggu dia berkeadaan begitu dan aku tak tahan rasa sebak tengok dia mengerang kesakitan sambil terbaring mengiring tak boleh makan . aku hanya memberinya minum susu soya tu pun dia minum tak sampai secawan . badannya yang kurus dan semakin menulang . kalau dia terbangun dari tidur dia akan mengerang dan hanya berkurang apabila tertidur. aku dan isteriku bergilir melihatnya pada waktu malam takut berlaku apa-apa yang tidak diingini.
pada hari ke enam aku teringat kes sakit mata berair dan bertahi yang di alaminya. aku buat kias sakit mata itu adalah disebabkan jangkitan di mata aku terfikir mungkin kalau aku gunakan psorinum mungkin boleh memulihkan sakitnya. tak lama lepas diberi kelihatan sakitnya berkurang pada waktu pagi dan dia mampu bermain sehinggalah kepetang nak dekat ke maghrib sakitnya jadi balik . aku mula kecewa sebab malam tu dia mula terbaring dan mengerang semula hinggalah bawa ke tengah malam .
keesokan harinya aku telah mengambil keputusan untuk memberikan medorhinum 200 …. alhamdulillah dengan izin allah dia mulai sihat dan akhirnya sembuh sepenuhnya dan keadaan mulutnya bertambah baik .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s